BAB 6

136 8 9
                                    

     Semakin berundur ke belakanglah Humaira. Jantungnya berdegup dengan sangat kencang. Dah semakin ramai pelajar yang dah datang dan duduk di kantin sekolah. Tapi Haziq tidak kisah. Apa yang dia tahu, dia mesti membalas dendam kepada orang-orang yang dah ganggu hidup dia.

Dengan beraninya, Haziq menyambar lengan Humaira dan digenggamnya supaya Humaira tidak dapat lari. Kemudian, dia menarik tangan Humaira dan berjalan ke tempat yang tiada orang.

"Woi! Lepaskan aku lah! Kau nak bawa aku ke mana? Sesiapa, tolong!" jerit Humaira sambil meronta-ronta. Ingin melepaskan diri.

Puas kakinya menendang ke tanah untuk melepaskan diri. Tapi dia kalah. Dia ditarik secara paksa dan diheret ke belakang kantin sekolah. Haziq yang berbadan sado itu sudah semestinya boleh menarik tubuh Humaira yang kecil itu. Haziq tidak kisah dipandang orang lain. Asalkan tiada sesiapa yang menganggu rancangannya. Lagi pun, pagi lagi. Hanya dua tiga orang saja yang dah datang. Lagilah dia tidak mempedulikan.

"Woi! Kau nak apa? Lepaskan akulah! Mana boleh pegang-pegang!" jerit Humaira yang tak nak mengalah.

Dia menaikkan kakinya dan melepaskan tendangan padu pada wajah Haziq. Nasib baik pakai seluar panjang dekat dalam kain.

Dush!!

Tepat mengenai hidung Haziq. Tubuh Haziq terdorong ke belakang sedikit. Maka, terlepaslah tangannya daripada genggaman Haziq. Humaira mengambil peluang itu untuk melarikan diri. Dia lari sepantas yang dia boleh. Beg sekolahnya ditinggalkan di kantin sekolah sementara.

"Berani kau tendang hidung aku ye? Mati kau perempuan!" jerit Haziq lalu mengejar Humaira. Dia seorang atlet sukan. Sudah tentulah lariannya sangat pantas.

Humaira tahu tentang itu. Sebab itulah dia berlari ikut laluan zig zag dan berlari ke tempat yang ada halangan. Berlari ke taman bunga, banyak pokok bunga. Masuk ke dalam kelas ikut pintu belakang, keluar ikut pintu depan. Tubuhnya yang kecil itu dapat lari dengan laju, masuk ke tempat-tempat begitu.

Tercungap-cungaplah Haziq mengejar Humaira. Tubuhnya yang sado itu sudah tentu lebih besar daripada tubuh lelaki biasa. Masuk pula ke tempat-tempat yang ada barang. Sempit pula tu. Tersangkut tubuh badannya seketika.

Dia mengetap gigi, menahan marah kerana dipermainkan begitu. Memang habislah minah tu dia akan kerjakan kalau dah dapat nanti. Dari jauh, mereka dah macam tom and jerry.


***

Ayden baru lepas habis solat di surau lelaki. Dia dah datang ke sekolah pada awal pagi lagi. Macam biasa, tiada orang di surau. Hanya dia seorang saja. Setelah dia habis membacakan doa, tiba-tiba ada suara yang menegurnya.

"Ayden!"

Apabila kepala ditoleh ke belakang, kelihatan Arissa sedang tersenyum manis kepadanya. Ayden memandang ke sekeliling surau. Berduaan macam ni, mana boleh. Tiada orang lain. Hanya mereka berdua saja.

"Kenapa, abang Ayden? Sudah tentulah kita berdua saja." kata Arissa dengan suara yang menggoda.

Ayden mengerutkan dahi sambil mengecilkan kedua-dua mata. Dia memandang serong kepada Arissa. Panggilan 'abang' tu yang buat dia tak selesa. Dah kenapa minah ni?

"Kau buat apa dekat surau lelaki ni? Surau perempuan, dekat belakang langsir tu." kata Ayden selamba. Dia berdiri lalu menyimpan sejadah di rak semula.

"Aku suka abang Ayden." kata Arissa dengan suara manja. Dia berdiri betul-betul di hadapan Ayden. Wajahnya dihiasi dengan senyuman yang manis.

[DR6] Gadis Dakwah vs Mamat Pervert?Where stories live. Discover now