Subuh pagi itu kurasakan amat mendamaikan hati. Jendela kamar ku buka dengan bismillah. Angin sejuk menyapa pipi terasa nyaman. Indahnya melihat burung-burung mula berterbangan mencari rezeki. Oleh kerana rumah ku jauh dari jalan besar, waktu pagi tidaklah terganggu dek pencemaran bunyi kenderaan yang berpusu-pusu keluar menuju ke pusat bandar.
Selesai menunaikan solat sunat fajar dan solat fardhu subuh berjemaah bersama ayah dan abang-abangku, kami beredar ke kamar masing masing. Seperti hari-hari biasa setiap pagi aku akan membaca surah Al Waqiah yang menjadi amalan harianku.
Surah favourite ku yang mencerita kan mengenai tiga golongan di akhirat kelak. Golongan kanan, golongan kiri dan golongan yang terdahulu beriman. Golongan kanan merupakan golongan yang menerima amal perbuatan mereka dengan tangan kanan, manakala golongan kiri pula adalah golongan yang menerima amal perbuatan mereka dengan tangan kiri. Golongan terdahulu beriman adalah golongan yang telah beriman sebelum zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Pesan ayah, surah itu adalah amalan pembuka pintu rezeki dan Alhamdulillah selama ini segala urusan kami amatlah dipermudahkan oleh Allah bagi kami sekeluarga. Syukur kepada yang Tuhan yang Maha Esa.
"Sadaqallahulazim..." usai menghabiskan bacaan Al Quran, aku bersiap untuk turun ke dapur bagi menyediakan sarapan untuk keluargaku.
Semenjak pemergian arwah Mama sewaktu aku berumur 10 tahun, ayah banyak mengambil alih tugas mengasuh kami adik beradik. Mak Yah yang juga pembantu rumah kami turut sama membantu ayah dalam menguruskan kami.
Mak yah adalah jiran lama arwah nenek di kampung yang tinggal berjiran dengan kami sejak kecil lagi. Mak Yah akan memulakan tugas hariannya tepat pada pukul 10 pagi dan tugasannya berakhir pada pukul 5.30 petang. Mak Yah mempunyai suami bernama Pak Megat yang berkerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah yang berhampiran dengan kediaman kami. Walaupun tidak dikurniakan zuriat sebagai pengikat kasih sayang, hubungan mereka suami isteri amat bahagia seperti pasangan baru bercinta. Mak Yah juga telah menganggap kami sebagai anak-anaknya sendiri. Aku tersenyum mengenangkan semua itu.
"Isya!,"
Namun lamunanku terganggu apabila satu suara yang amat ku kenali memanggilku dari belakang. Aku pantas menoleh.
"Oh Ayah... ," ujarku sepatah.
"Kamu berangankan siapa pagi-pagi begini? Ish anak dara tak elok duduk termangu di tangga macam ni...nanti orang tak masuk meminang," Balas Ayah sambil tersenyum. Aku mengerutkan dahi. 'Apa kene mengena duduk kat tangga dengan orang masuk meminang?,'persoalan bermain diminda ku meminta kelogikan fakta tersebut.
"Ada effect ke ayah? Macam tak logik jek...," Balasku. Kening ku masih lagi berkerut di tempat yang sama menandakan aku masih bingung.
"Itu cuma pesanan orang tua tua dahulu. Kita generasi muda ni ikut sahajalah, adalah tu kebenarannya. Kot kot orang nak lalu kat tangga terlanggar kamu, kamu jatuh, haa takdalah orang nak meminang," ujar Ayah tersenyum selamba sambil berlalu pergi ke dapur meninggalkan aku yang masih blur di tangga. Aku mengekori Ayah dari belakang sambil minda ku mencerna jawapan ayah tadi. Boleh tahan la logik dia. "Whatever," ujarku sepatah sambil mengangkat bahu.
"Boleh la fakta tu walaupun kedengaran agak scary. Ee siapa taknak kahwin..rugi!," Aku tergelak.
'Rugilah ...kahwin best apa. Macam Rita dengan hubby dia, they're so sweet,' aku teringatkan majlis kahwin classmate ku minggu lepas. Tema Pink and baby blue memang romantik sangat.
'InsyaAllah Mr. Jodoh aku menantimu. Cewahh!,' bisik hatiku berangan...hahaha. Aku tergelak sendiri tetapi cepat cepat aku sembunyikan dari pengetahuan ayah, nanti keluar lagi pesanan pelik pelik orang dulu.Oh..Tidak tercerna minda aku dibuatnya.
YOU ARE READING
Sehangat Cinta Ramadhan ♥
Roman d'amourIndahnya Ramadhan, Ramai yang merindui Mu... Menanti ketibaan bulan Mu... Bulan Mulia yang lebih baik berbanding seribu bulan, terkandungnya malam Lailatul Qadr yang di tunggu... Indahnya Ramadhan, Moga ketemu. :') Nur Farisha Humairah Gadis bandar...