04 - QAID ALANA

26.1K 1.6K 202
                                    

          KAKINYA bergerak melangkah ke arah halaman rumah. Saat matanya tertancap pada kerusi batu, dia terus mengatur langkah menuju ke situ. Usai itu, dia melabuhkan punggungnya.

Kepalanya berserabut akibat masih memikirkan tentang apa yang berlaku di antara dia denvan Tengku Qaid sebentar tadi. Keluhan berat dilepaskan sambil dia memicit pelipis dahinya. Tiba-tiba kepalanya terasa sakit seakan mencucuk.

Tidak lama selepas itu, Tengku Qalees dan Arfan datang menegurnya dari belakang. "Kau buat apa dekat sini?" soal Arfan seraya kakinya melangkah ke arah dia dan duduk di sebelahnya. Tengku Qalees pula duduk di hadapan mereka tanpa banyak kata.

"Tak buat apa. Sajalah duduk sini." balasnya ringkas sahaja. Wajah Tengku Qalees dipandang lama.

"Mana Abang Adden? Kenapa dia dah lama tak balik ya? Rindu dia."

Abang Adden...

Tengku Qadrel Hadden.

Lelaki itu juga merupakan adik Tengku Qaid. Buat masa ini, hanya Tengku Qadrel dan Tengku Qalees sahaja yang selalu berlembut dengannya. Mereka bahkan tidak pernah menyakitkan hatinya. Sekarang, dia rindukan Tengku Qadrel. Sudah lama tidak bertemu dengan lelaki itu.

"Tak tahu. Es pun dah lama tak jumpa dia. Dia suka menghilang tiba-tiba. Entah-entah dah mampus ye tak." Balas Tengku Qalees berbaur gurauan. Bibir Alana tersenyum sedikit.

Dia tahu mengapa Tengku Qalees berkata begitu. Sudah semestinya lelaki itu tahu mood dia sedang tidak baik. Tengku Qalees pandai menghiburkan dia. Entah wanita mana yang beruntung jika memiliki lelaki ini.

"Amboi kau. Mama papa kau tak rindu, jantan tu pula yang kau nak rindu!" Alana mendesis kesakitan apabila telinganya ditarik oleh Arfan. Tengku Qalees tersenyum kecil melihat mereka berdua. Baginya, mereka seperti kartun yang bernama Tom & Jerry.

"Ahh sakitlah! Abang ni, mama papa tu lain lah cerita. Mestilah Lana rindu. Ini Abang Adden. Dah hampir berbulan tak jumpa dia tau? Tanya Abang pun bukannya membantu. Ingatkan abang rapat dengan dia tahu lah juga dia dekat mana tapi... heh, tak boleh diharap." Arfan memutar bola matanya ke atas. Suka hati dia sahaja kata begitu.

Arfan menjatuhkan tangannya. Dalam hatinya dia sudah menyumpah seranah adiknya. Tak guna punya adik...

"Es tak tahu, kau boleh senyum tapi kalau aku tak tahu, kau bebel macam mak limah biadap eh ikut suka hati kau saja nak cakap aku tak boleh harap." Bebel Arfan pula. Dia menjeling tajam wajah Tengku Qalees yang sedang menahan tawa. Alana sudah membuat mimik muka seakan mengejek-ejek Arfan.

"HAHAHAHAHAHA MAK LIMAH BIADAP. AKU MASIH INGAT LAGI DULU KAU PAKAI RAMBUT PALSU MACAM MAK LIMAH TU SEMATA NAK TAKUTKAN ADRIELL." tawa yang ditahan Tengku Qalees akhirnya terlepas juga sehingga air matanya keluar. Tangannya memegang perut, sakit akibat terlalu ketawa. Alana pula turut ketawa selepas mendengar kenyataan yang keluar dari mulut lelaki itu.

"EH BANGANG, AKU CABUT GIGI KAU NANTI!" ugut Arfan bersama wajah yang tidak puas hati. Kalau diikutkan, mahu saja dia sepak muka itu sekarang. Disebabkan ada Alana, dia batalkan saja niatnya. Dia tak akan menang selagi ada Alana. Gadis itu akan menyebelahi Tengku Qalees berbandingnya.

Heh, adik dari neraka.

Sudahlah Alana itu suka memalukan dia. Semoga dijauhkan.

"Cuba jaga sikit mulut tu. Kita ni sebagai umat islam—" Belum sempat Arfan menyempurnakan dakwahnya, Tengku Qalees sudah memotong dengan nada yang begitu santai. "Tersedak batu nisan dengar kau berdakwah." selamba Tengku Qalees berkata.

Arfan menarik nafas dalam-dalam, kemudian dia bangun bersama senyuman yang tidak ikhlas. Dia berdiri di sebelah Tengku Qalees sambil menghadap lelaki itu. Terpinga-pinga Tengku Qalees melihatnya.

Qaid AlanaWhere stories live. Discover now