03 - QAID ALANA

26.2K 1.8K 297
                                    

          "HUARGHHH," Alana menggeliat kecil. Tubuhnya yang memakai baju crop top dan seluar pendek paras paha membuat perutnya terdedah sedikit.

Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Malasnya dia hendak keluar dari bilik. Kalau boleh, dia nak baring atas katil saja. Tetapi perutnya sangat lapar. Matanya langsung terkelip-kelip memandang Tengku Qaid yang sudah merenung ke arahnya.

"Qa—Qaid?" Alana menepuk dahinya perlahan. Macam mana dia boleh lipa lelaki itu ada di rumah ini?

Tengku Qaid merenung tajam ke dalam anak mata Alana. "Kau... Nak kain? Aku boleh bagi," tawarnya selamba.

Alana berdiri kaku. Hatinya sedikit sentap dengan kata-kata lelaki itu.

Kejap.

Mana Arfan dan Tengku Qalees? Tak akan tinggal mereka berdua sahaja?

Dia terdiam. "Jawablah. Kau nak kain ke Alana?" perli Tengku Qaid. Tetapi mata itu sudah tidak lagi memandang ke arahnya.

Alana terkebil-kebil, lalu dia mendehem seketika bagi menghilangkan rasa janggal. Dia tak mahulah Tengku Qaid melihat dia seperti itu.

"Eh Alana! Kau kenapa? Jangan keluar bilik pakai macam tu lah, gila! Rosak mata Qaid," tiba-tiba Arfan muncul entah dari mana dan terus membuka bajunya dan menutup perut Alana yang terdedah.

"Wow, gorgeous!" Tengku Qalees memuji tanpa teragak-agak sebelum sempat Arfan menutupinya. Wajahnya dijeling tajam oleh abang kepada gadis itu.

Kata-katanya membuat Alana tersengih janggal. Mana lah dia tahu, sebelum ini memang dia pakai macam itu saja ketika di rumah. Dia tak ingat langsung dua beradik itu bermalam di rumahnya.

Ktukkkk...

Arfan menjentik dahi Alana sebelum menggulingkan mata. Dia ini memang mahu Tengku Qaid terkam dia ke apa? Alana mencebik sambil menenyeh dahinya. Bukan salah dia pun!

"Kau pergi naik atas sekatang, tukar baju sebelum aku naik hantu," arah Arfan dengan nada tegas. Tengku Qalees yang mendengar arahan itu sudah bercekak pinggang.

"Berani kau naik hantu pada Alana, nanti tak silap aku yang hantunya." kata Tengku Qalees membuatkan Arfan berdecit

"Bisinglah kau ni. Tutup mulut tu boleh tak? Aku halau kau nanti." Arfan mula mengugut lelaki itu bersama kerutan di dahinya.

"Lana you nak tukar baju perlukan pertolongan I tak? Aduh!" sedang bahagia dia mengeluarkan suara, tiba-tiba dia menjerit kesakitan apabila telinganya sudah di tarik oleh Tengku Qaid.

Ah, pandai pula dia cemburu.

Lelaki itu menjeling tajam, tanda memberi amaran.

Dia memang suka mengusik Tengku Qaid. Dia suka melihat abangnya cemburu. Terutama sekali perkara yang berkaitan dengan Alana.

"Cis, tahu pun tak bagi. Kalau cemburu tu, cakap saja." gumam Tengku Qalees, geram.

Kadangkala, dia juga tidak puas hati dengan cara Tengku Qaid melayani Alana. Walaupun dia tidak mampu membalas perasaan lelaki itu, dia tak perlulah berkasar dengannya. Alana seorang perempuan, hatinya lembut bahkan selembut-lembutnya tisu.

Kalau cemburu atau jatuh cinta, dia perlu jujur. Bukannya ego! Kalau macam ini, baik dia yang ambil Alana buat jadi isterinya.

Mudah cerita.

Alana terus naik ke atas menuju biliknya dengan terburu-buru untuk menukar pakaian. Usai itu, dia kembali turun. Tetapi bayangan Arfan dan Tengku Qalees tidak ada di ruang tamu. Hanya Tengku Qaid yang masih ada di situ.

Qaid AlanaWhere stories live. Discover now