Redup petang melukis taman dengan warna keemasan yang memainkan ritma di antara dedaunan. Zafry, tanpa mengetahui kemungkinan yang terselindung, meneruskan kayuhannya melalui laluan basikal yang sepi. Namun, seolah-olah langit sendiri mengenali kisah yang belum terungkap, ada individu misteri menzahirkan satu perasaan dengan kata-kata yang lembut namun berisi "Raezil Zafry..hang tight, your moment's coming up."
Namun, perhatian individu itu berpaling dengan tiba-tiba ketika suasana menerangi seorang wanita di hadapan rumah. Wanita itu, bak lukisan hidup yang dipenuhi kebahagiaan, tersenyum mesra bersama ibu bapanya. Dalam sekelip mata, dia melangkah ke kereta, mungkin mahu pulang ke rumahnya. Individu misteri itu, dengan nada tenang, sambil menggelengkan kepala, berkata, "Takkan ada kebahagiaan di depan mata aku."
Lupakan sejenak tentang Zafry, individu itu menyusuri jejak wanita tersebut dengan hati yang dingin. Bayangan itu seperti mencipta hasrat, menemani perjalanan rahsia yang semakin menggeliat di dalam dunia yang merentang petang.
Tiba di lampu isyarat merah, kehidupan seolah-olah membeku sejenak. Individu itu, seperti bayang-bayang gelap. Namun, pada saat ketidaksengajaan merasuki tindakannya, dia terlanggar belakang kereta wanita yang tidak bersalah itu. Lampu isyarat berubah hijau, menandakan hentian di tepi jalan yang membawa angin tak baik dengan serba tak terduga.
Wanita itu keluar dari kereta dan terkejut melihat insiden yang terjadi.
Individu itu keluar dari kegelapan kenderaannya dengan sikap rendah diri.
"Ahhh maafkan saya. My bad. Saya akan uruskan kereta awak, awak tinggalkan nombor. Dah siap saya call terus. Awak nak ke mana? Saya hantarkan" katanya dengan nada penyesalan.
Entah kenapa wanita itu merelakan. Rasa ketidakpastian di wajahnya jelas nampak. Individu itu membawa wanita tersebut ke destinasi yang diberitahu. Namun arah jalan bertentangan dengan destinasinya.
"Salah jalan ni. Awak nak bawa saya ke mana?" soal wanita itu sambil rasa curiga.
"Ohh aaa saya minta maaf. Saya nak ambil barang yang tertinggal kat tempat saya kejap" jawab individu itu sambil ketawa kecil.
"Barang apa?" tanya wanita itu lagi.
"Pendrive saya, kalau saya tak ada pendrive tu saya tak boleh buat kerja" ucap individu tersebut sambil tersenyum.
Kedamaian palsu ini merambat ketika mereka tiba di markas terpencil. Suasana gelap membenamkan suasana, dan percakapan hilang ditelan oleh ketegangan yang memenuhi udara.
"Kenapa tempat ni sunyi sangat?" tanya wanita itu dengan rasa curiga.
"Hm mana ada sunyi lah" jawab individu itu sambil tersenyum dingin.
Saat mereka masuk ke dalam, percakapan menjadi hilang, dan ketidakpastian menyelubungi ruang tersebut. Wanita itu menyedari bahawa situasi yang terbentuk mungkin lebih rumit daripada yang dia sangka, dan interaksi mereka terputus dalam kegelapan yang menyelinap "Hello? Mana awak?"
Reaksi wanita itu menjadi semakin gelap dan cemas, memahami bahawa dia telah teperangkap dalam sesuatu yang jauh dari niat baik. Bunyi langkah kaki individu itu dan keheningan yang menakutkan hanya menambah ketidakpastian yang menyelubungi keadaan "Ya, Saya kat sini."
Individu itu meneruskan langkahnya, dan wanita itu merasakan ketidakpastian yang semakin menebal. Suasana di dalam markas terpencil itu bagaikan menyembunyikan rahsia yang tidak boleh diceritakan. Wanita itu cuba untuk mengekalkan ketenangan walaupun rasa cemas merayapi hatinya. Tapi siapa je tenang kalau dalam situasi macam ni?
"Gelapnya. Tak ada lampu ke?" kata wanita itu sambil mengintai sekeliling.
Individu itu hanya menjawab dengan senyuman, tanpa mendedahkan apa-apa. Seolah-olah, setiap langkah yang diambil di dalam ruangan itu membawa mereka lebih dalam ke dalam misteri yang melilit.
YOU ARE READING
Hikarisma
Mystery / ThrillerBukan kerana dendam. Tapi sekadar hak. Hak yang sewajarnya engkau miliki.