8:00am..
Zya terjaga dengan bunyi deringan alarm di telefon pintarnya. Matanya perlahan-lahan terbuka, menyesuaikan diri dengan cahaya pagi yang masuk melalui tingkap biliknya. Dia menguap dan meregangkan tubuh, merasakan kelegaan dari tidur yang nyenyak. Setelah beberapa saat, dia bangkit dari katil, melangkah ke bilik mandi.
Di bilik mandi, Zya membasuh muka dan memberus gigi. Kesegaran air yang mengalir di wajahnya membangkitkan semangat untuk memulakan hari yang baru. Selepas mandi, dia mengenakan pakaian latihan yang telah disiapkan malam sebelumnya. Pakaian itu ringkas tetapi selesa, sesuai untuk sesi latihan intensif di Nortunix.
Zya melangkah ke dapur, mencari sesuatu untuk dimakan. Dia memilih bijirin dan susu, hidangan sarapan yang cepat dan mudah. Sambil makan, dia memeriksa telefon pintarnya untuk melihat mesej atau notifikasi yang mungkin penting. Tidak ada apa-apa yang mendesak, jadi dia menikmati sarapannya dengan tenang.
Selesai makan, Zya mengemas sedikit ruang tamu rumahnya sebelum mengambil beg latihan. Di dalamnya, terdapat peralatan asas dan bekalan yang mungkin diperlukan sepanjang hari di Nortunix. Dia memastikan segala-galanya sudah lengkap, kemudian keluar dari rumahnya.
Perjalanan ke Nortunix tidaklah begitu jauh, tetapi memerlukan sedikit masa. Zya menaiki motosikalnya, sebuah model sport yang pantas dan efisien. Dengan helmet dipasang kemas, dia memulas throttle dan meluncur di jalan raya dengan penuh semangat. Angin pagi menyapa wajahnya, memberikan rasa segar yang membangkitkan semangat.
Setelah beberapa minit, Zya tiba di bangunan Nortunix, sebuah struktur megah. Pengawal keselamatan di pintu masuk mengenalinya dan memberi laluan dengan senyuman. Dia meletakkan motosikalnya di tempat yang telah ditetapkan, kemudian melangkah masuk ke dalam bangunan.
Zya menuju ke ruang latihan, berjalan melalui koridor yang dipenuhi dengan pelbagai teknologi canggih dan alat-alat yang tidak diketahui. Setibanya di ruang latihan, dia melihat sekeliling, memastikan semua persiapan sudah siap. Tidak lama kemudian, pintu terbuka dan Mikael muncul.
"Hai Zya" sapa Mikael dengan senyuman yang menawan.
"Hai" balas Zya.
"Ready dah ke?" tanya Mikael sambil merenggangkan otot-ototnya.
"Always" jawab Zya tanpa ragu, matanya bersinar dengan semangat.
"Alright, I'm going to test your instincts in the dark. We'll be using a katana." kata Mikael sambil melangkah ke arah rak senjata yang tersusun rapi.
"Hmm, okay boleh" Zya setuju, merasa teruja tetapi sedikit gugup.
Mikael mengambil sebatang katana yang bersinar tajam di bawah cahaya lampu. Dia menghulurkannya kepada Zya dengan senyuman penuh makna.
"Nah" katanya.
"Mikael..." panggil Zya perlahan, matanya terpaku pada bilah pedang yang kelihatan berbahaya itu.
"Ya?" Mikael membalas, keningnya terangkat sedikit.
"Kau tak ada ke pedang tumpul sikit? Bahaya ni. Aku dahlah tak ada pengalaman langsung" kata Zya, suaranya mengandungi nada cemas.
Mikael tersenyum kecil. "Tu yang paling tumpul. Memang guna untuk latihan." jawabnya, cuba meyakinkan Zya.
"Hmm... macam mana kalau aku tercucuk kau?" Zya menyoal, lebih serius kali ini.
Mikael ketawa kecil, suaranya bergema di ruang latihan. "Yelah yelah kejap" katanya sebelum berjalan ke arah bilik penyimpanan senjata. Dia masuk ke dalam bilik itu, mencari sesuatu yang lebih sesuai.
YOU ARE READING
Hikarisma
Mistero / ThrillerBukan kerana dendam. Tapi sekadar hak. Hak yang sewajarnya engkau miliki.