Bab 6

201 10 2
                                    

Hari ini aku lebih bersemangat untuk ke pejabat. Aku aturkan langkah dengan penuh senyuman. Aku melemparkan senyumanku kepada sesiapa sahaja yang lalu di hadapanku.

"Hai...Maira, senyum sampai ke telinga nampaknya. Berseri-seri nampaknya. Macam muka orang jatuh cinta aje. Yeke?," Kak Melah menyapaku. Aku menghadiahkan senyuman kepadanya.

"Ish...akak ni. Tak semestinya orang bercinta je boleh berseri-seri. Orang puasa lagi boleh tambah seri...hehe. Saja hadiahkan senyuman pada semua orang, kan sunnah. Dapat pahala lagi...hehe,"ujarku. Kak Melah merupakan kerani am di pejabatku. Dia berumur 30 an tetapi masih belum berpunya. Kecil molek sahaja orangnya. Peramah dan baik hati. Rajin menolong orang disekelilingnya.

"Iyelah tu kamu. Akak tengok si Ezmir tu asyik mengedeng aje ke kamu ni... kamu bercinta dengan dia tak?,"Kak Melah menebak. Hilang senyuman diwajahku apabila teringatkan Ezmir. Aku teringat akan nota yang ditinggalkan pada mug kuning kegemaranku pagi tadi. Mug itu memang menjadi hiasan mejaku kerana aku meletakkan alat tulis ku didalamnya.

Ianya bertulis 'Manisnya kopi, semanis senyuman bidadari...macam awak'. Rasa nak termuntah baca dialog drama swastanya itu. Ingat aku cair agaknya dengan ayat-ayat manis tahap potong kaki seperti itu. Malam sikitlah. Memang tidaklah nak melayan hero drama petang-petang ni. Tak kuasa. Hmm...

"Tak kuasalah saya kak...banyak lagi kerja saya nak siapkan dari dok bercinta sakan. Cinta lama-lama tak kemana kalau bukan jodoh, ye tak? Buang masa aje..,"ujarku sambil menghidupkan komputer milikku dan bersedia untuk menyiapkan kerja semalam yang tertangguh.

"Tu akak sokong. Bercinta memang buang masa. Kalau dah suka, ikatlah dia. Bercinta lama-lama takda faedahnya...menambahkan dosa. Selamat berkerja..hati-hati dengan buaya ya..hehe,"sempat Kak Melah mengenyitkan matanya kepadaku. Aku memahami pesanannya. Kami kembali menyambung kerja masing-masing.

Telefon bimbit Samsung ku berdering. Lagu Kun Anta kedengaran. Aku menyanyi kecil sebelum menjawab panggilan. Nama Manisah tertera di skrin. Aku segera menyuakan telefon itu ke telingaku.

"Assalamualaikum w.b.t...ye Manisah?,"ujarku.

"Wa'alaikumussalam w.b.t. Lajunya awak bagi salam, patutnya saya yang bagi salam dulu kat awak...hehe. Awak tengah buat ape tu, busy ke?,"lembut suaranya, selembut orangnya. Bilalah aku nak belajar cakap sopan santun sepertinya. Haih...

"Saya dah terbiasa awak. Hehe...saya tengah siapkan design semalam je ni. Kenapa ye?,"ujarku. Pelik juga, jarang Manisah telefon kalau tiada hal yang penting.

"Sebenarnya begini, tadi saya terserempak dengan Mak Jah masa pulang dari tadika. Dia ajak berbuka dirumahnya petang nanti. Bersungguh benar ajakannya, tak sampai hati pulak saya nak menolak. Awak macam mana?,"ujar Manisah.

Aku teringatkan akan Mak Jah yang menumpang keretaku tempoh hari. Rupanya ajakannya itu bersungguh. Aku ingatkan hanya untuk menyedapkan hati sahaja. Mesra sungguh wanita itu. Teringin juga nak merasa air tangannya. 'Em..bolehlah...apa salahnya kan?,' detik hatiku.

"Em...bolehlah. Nanti kita ke bazaar dulu beli kuih atau buah untuk jadikan buah tangan, taklah kita datang kosong aje nanti kan...jumpe nanti ye. Saya balik awal sikit hari ni, InsyaAllah," ujarku sambil tersenyum. Meriahlah berbuka hari ini, bolehlah berkenalan dengan anak Mak Jah, Sumayyah.

"InsyaAllah. Okey awak,jumpa nanti. Assalamualaikum...,"Manisah menamatkan panggilan.

"Wa'alaikumussalam w.b.t,"aku menyimpan kembali telefon itu di dalam handbag furla berwarna biru milikku. 'Apa agaknya juadah yang sesuai untuk aku beli nanti ya? Tengok kat bazaar nantilah...tak sabarnya,' hatiku ceria. Aku kembali meneruskan pekerjaanku.

Sehangat Cinta Ramadhan ♥Where stories live. Discover now