BAB 1

499 18 12
                                    

Zapp!!

Haziq mengetap gigi sambil memejamkan kedua-dua matanya menahan pedih setelah mendapat hukuman rotan sebanyak satu kali oleh cikgu Muaz. Pantas dia berdiri tegak. Diusap-usap punggungnya untuk mengurangkan kesakitan. Kalau dah satu kali pun dah sakit macam ni, macam mana kalau lebih daripada sekali? Tu nak buang hajat dalam tandas pun payah.

Dipusingkan tubuhnya menghadap cikgu Muaz semula. Matanya memandang ke lantai. Takut nak memandang wajah guru itu.

"Kalau aku dengar lagi laporan tentang kau, lagi teruk kau kena rotan nanti, faham?" tegas cikgu Muaz dengan wajah bengisnya. Memandang ke arah Haziq yang hanya menundukkan kepala.

"Faham..." kata Haziq perlahan sambil mengusap punggungnya.

"Dah, pergi masuk ke bilik kaunseling sekarang!" kata cikgu Muaz lalu melibas rotan di atas meja itu dengan kuat.

Terangkat kedua-dua bahu Haziq dibuatnya. Terkejut. Dia mengangguk kepala dengan laju. Cepat-cepat dia keluar daripada bilik disiplin itu dan terus masuk ke dalam bilik kaunseling. Dia lari dah macam lipas kudung. Takut kena rotan lagi.

"Aduh! Sakitnya punggung aku ni. Cikgu ni macam lepas geram dekat aku saja." rungut Haziq perlahan. Kedua-dua tangannya masih lagi mengusap punggungnya. Sakit!

Perlahan-lahan dia duduk di atas salah sebuah sofa yang ada di bilik kaunseling itu. Diusap-usap punggungnya lagi. Tak selesa nak duduk. Dia mengeluh lagi. Lepas ni kena tadah telinga pula sebab nak kena bebel lagi.

Bila dia teringat semula tentang kejadian tadi. Dia tak ganggu sesiapa pun tapi buat hal sendiri saja. Tiba-tiba saja ada seorang pengawas lelaki yang mencari dirinya di dalam kelas. Rupanya sebab lukisan lucah yang dia lukis sewaktu dia bosan di dalam kelas sejarah semalam. Kertas lukisan itu diletakkan di dalam buku teks sejarah tapi kantoi juga. Ada salah seorang rakan sekelasnya yang melaporkan perkara itu kepada pengawas. Nama telah dirahsiakan. Jadi dia tak tahu siapa orangnya.

Sudah tentulah perasaan marah telah hadir di dalam diri Haziq. Tapi, perasaan serba salah itu juga timbul. Salah dia juga kerana melukis lukisan sebegitu. Tapi apakan daya? Dia dah biasa melukis benda-benda tersebut. Jadi, nak berhenti itu sangatlah susah.

Haziq mengeluh berat. Lain kali kena lagi pandai sorok. Bila dah kantoi macam ni, punggung dia juga yang kena tadah. Sakit!

Dia teringat lagi tentang pengawas lelaki yang mencari dirinya di kelas tadi. Sudahlah dia tengah sedap tidur di dalam kelas. Tiba-tiba saja nama dia kena panggil. Bila dia keluar dari kelas saja, wajahnya kena tampar. Terus segar biji mata dia. Hilang mengantuk. Lepas tu bila masuk bilik disiplin, kena rotan pula dengan cikgu. Aduh! Malangnya nasib.

"Siapa pengawas tadi tu?" kata Haziq sendirian. Punggungnya diusap-usap lagi. Macam tak pernah nampak pun pengawas tu selama ni. Pengawas yang tak popular lah tu.

***


Dua jam yang lalu,

Fail-fail yang berada di tangannya itu dibelek-belek. Kepala diangguk-angguk sambil tersenyum lebar.

"Wah, bagus ni!" kata cikgu Syafiqah. Dibelek-beleknya sijil-sijil itu pula.

"Bagus kan? Adik saya ni sesuai sangat jadi pengawas sekolah. Cuma dia ni pemalu saja." kata Alia yang cuba untuk meyakinkan guru itu.

Di sebelah Alia, ada seorang pelajar lelaki yang berwajah bengis. Tajam matanya merenung ke arah kakaknya yang hanya satu tahun lebih tua daripadanya. Tak sangka kakaknya benar-benar mendaftarkan dirinya menjadi seorang pengawas. Mahu sahaja dia bersuara untuk membantah. Tapi bila dia teringat tentang kejadian semalam, terus tak jadi nak membantah. Dia hanya diam membisu saja.

[DR6] Gadis Dakwah vs Mamat Pervert?Where stories live. Discover now