06 - QAID ALANA

26.6K 1.2K 156
                                    

          SEGELAS kaca yang berada di atas meja dicapainya lalu dibawa ke bibir. Air kosong diteguk rakus. Fikirannya berkecamuk. Dia masih lagi memikirkan tentang perbualannya dengan Tengku Qadrel tadi.

Telefon yang berada di sampingnya diambil lalu dinyalakan. Sekilas jam yang tertera pada skrin itu dikerling sebelum dia menutup dan meletakkan ia di tempatnya semula.

1:59 AM

Satu keluhan panjang mula terbit di bibirnya.

“If you still don't want her, I'm gladly to take a chance.”

Kata-kata Tengku Qadrel asyik terngiang-ngiang di kepalanya membuatkan dia tidak senang duduk.

Dia meraup rambutnya ke belakang dengan kasar berkali-kali.

Apa maksud Tengku Qadrel yang sebenarnya? Bukankah lelaki itu hanya menganggap Alana bagai seorang 'adik' kepadanya? Soalan ini sering bermain di minda. Dia tidak suka setiap kali Alana berbicara dengan lelaki ini. Apa lagi setelah senyuman manisnya terbit kerana seorang Tengku Qadrel.

Tengku Qaid terfikir.

Apa yang tidak kena dengan dirinya?

Dia seperti merasakan sesuatu seperti Alana rasakan pada dirinya.

Cinta?

Entah.

Kadang-kadang dia bingung dengan dirinya sendiri. Seolah-olah tiada jawapan untuk soalan itu. Dia tahu jika dia berterusan begini hanya akan membuatkan dia semakin tidak faham dengan diri sendiri. Tetapi apa dia boleh buat? Semakin dia memaksa mencari jawapan, semakin jauh jawapan itu pergi.

Lama dia berada dalam keadaan begitu. Keluhan berat tak henti-henti terbit dari mulutnya.

Akhirnya dia memilih untuk masuk ke biliknya semula. Lebih baik dia pergi tidur, daripada dia harus menunggu jawapan yang tak kunjung tiba di dalam mindanya itu.






          ALANA duduk termenung. Matanya dari tadi tidak  dikelipkan. Arfan yang sedang melihatnya dengan hairan mula datang mendekat. Kemudian dia labuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan gadis itu.

"Kau kenapa? Muka macam orang dah tahu ajal dia nak dekat." Tegur Arfan. Alana tersentak sedikit, matanya beralih kepada Arfan yang kini duduk di sebelahnya. Dia hanya mengeluh perlahan.

"Takde apa," jawabnya pendek, cuba menyembunyikan kegelisahan yang jelas terpampang di wajah.

Arfan geleng kepala, tahu sangat adiknya ni tak pandai nak sorokkan apa yang dia rasa. "Come on, Alana. Kau ni mana reti menipu aku. Kau tengah fikir pasal Qaid, kan?"

Alana menggigit bibir bawahnya. Nama itu, Tengku Qaid. Hati dia terus berdegup kencang. "Aku tak tahu, Fan... Aku rasa dia tu macam susah gila nak baca. Kau tahu, kadang-kadang aku rasa dia suka aku... tapi lepas tu, dia buat aku rasa macam tak wujud. Tapi sekarang ni, entah kenapa aku rasa pelik pulak dengan Abang Adden. Tak tahu kenapa... tapi macam ada something happened."

Arfan ketawa kecil, lalu dia bersandar ke belakang sambi membuang pandangan ke arah siling. "Kau ni dah gila ke apa? Dah sah-sah Si Qaid tu tak boleh hidup tenang selagi kau tak buat pilihan. Adden tu terang-terang macam sengaja nak buat Qaid tak senang duduk. Qaid tu, dia tu ego. Tapi aku yakin dia tengah struggle dengan perasaan dia sendiri."

Qaid AlanaWhere stories live. Discover now