"Aariz Mikael..."
"What brings you hither? Begone, I beseech you." kata Mikael sambil menghela nafas berat, matanya mengelak pandangan. Sekejap rasa gelisah muncul di raut wajahnya, menandakan ada sesuatu yang mengganggu.
"This place...thrums with the vibrant pulse of life, yet for me, each step I take is laden with a burden that grows ever more weighty." Mikael merenung, suaranya terbawa angin keresahan.
Mikael dihadapkan pada kenangan-kenangan yang menariknya ke dalam lubang kehampaan. Setiap sudut bilik adalah saksi bisu atas pertempuran batin yang dia hadapi.
"How am I gonna escape this darkness? In the void, how can I find light?" Keraguan menghantui Mikael. Persoalan yang tiada henti dan tiada akhir.
Mikael tenggelam dalam lamunan.
Tiba-tiba, penggera berbunyi dengan tajam, membelah kesunyian fikirannya, menarik kembali ke kenyataan.
Mikael bergerak dengan tenang dan teratur menyusun paginya. Menghirup udara pagi segar, lalu berjalan ke almari pakaian. Setiap pilihan pakaian, dari kemeja hingga seluar, dibuat dengan pertimbangan matang. Dia mengikat tali leher sambil berfikir agenda untuk hari tersebut.
Di dapur, dia menyediakan sarapan pagi, roti bakar dan secawan kopi hangat. Aroma kopi memenuhi ruangan itu, menenangkan fikirannya. Setelah selesai, dia memeriksa semuanya sekali lagi sebelum keluar dari rumah.
Apabila dia masuk ke dalam kereta, dia membetulkan cermin dan tempat duduk, kemudian menghidupkan enjin. Suasana pagi masih sunyi, membolehkan dia merenung sejenak dalam ketenangan pagi. Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Dengan sebelah tangan masih di stereng, dia mengambil telefon pintarnya, melihat nama Zafry tertera di skrin. Sambil tersenyum, dia menyambung panggilan, menyambut suara kawan baiknya.
"Hai good morning my bro... where you at?" suara Zafry bergema melalui speaker telefon, penuh semangat.
"Morning, tengah drive ni, Zafry... kenapa?" Mikael menjawab, suaranya sedikit terganggu.
"Oh, nak pergi mana?" Tanya Zafry, rasa ingin tahunya jelas.
"Kerja lah" balas Mikael, ringkas namun penuh dengan nada kebiasaan.
"Oh, bukan ke hari ni weekend?" Jelas kekeliruan Zafry.
"Ha? Hari ni hari apa?" Mikael terkejut, riak wajahnya tiba-tiba terasa bingung.
"Saturday, Mikael" Zafry mengingatkannya.
Mikael terdiam, fikirannya berputar laju. "Kenapa alarm berbunyi tadi eh?" rungutnya sendiri. Dia kemudiannya tersedar, teringat janji temu dengan pakar psikologi yang telah diatur sebelum ini.
"Hello? Mikael?" Zafry mencelah, suaranya dipenuhi kebingungan.
"Ohh haih, macam mana la aku boleh lupa ni" Mikael berkata dengan nada yang mencerminkan kejutan dan sedikit kekecewaan pada diri sendiri.
"Lupa apa?" Tanya Zafry, rasa ingin tahunya timbul.
"Takde apa" Mikael menjawab cepat, berusaha mengalihkan perhatian.
"Ha, aku nak ajak kau lunch nanti... free ke tak?" soal Zafry menukar topik.
"Free je..." jawab Mikael, rasa lega bercampur rasa syukur dengan pertukaran topik.
"Okay, tu je sebab aku call kau, see ya. Tempat biasa," Zafry berkata, mengakhiri panggilan dengan nada ringan.
"Alright..." gumam Mikael, mematikan panggilan dan kembali menumpukan perhatiannya pada jalan di hadapan.
YOU ARE READING
Hikarisma
Mystery / ThrillerBukan kerana dendam. Tapi sekadar hak. Hak yang sewajarnya engkau miliki.