Zafry sampai di rumahnya, langkahnya lelah dengan perasaan yang berbeza dari biasanya, fikirannya tidak tenteram. Pintu rumah dibuka perlahan. Zafry melangkah masuk. Dia menyambut ibunya dengan penuh kelembutan, "Assalamualaikum ibu, ibu macam mana? Okay?"
Ibunya tersenyum, "Waalaikumussalam, alhamdulillah, ibu okay je"
Dia menghampiri ibunya dengan kasih sayang yang mendalam, memeluknya erat. "Ibu, Zafry sayang sangat kat ibu," bisiknya perlahan sambil merangkul ibunya dengan erat.
Ibu Zafry terkejut dengan sikap tiba-tiba anaknya itu, namun tersenyum diiringi dengan kehairanan. "Kenapa tiba-tiba ni?" soal ibu Zafry, membalas pelukan anaknya.
Zafry melepaskan pelukan perlahan dan dengan senyuman tipis, dia menjawab, "Tak ada apa-apa, ibu."
Zafry bergerak terus menuju biliknya dengan langkah yang seakan-akan terburu-buru. Di situ, dia meneruskan kerja yang sebelum ini menjadi tumpuannya semasa berada bersama kawan-kawannya. Walaupun begitu, ada yang mengusik, sesuatu yang tidak dapat dia lupakan. Tanda tanya yang masih tidak terungkap membuatkan hatinya gelisah. Suatu kegelisahan terpendam masih menghantui fikirannya, tanpa dia tahu apa yang sebenarnya. Dia tertidur dalam keadaan berfikir. Air mata mengalir seolah ada makna yang tersirat.
....
Saat mentari pertama menyapa dunia, Anna, menemui dirinya terperangkap dalam realiti yang penuh dramatik di tempat kerja. Anna terdiam, matanya menerawang jauh sementara dia tenggelam dalam lautan pemikiran. Dia merenungi perasaannya, seraya meragui setiap perasaan yang meluap-luap di dalam dirinya. Seolah-olah perasaan yang dia rasakan hanyalah permainan semata-mata, dia biarkan dirinya terjerumus dalam keraguan.
Kawan kerjanya yang peka terhadap perubahan suasana hati Anna mendekatinya. "Anna, fikir apa?"
Anna tersenyum untuk menenangkan kawannya, tetapi kerutan di wajahnya menggambarkan konflik yang sedang dia hadapi. "Ah, tak ada apa. Just terfikir something."
Kawannya menatap Anna dengan penuh perhatian. "Jangan pendam tau, Anna. Kalau nak meluah, aku boleh jadi pendengar."
Anna mengangguk, menghargai kepedulian kawannya. "Mungkin perasaan biasa. Tapi kadang, susah nak beza antara permainan dan kenyataan, kan?"
Mata Anna mencari jawapan di dalam heningan ruang kerja mereka, dan walaupun dia sambung bekerja, bayangan keraguan masih terpantul di matanya.
Beberapa minit kemudian, Anna berasa kehausan menyelubungi, langkah mantap dibuatnya arah ke dapur pejabat. Dengan mata berkilat penuh keyakinan, dia menyahut panggilan dahaga yang merayapi setiap sel dalam tubuhnya.
Tiba di dapur kecil itu, pandangan tajam Anna seperti mata pedang yang meresahkan keheningan rak cawan, seolah-olah menyelinap masuk ke dalam hutan ajaib mencari rahsia yang tersembunyi. Matanya menyelidik setiap mangsa untuk meredakan dahaga yang mengejut tadi. Jari-jarinya yang licin meliuk dengan lemah-lembut di atas permukaan cawan-cawan, seperti melibatkan diri dalam ruang tanda tanya yang hanya boleh dihayati oleh mereka yang peka terhadap rahsia.
Dengan keanggunan yang memukau, Anna menggenggam cawan dari kanan ke kiri dengan gerakan yang memikat, seolah-olah mengajukan pertanyaan tak terucap kepada setiap cawan yang diangkatnya. Setiap cawan yang terangkat bagaikan bintang yang menyinari panggung dalam pertunjukan yang tanpa skenario. Ini bukan sekadar mengambil cawan, melainkan hampir seperti gerakan yang mengagumkan, memikat hati dan fikiran.
Cawan-cawan itu seperti menari di udara, mengikuti irama hati keyakinan Anna. Setiap gerakan bersinar dan penuh kepastian, seakan-akan pertunjukan yang memukau dalam kesederhanaan yang indah.
YOU ARE READING
Hikarisma
Mystery / ThrillerBukan kerana dendam. Tapi sekadar hak. Hak yang sewajarnya engkau miliki.