Hari semakin menginjak ke waktu senja. Hafidzul mengerling pada jam dinding didapur, sudah menunjukkan tepat pukul 7 petang.
Hafidzul bersegera untuk bersiap untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah. Ayah sudah menunggu di atas motor. Enjin sudah dihidupkan. Setelah menyarung capal dikaki Hafidzul pantas menaiki motor dan berlalu menuju ke Masjid Ar Rahman yang terletak 200 Meter dari rumah.
Menjadi kebiasaan warga lelaki dikampung untuk memenuhi masjid bagi solat Maghrib dan Isyak. Setelah selesai kerja-kerja kampung, bersiap lalu menuju ke masjid. Nabi s.a.w amat menggalakkan kaum adam untuk berjemaah di surau atau pun masjid.
Ianya sunnah yang harus di amalkan. Selain dari dapat pahala 27 kali ganda dari solat sendirian, kita juga beroleh keharmonian dan keamanan dalam hidup bermasyarakat. Tenang dan penuh kedamaian.
Orang masih belum ramai, hanya ade 4 hingga 5 orang yang sudah berwuduk sedang berzikir barangkali di sudut masjid. Sejadah sudah siap di bentangkan di tempatnya. Amalan yang amat baik dan beroleh pahala.
"Assalamualaikum...," ujar Abah memberi salam kepada orang kampung yang sudah tiba awal di masjid.
"Wa'alaikumussalam w.b.t, Imam...," Masing-masing bersalam salaman. Hafidzul juga turut menghulurkan salam dan saling berbalas salam serta senyuman.
Tepat jam 7.15 Hafidzul melaungkan azan tanda masuknya waktu maghrib bagi kawasan Negeri Melaka.
"Allahuakhbar ..Allahuakhbar..,"
Masjid kini semakin di penuhi oleh orang kampung yang datang untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah s.w.t. Solat Maghrib di Imamkan oleh Abah. Kaum hawa juga turut serta di bahagian solat wanita. Segala perlakuan Imam di ikuti. Dari takbir hingga ke rakaat terakhir.
"Assalamualaikum warahmatullah," usai solat. Muka diraup dengan telapak tangan kanan. Selesai sudah solat maghrib berjemaah.
Masing-masing mengambil tempat untuk menunaikan satu lagi solat sunat iaitu solat sunat rawatib. Ianya adalah amalan Rasulullah s.a.w yang amat digalakkan untuk di amalkan. Ianya adalah bagi menutup kekurangan solat fardhu kita di akhirat kelak.
Selesai solat sunat. Zikir di alunkan sambil semua jemaah mengikuti dengan lancar. Ada yang terangguk angguk kerana asyik berzikir. Benar-benar menghayati makna zikir yang dilafazkan. Zikir puji pujian yang memuji zat yang Maha Esa, Maha Pencipta dan Maha Mengetahui segalanya.
Selesai zikir, doa dibacakan. Hafidzul mengambil tempat sebagai pembaca doa pada hari itu. Tangan di tadah tanda memohon dan meminta kepadaNya. Dipanjangkan umur, dilapangkan pintu rezeki, diberi kekuatan untuk menempuh segala ujian dan dugaan, di berikan kebahagiaan dan kasih sayang, dan juga tanda bersyukur kerana di kurniakan pelbagai nikmat dalam kehidupan.
"Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirah ti hasanah, waqinah azabbannar, wasalallahhu allah sayyidina muhammad, wa ala alihi wa sahbihi wasallam walhamdulillah hirabbil ala'min.. taqabballahu minna waminkum," doa diakhir dengan selawat dan diminta dijauhkan dari azab api neraka serta dipinta agar segala ibadah diterima.
"Minna waminkum taqabal ya kareem," balas semua jemaah.
Selesai berdoa, majlis ilmu dimulakan sebagai pengisian bagi menanti waktu isyak. Majlis ilmu merupakan di antara taman-taman syurga. Ilmu mengenai agama adalah amat penting bagi kita dalam menunaikan ibadah sebagai hambaNya. Tanpa ilmu kita akan sesat dan tanpa ilmu juga kita tidak akan mencapai kejayaan.
Majlis ilmu akan dipenuhi dengan para malaikat dan ianya penuh rahmat dan keberkatan. Doa yang dipanjatkan dalam majlis ilmu juga antara doa-doa yang dimakbulkan. Oleh itu, sekiranya terdapat majlis ilmu yang berdekatan singgahlah ke taman syurga insyaAllah akan beroleh manfaat besar untuk saham akhirat kelak.
YOU ARE READING
Sehangat Cinta Ramadhan ♥
RomantizmIndahnya Ramadhan, Ramai yang merindui Mu... Menanti ketibaan bulan Mu... Bulan Mulia yang lebih baik berbanding seribu bulan, terkandungnya malam Lailatul Qadr yang di tunggu... Indahnya Ramadhan, Moga ketemu. :') Nur Farisha Humairah Gadis bandar...