05 - QAID ALANA

26.3K 1.6K 180
                                    

        TENGKU Qaid berdiri di sebelah keretanya. Kunci kereta dikeluarkan dari poket seluar. Dan secara tidak sengaja matanya terpandang ke arah belakang seorang gadis yang sedang bersama dengan seorang lelaki. Mereka kelihatan begitu mesra.

Saat gadis itu memalingkan sedikit wajahnya, automatik riak wajah Tengku Qaid berubah. Itu...

Alana.

Dengan siapa?

Dia tidak pasti mengapa dia tetapi apabila melihat Alana sedang bergelak tawa dengan lelaki itu buatkan dirinya rasa serba tak kena. Dia menggepal penumbuknya dengan kuat, bagaikan mahu melayang tumbukan pada wajah lelaki itu.

Melihat Alana sedang tersenyum sambil lelaki itu berdiri dekat dengannya buatkan Tengku Qaid kepanasan di situ. Tanpa berfikir panjang, dia terus melangkah ke arah mereka berdua.

Alana jelas terkejut dengan kehadiran Tengku Qaid. Tidak perasan pula lelaki itu ada di sini. Tanpa isyarat, Tengku Qaid sudah menarik lengannya dan dibawa pergi dari situ.

"Eh, Q—Qaid? Buat apa dekat sini?" tergagap-gagap Alana menyoal. Matanya memandang pada tubuh belakang Tengku Qaid.

Lelaki yang bersama dengan Alana tadi juga terkejut, dia tidak faham apa yang berlaku antara mereka tetapi dia kenal siapa lelaki yang menarik lengan gadis itu.

"Kita balik." suara itu kedengaran tegas membuatkan jantung Alana berdegup kencang.

Dia membawa Alana terus ke kereta lalu menolak tubuh kecil tersebut masuk ke dalamnya. Gadis itu hanya mampu mendiamkan diri. Dia tidak faham dengan perangai Tengku Qaid yang tiba-tiba ini.

Bukankah lelaki ini seorang yang tidak berperasaan? Mengapa tiba-tiba datang mengganggunya saat dia sedang keluar dengan kawan lelakinya semasa zaman sekolah dahulu? Tindakan Tengku Qaid kali ini benar-benar membuatkan Alana pening.

Lelaki itu katakan yang dia tidak mampu memahami perasaan sendiri. Alana turut rasa perkara yang sama. Tidak faham dengannya. Apa yang dia mahukan?

Dia yang selalu bermain tarik tali dengan Alana. Kadang-kadang dia melayani Alana hingga gadis itu fikir dia sudah ada peluang, dan kadang-kadang dia dilayani kasar membuatkan dia hilang sabar.

Dia fikir dengan melayaninya begitu akan membuat Alana terus sabar dengannya?

"Tapi—" Alana cuba bersuara, tetapi Tengku Qaid kelihatan seperti tidak mahu dengar kata-katanya. Dia terus mendiamkan diri kembali. Niat yang ingin mengatakan sesuatu sudah terbantut apabila melihat wajah lelaki di sebelahnya yang terlihat dingin itu.

Suasana di antara mereka menjadi tegang. Tengku Qaid pula sudah memandu dengan serius. Dia langsung tidak memandang wajah Alana semenjak tadi. Alana pula melemparkan pandangannya ke arah luar. Dalam beberapa saat selepas itu, dia tidak tahan lagi. Akhirnya dia bersuara.

"Apa yang Qaid nak sebenarnya? Kenapa drive macam tak tentu arah?" Pemanduan Tengku Qaid tidak fokus apabila ditanya begitu. Dia mengetap bibirnya, stereng kereta digenggam kuat. Wajah Alana dipandang sekilas sebelum kembali memandang depan.

"Ada apa kau dengan dia tadi?" Soalan yang ditanyanya membuatkan Alana tertawa kecil. Tidak tahu kenapa baginya soalan itu kedengaran lawak.

"Dengan siapa? Dengan Hafiq tadi tu? Well, he's my ex schoolmate, why?" Alana menyoal dengan tenang.

Kereta dihentikan di tepi jalan. Renungan tajam dilemparkan pada wajah Alana hingga gadis itu menjadi tak keruan. "Kau ingat ni lawak?"

Berkerut dahi Alana. "Asal? You jealous? Come on, Qaid. Kenapa you nak jealous pula? Dia kawan Lana saja. Kitorang cuma keluar berseronok. Yang you nak over sangat ni kenapa?"

Qaid AlanaWhere stories live. Discover now