Bab 8

263 10 4
                                    


Jam dihujung katil berbunyi. Sudah pukul 4.30 pagi. Mak Jah mengejutkan Sumayyah untuk bangun memasak juadah untuk bersahur. Dengan mata terpisat-pisat, sumayyah berlalu ke dapur membantu ibunya.

Setelah selesai memasak, Mak Jah memanggil suami serta anak lelakinya untuk turun makan bersama.

"Sedap bau ni...awak masak nasi lemak ye?,"ujar Abahnya bertanya kepada ibunya.

Mak Jah tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Kerusi ditarik untuk suaminya duduk, pinggan diisi nasi lemak yang masih hangat, disenduk pula sambal, telur, ikan bilis dan sedikit potongan timun ke dalam pinggan suami tercinta.

Layanan first class yang diberikan oleh ibunya kepada abahnya. Senang hati Faridzul melihat telatah pasangan yang masih asyik bercinta itu. Moga Allah rahmati mereka.

Faridzul juga inginkan kebahagiaan yang berkekalan seperti itu. Dia teringatkan seseorang, tiba tiba bibirnya mengukir senyuman. Tanpa diduga kelakuannya itu diperhatikan oleh Ibu dan abahnya.

"Zul...oh..Zul...,"panggil Ibunya.

"Zul...!,"Panggil abahnya pula.

Lamunan Faridzul terhenti. Mulutnya mengucapkan istigfar. Matanya kembali melihat ke alam nyata. Kelihatan ibu dan abahnya sedang memandang tepat kepadanya. Dia cepat cepat menarik kerusi dan menyenduk nasi ke dalam pinggan. Tangannya menadah tangan untuk membacakan doa makan. Nasi disuap ke dalam mulut.

"Sedapnya nasi lemak ni, pandai Ibu masak...,"ujar Faridzul cuba mengawal suasana. Ibu dan abahnya masih memandang pelik melihat perangai anak mereka.

"Semenjak balik dari rumah Farisha hari tu, ibu perasan kamu ni lain macam sikit. Kamu ada masalah ke? Bawaklah berbincang dengan kami," ujar Mak Jah yang risau melihat anak teruna yang kelihatan sedikit resah. Dia kemudiannya mengambil tempat duduk disebelah suaminya.

"Alhamdulillah, Zul baik-baik sahaja. Kenapa Ibu?,"Faridzul membalas sambil meneruskan suapannya.

"Takdalah, Ibu tengok kamu ada termenung kadang kadang. Tadi tu tiba-tiba tersenyum. Pelik benar pe'el nye,"ujar ibunya sambil memandang serius ke arah Faridzul.

"Takda pape la ibu, mungkin perasaan ibu sahaja tu,"Faridzul tunduk memandang nasi didalam pinggannya. Sesungguhnya dia memang tak mampu nak menipu dihadapan ibunya. Akan tetapi belum masanya untuk diluahkan hasrat hati kepada ibunya. Dia masih perlu beristikharah lagi. Sehingga dia benar-benar yakin bahawa perasaannya itu berbalas dan bukan gangguan nafsu dari syaitan semata.

"Abanggg zul!,"teriak Sumayyah dari muka pintu.

"Ya Allah Maya... cubalah perlahan sedikit suaranya tu. Menjerit jerit pagi pagi ni, dah kenapa kamu ni?," sedikit meninggi suara Mak Jah menasihati anaknya. Tidak mahu dikatakan sebagai ibu yang tidak tahu mendidik anak daranya, terjerit di waktu pagi begini.

"Kamu kenapa Maya? Kena sampuk hantu ke?,"ujar Faridzul cuba untuk berseloroh bagi mengurangkan ketengangan ketika itu.

"Hish...Nauzubillahi Min zalik. Ada ke sampuk hantu, hantu takda subuh subuh ni la. Emm.. ada orang kirim salam sayang kat abang, dia hantarkan bekal ni untuk abang. Hehe..,"bekas berwarna biru cair itu dihulurkan kepada abangnya.

Faridzul menyambut huluran itu dengan seribu tanda tanya. Siapa pulak yang mengirimkan salam kepadanya sehingga sudi menghantar juadah sahur pula tu.

Bekas biru itu dibuka perlahan. Terdapat sepotong kek coklat moist di dalamnya. Faridzul mula teringatkan seseorang. Izara! Hanya dia seorang sahaja yang suka menghantar kek coklat kepadanya. Sudah pulang ke malaysia barangkali sepupunya itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 26, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sehangat Cinta Ramadhan ♥Where stories live. Discover now