BAB 3

173 10 0
                                    

Kring... kringg..

Bunyi telefon memecah kesunyian pagi di banglo dua tingkat milik Uthman Abu Bakar itu. Aku berlari lari anak dari tingkat atas menuju ke bawah.

"Isya...cubalah perlahan sedikit larinya tu. Kalau terjatuh kan ke naya?," ujar Mak Yah membebel sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Hati tuanya amat risau akan puteri kesayangannya yang satu itu.

"Opss...sorry Mem. Hehe," segera aku mengangkat tabik ke arah Mak Yah tanda mengakui kesalahanku yang satu itu. Lalu ganggang telefon itu ku angkat, lalu ku suakan pada telingaku.

"Hello..Assalamualaikum, kediaman Encik Uthman Abu Bakar. Boleh saya tahu siapa disana?,"aku memulakan bicara sambil mengenyitkan mataku nakal kepada Mak Yah. Mak Yah hampir tergelak mendengar dialog yang dilafazkan oleh mulutku. 'Macam secretary angkat telefon saja gayanya. Ingat ni pejabat agaknya.,' Geleng kepala dibuatnya melihat perangai Farisha yang gemar bergurau itu.

"Wa'alaikumussalam w.b.t, saya Nurul dari Dee Advertising Berhad. Boleh saya bercakap dengan Cik Nur Farisha Humairah binti Uthman?," satu suara wanita membalas dari pihak belah sana.

Aku kembali fokus dan serius. Dee Advertising adalah syarikat yang telah menemuduga aku kelmarin. Mungkinkah keputusannya sudah keluar? Ohhh! Jantungku berdegup laju. Dup dap. Dup dap.

"Ye saya Farisha," ujarku pendek. Aku memasang telinga sejelasnya bagi menanti butir bicara dari empunya suara dari sana.

"Cik Farisha, Tahniah. Cik terpilih untuk menjawat jawatan sebagai Junior Graphic Designer di syarikat kami dan Cik Farisha diminta untuk melaporkan diri disini pada hari Isnin nanti. Alamat dan segala butiran yang perlu dibawah akan saya emailkan pada Cik nanti. Tahniah sekali lagi dari saya dan selamat berkerjasama," ceria suara Puan Nurul menuturkan kata. Lebih ceria hati aku mendengarnya. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah!

"InsyaAllah, terima kasih Puan Nurul. Saya akan check email dan bersiap sedia untuk lapor diri minggu depan. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih," balasku teruja!

"Assalamualaikum...,"

"Wa'alaikumussalam w.b.t,"

Sebaik sahaja ganggang telefon diletakkan. Aku terus berlari ke dapur, lantas memeluk Mak Yah dari belakang. Terkejut wanita separuh abad usianya itu dengan tindakkan spontanku. Mak Yah memusingkan tubuhnya dengan muka terkejut. Aku menghadiahkan sengihan paling indah untuknya.

"Mak Yah, Isya got the job! Isnin lapor diri! ," lantang suaraku mengutarakan kegembiraan yang tidak dapat kutahan lagi. Wajah Mak Yah yang sedari tadi kehairanan berubah menjadi gembira. Dia juga mengucapkan syukur ke hadrat Illahi atas berita gembira tersebut.

"Alhamdulillah. Tahniah sayang!," Mak Yah membalas pelukkanku. Terasa amat disayangi. Hatiku tidak sabar untuk berkongsi kegembiraanku bersama ayah dan abang-abangku. Pasti reaksi mereka lebih teruja! Ah tidak sabarnya.

...

Selesai melapor diri, aku memandu pulang ke rumah. Aku gembira setelah mendapat penerangan terperinci mengenai skop kerjaku dan sedikit sebanyak mengenai syarikat yang bakal menjadi majikan ku kelak. Akan tetapi ada satu perkara yang sedikit merunsingkan benak fikiranku.

Aku ditempatkan di daerah luar Bandar. Hal ini kerana pihak syarikat baru sahaja menubuhkan sebuah lagi cawangan di Melaka. Mereka memerlukan kakitangan bagi mengisi kekosongan di sana. Oleh kerana aku masih baru dan tidak berpengalaman, mereka meminta aku untuk menimba ilmu di tempat baru untuk proses pembelajaran katanya. Aku menerima dengan hatinya sedikit terpaksa. Pasti berat untuk menuturkan perkara ini kepada ayah dan abang-abangku. Apa pula reaksi mereka nanti.

Sehangat Cinta Ramadhan ♥Where stories live. Discover now