Semenjak peristiwa berbuka puasa kelmarin, Mak Jah kerap menghantar lauk untuk berbuka puasa ke rumah Farisha.
Farisha juga membalasnya dengan kuih muih dari bazaar. Mereka semakin rapat. Mak Jah mengambil berat tentang dua gadis itu, kerana sudah di anggap seperti anak sendiri.
Hampir menjelang 10 malam terakhir Ramadhan, ibadah ditingkatkan, maksiat dijauhkan, keredhaan Illahi direbutkan.
Surau dan masjid masih penuh dan semakin dipenuhi oleh para jemaah yang tidak mahu melepaskan peluang untuk beribadah dibulan yang mulia ini.
Mak Jah dan Farisha semakin rapat. Semakin kerap bertukar juadah untuk berbuka. Kasih sayang Mak Jah tumpah pada gadis berdua itu yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
Walaupun begitu, amat jarang sekali Farisha dapat bertemu dengan Faridzul dek kerana Faridzul telah mendapat pekerjaan sebagai guru sekolah rendah agama di kampungnya.
...
Suasana pagi itu amat tenang dan mendamaikan. Segar pagi menampar muka saat jendela dibuka. Manisah tersenyum sambil menikmati kehijauan alam yang belum diteroka manusia. Indahnya ciptaan Illahi.
Sedang asyik mengelamun, Manisah baru tersedar yang dia hanya bersendirian. Sejak dari solat subuh terbit fajar tadi, tidak kelihatan Farisha keluar dari kamarnya. Masih tidurkah rakannya itu? Bisik hatinya.
Setahu Manisah, Farisah bukan orang yang suka tidur selepas waktu subuh. Rezeki lari katanya. Dia cuba menjenguk ke kamar Farisha untuk mendapatkan kepastian.
"Assalamualaikum... awak, saya masuk ni...," ujar Manisah sambil menolak daun pintu ke dalam. Kelihatan susuk tubuh Farisha yang diselimuti oleh comforter tebal hingga ke paras dada. Muka rakannya itu kelihatan pucat dan tidak bermaya.
"Farisha...awak okay tak ni? Ya Rabbi, panasnya dahi awak...demam panas ni...,"ujar Manisah terkejut sebaik sahaja tangannya mengenai dahi rakannya itu.
Dia bergegas ke dapur bagi mengambil semangkuk air bersama tuala bersih. Dia memerah tuala itu sehingga agak kering, lalu disuakan ke dahi rakannya. Farisha tersedar sambil meraba dahinya.
"Eh...Manisah, maafkan saya. Tak perasan awak masuk tadi...dah pukul berapa ni?,"ujar Farisah sambil memandang ke arah Manisah. Dia cuba untuk bangkit namun tidak berupaya.
"Awak baring je...rehat. Nanti saya belikan panadol dan masakkan bubur. Awak tak boleh puasa kan?,"ujar Manisah. Farisha mengangguk-angguk.
"Terima kasih awak..susahkan awak je,"Farisha cuba untuk menghadiahkan senyuman untuk rakannya yang baik hati itu.
"Tak perlu ucapan terima kasih awak, kita kan sahabat. Dah sememangnya kewajipan saya untuk jaga awak bila awak sakit...sekejap ye, saya pergi beli panadol. Awak rehat je dulu, saya pergi sekejap je...,"ujar Manisah segera keluar. Setelah menyarung tudung, dia berjalan kaki menuju ke kedai Pak Ali yang hampir 200 meter dari rumah sewa mereka.
Sedang dalam perjalanan, Manisah terserempak dengan Faridzul yang sedang membonceng motorsikalnya. Dibelakangkan kelihatan Sumayyah.
Sedar akan kelibat Manisah, Faridzul memperlahankan motorsikalnya. Sumayyah menyapa Manisah dengan ramahnya.
"Assalamualaikum, akak...dari mana nak ke mana? Tergesa aje nampaknya...," ujar Sumayyah sambil tersenyum.
"Wa'alaikumussalam w.b.t, Maya... akak dari rumah nak ke kedai Pak Ali. Nak beli panadol. Kak Farisha demam panas... emm akak pergi dulu ya..,"ujar Manisah agak tergesa. Dia berlalu meninggalkan Faridzul dan adiknya.
YOU ARE READING
Sehangat Cinta Ramadhan ♥
RomanceIndahnya Ramadhan, Ramai yang merindui Mu... Menanti ketibaan bulan Mu... Bulan Mulia yang lebih baik berbanding seribu bulan, terkandungnya malam Lailatul Qadr yang di tunggu... Indahnya Ramadhan, Moga ketemu. :') Nur Farisha Humairah Gadis bandar...