Mikael duduk sendirian, menikmati secawan kopi di ruangan meja dapur.
"Minum air apa tu? Nak sikit." desis Aarash.
"Buat sendiri" jawab Mikael dengan suara yang terdengar dingin.
Namun, Aarash tidak berputus asa "Buatkan boleh? Dah lama tak rasa air tangan abang Aariz."
Meskipun hanya diam, Mikael bangun dari tempat duduknya dengan rela hati. Tanpa sepatah kata pun, dia membuat secawan air untuk adiknya.
Setelah menikmati tegukan pertama, Aarash mengucapkan terima kasih dengan tulus. "Ya, sama-sama" jawab Mikael dengan lembut, menyiratkan perasaannya walau tanpa banyak kata.
"Okay tak rasa air tu?" tanya Mikael.
"Sedap, macam biasa" jawab Aarash dengan senyum mengembang di wajahnya.
Mikael tersenyum sebagai balasan, lalu dengan penuh kasih sayang, mengusap lembut kepala adiknya.
Mikael memandang Aarash seolah ingin bertanya.
"How's your life as a student? Good?"
Aarash tertawa kecil. "Being a student? It's like a wild ride..full of twists and turns but ya never a dull moment."
Mikael mengangguk, memahami betapa berlikunya kehidupan sebagai seorang pelajar.
"Aarash ada kelas ni. Gerak dulu" kata Aarash tiba-tiba. Segera dia menghabiskan minumannya.
"Okay Aarash. Jaga diri baik-baik." balas Mikael, membiarkan Aarash pergi sendirian. Aarash memberi tanda hormat singkat kepada Mikael sebelum melangkah keluar dari ruang dapur.
Panggilan dari Nocturnix di telefon pintar Mikael terdengar seperti bunyi gemericik air yang menenangkan, memecah suasana pagi dengan bunyi yang mengundang untuk dijelajahi.
Bergerak dengan langkah teguh menuju keretanya, Audi R8 yang gagah itu menanti dengan setia di halaman. Dengan gesaan perlahan, dia membuka pintu kereta dan masuk ke dalam, merasakan keselesaan. Dengan sekali tekan, enjin berdentum hidup. Mikael menguatkan pegangan pada stereng, matanya menatap lurus ke hadapan.
Mikael melalui lorong-lorong sempit di antara bangunan-bangunan klasik yang tua, hingga tiba di hadapan tembok penghalang yang megah dan usang. Tembok itu adalah perantara tak terlihat antara Atheria dan bangunan Nocturnix. Dengan rasa dingin, Mikael memandu keretanya perlahan, sedia untuk menembus pertahanan dari dunia luar.
Ketika Mikael sampai ruangan yang terang redup, tempat dimana dia akan menerima misi. Ia tidak dapat mengelak daripada merasakan perasaan asing yang menyelubunginya. Seorang wanita duduk di hujung meja, diselubungi bayang-bayang. Mikael dengan yakin melangkah ke arahnya, menempatkan dirinya dengan anggun di kerusi.
"Ah, you must be Mikael" sebuah suara bergema dari gelap. "I've heard quite a bit about you."
Mikael tersenyum manis. "Likewise. And you are?"
Wanita itu mencondongkan badannya ke hadapan, mendedahkan dirinya sebagai Zya, matanya bersinar dengan nakal. "I'm Zya Afshera, your partner in crime... or should I say, partner in saving the world?"
Mikael tertawa kecil, terkesan dengan semangat Zya. "It looks like we're in for quite the adventure."
Mata bertentang mata dan pada saat itu, mereka tahu mereka adalah rakan sekerja yang mungkin sepadan. Mereka tidak tahu bahawa misi pertama mereka bersama akan menguji kemahiran mereka.
Semasa mereka menerima taklimat untuk Pemindahan Kedutaan Aetherian, Mikael tidak dapat menahan keningnya yang terangkat melihat seriusnya situasi itu.
Qaid Zain melangkah ke hadapan, kehadirannya menarik perhatian. "Listen, the situation at the Aetherian Embassy is dire" katanya, suaranya penuh berwibawa. "Insurgents have targeted the embassy, and our mission is to evacuate the diplomats safely while neutralizing the threat."
YOU ARE READING
Hikarisma
Mystery / ThrillerBukan kerana dendam. Tapi sekadar hak. Hak yang sewajarnya engkau miliki.