"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan. Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapuskan dosa-dosa dan mengkabulkan doa. Allah melihat kamu berlumba-lumba pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya. Maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di dalam ini," Hadith riwayat At Tabrani, An Nasa'I dan Al Baihaqi.
Alhamdulillah. Ramadhan Kareem. Bulan penuh keberkatan dan rahmat di dalamnya. Syukur Allah mempertemukan kita kembali. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna kepada sekalian umat Muhammad S.a.w.
Aku mendapat cuti dua hari kerana menyambut awal ramadhan. Aku membuat keputusan untuk pulang ke Putrajaya meraikan awal Ramadhan bersama keluargaku. Manisah juga pulang ke rumah keluarganya yang terletak di Muar, Johor.
Masing-masing sudah rindukan keluarga kerana sudah lama tidak berjumpa. Aku teringat akan juadah berbuka puasa dari air tangan Mak Yah. Kuih-kuih di bazaar Ramadhan dan suasana berbuka bersama sekeluarga.
Ah...meriahnya. Hati ku menginjak kegembiraan. Aku meneruskan perjalanan pulang ke kampung 'bandar' ku. Perjalananku ditemani celoteh dari deejay radio Era.fm yang ceria menemani pendengarnya.
...
Suasana bazaar agak sesak dengan pelbagai jenis orang yang sedang kelaparan berperang dengan nafsu masing-masing.
Hafidzul merenung dari jauh. Tidak semua orang berjaya mengharungi erti puasa yang sebenarnya.
Dia menghidupkan enjin motorsikalnya. Terasa malas untuk ikut mengharungi lautan manusia yang memenuhi bazaar berkenaan. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
Di sepanjang perjalanan pulang, terdapat juga beberapa gerai kecil yang dibuka di hadapan rumah.
Hafidzul melihat lihat sekiranya terdapat kuih tepung pelita kegemarannya. Hanya pada bulan Ramadhan sahajalah kuih tersebut popular dan mudah untuk di dapati.
"Alhamdulillah rezeki, syukur. Terima kasih Mak Cik, saya beli ya...,"ujar Hafidzul menghulurkan dua dua ringgit kepada penjual berkenaan. Dia menyambut huluran plastik berisi 5 kuih tepung pelita. Harga semakin mahal sekarang.
Jika dahulu seringgit boleh dapat 4 atau 5 keping kuih, kini dua ringgit hanya dapat 5 keping. Terasa amat perbezaannya. Hafidzul menghidupkan enjin motorsikalnya, dan berlalu pulang ke rumah.
Setiba dirumah, motorsikalnya dipakirkan dibelah kiri rumah. Kelihatan ayahnya sedang mengait dedaunan kering untuk dibakar. Cuaca petang itu redup dan mendamaikan.
Hafidzul memberi salam.
"Assalamualaikum ayah...,"ujarnya sambil meletakkan topi keledarnya pada cermin motorsikal honda EX5 miliknya.
"Wa'alaikumussalam w.b.t ... haa, dah balik pun kamu. Dapat kuih pelitanya?,"Haji Idris bertanya kepada anaknya apabila melihat kedua tangan anaknya kosong.
"Eh..Ya Allah, lupa pulak...tertinggal plastiknya dalam raga motor tadi,"Hafidzul menepuk dahinya. Dia berpusing semula untuk mengambil plastik merah berisi 5 keping kuih tepung pelita kegemarannya.
"Kamu ni...perut kosong, minda pun jugak ya? Hmm sudahlah, pergi bagi kuih tu pada ibu kamu,"ujar Haji Idris.
"Baiklah ayah...,"Hafidzul berjalan menuju ke dapur. Kelihatan ibunya sedang sibuk memasak juadah berbuka puasa. Dia menoleh kiri dan kanan mencari adiknya Sumayyah.
Masakan adiknya tegar membiarkan ibunya keseorangan berpanasan di dapur dalam keadaan letih berpuasa.
"Ibu...ada apa-apa boleh Zul tolong?,"Setelah pasti adiknya tiada, dia ingin menghulurkan bantuan. Kasihan melihat ibunya berpeluh-peluh memasak keseorangan.
YOU ARE READING
Sehangat Cinta Ramadhan ♥
RomanceIndahnya Ramadhan, Ramai yang merindui Mu... Menanti ketibaan bulan Mu... Bulan Mulia yang lebih baik berbanding seribu bulan, terkandungnya malam Lailatul Qadr yang di tunggu... Indahnya Ramadhan, Moga ketemu. :') Nur Farisha Humairah Gadis bandar...