07 - QAID ALANA

24.7K 1.4K 155
                                    

          SATU saat...

Dua saat...

Tiga saat...

"Kau tengok apa?" Soal Tengku Qaid kepada Tengku Qalees. Bengang apabila lelaki itu asyik merenung dia dari tadi lagi. Tenung pun dah macam perogol bersiri.

"Sajalah tengok. Dah ada mata." Lelaki itu membalas dengan kasar, tangan kekarnya dibawa memeluk dada. Mata masih lagi tidak teralih dari wajah abangnya.

"Gila." Kutuk Tengku Qaid sambil menggulingkan matanya ke atas. Mula dah perangai dia. Tahu sangat Tengku Qalees nak buat apa bila sudah tenung dia lama-lama.

Adalah dia benda yang dibebelkan. Entah siapa lah nanti yang akan jadi isteri lelaki itu. Mohon bertabah.

"Kenapa eh, kau suka main tarik tali dengan Alana. Seronok ke?" Tengku Qaid tersenyum sinis apabila Tengku Qalees mencerlung tajam wajahnya. Geli hati apabila Tengku Qalees jadi begitu.

Karakter seperti itu tidak sesuai dengan budak manja sepertinya.

"Kenapa? Kau sakit hati?" Sengaja dia menyakitkan hati adiknya. Dia tahu Tengku Qalees pantang apabila ada yang berani sakiti Alana, tidak kira dari segi apa pun.

Dia masih ingat dahulu, Alana diganggu oleh beberapa budak nakal ketika di bangku sekolah dahulu. Habis di belasah teruk oleh Tengku Qalees. Bukan itu sahaja, dia siap beri amaran lagi!

“Aku tak kisah kauorang anak tan sri ke anak tengku atau anak dato, sekali lagi kauorang kacau Alana, aku takkan ragu-ragu nak seksa hidup kauorang."

Itulah amaran lelaki itu.

"Taklah. Saja nak pastikan Adden ada peluang." Wajah Tengku Qalees berubah sinis. Tangannya sudah diturunkan, lalu dia berdiri.

"Kau tahu kan Adden tu jenis macam apa? Dia takkan mengalah untuk dapatkan apa yang dia nak. Especially, Alana."

"Dan kau tahu? Alana minta aku tolong dia dapatkan kau. Tapi sayang, aku tak boleh buat semua tu. Kau tak hargai dia pun. Jadi, aku nak tolong Adden. Biarlah dia buat semua tu. Dia lebih pandai MENGHARGAI." Sengaja ditekankan perkataan 'menghargai' itu.

Tengku Qaid terdiam kaku di tempatnya sambil membelakangi Tengku Qalees. Dia ketap rahangnya. Nampaknya Tengku Qadrel memang muktamad dengan apa yang dia mahukan.

"Qaid," Sebelum Tengku Qalees melangkah pergi, sempat dia memanggil lelaki itu sekali lagi.

"Saingan kau... adik kau sendiri."



          PEDAL minyak ditekan sehabis mungkin. Kelajuan yang dia bawa sekarang bukannya perlahan. Jika ada yang menumpang kereta, pasti mereka mahu turun secepat mungkin. Atau lebih rela ditinggal di tepi jalan.

Inilah cara dia menghilangkan stress memikirkan kata-kata Tengku Qalees yang asyik terngiang-ngiang di fikiran.

“Saingan kau... adik kau sendiri.”

Siangan? Tidak mungkin dia akan bersaing dengan adik sendiri. Tengku Qadrel bukan lawannya. Lihat sajalah. Dia berkasar dengan Alana pun gadis itu masih cintakan dia. Sedangkan Tengku Qadrel melayaninya tak kurang seperti ratu pun Alana tidak cinta.

Lihatlah perbezaan itu.

Kini kelajuan kereta diperlahankan sedikit. Keadaannya sekarang lebih tenang berbanding tadi. Kereta diparkir ditepi jalan. Semerta dia hembus nafas panjang.

Tiba-tiba kepalanya berdenyut kesakitan, jemari naik memicit pelipis dahi. Sejak akhir-akhir ini, dia kerap sakit kepala tetapi dia enggan ke klinik. Sangkanya sakit ini hanya sementara, namun semakin lama semakin berlarutan.

Qaid AlanaWhere stories live. Discover now