BAB 2

190 16 3
                                    

Terbeliak biji mata Humaira melihat Ayden yang mengacukan sebuah penumbuk berhampiran wajahnya. Perasaan gelisah dan panik menyerang dirinya. Kenangan pahit terus menyerbu di dalam fikiran Humaira. Terus dia melepaskan tali leher Ayden dan berundur beberapa tapak ke belakang.

Ayden yang melihat tindakan Humaira itu terus ketawa kecil. Dia menarik penumbuk itu semula. Dia tak berniat pun nak memukul perempuan. Hanya untuk menakutkan saja. Tali lehernya dibetulkan lagi.

"Kau nak apa sebenarnya dekat sini? Kau nak pukul aku? Kalau macam tu, lebih baik tak payah jadi pengawas!" marah Humaira yang tercungap-cungap menahan kegelisahan di hati.

Bila dengar ayat terakhir yang keluar daripada mulut Humaira, hilang terus sengihan Ayden. Dia teringat tentang ugutan yang kakaknya berikan kepadanya. Terus dia menggenggam sebiji penumbuk dan dihalakan pada wajah. Dia menumbuk wajahnya sendiri untuk kesedaran. Sedar yang dia masih belum sah memegang jawatan pengawas sekolah.

Buk!

Melopong semua orang. Terkejut dengan kelakuan Ayden. Humaira? Dia lagilah terkejut. Apa kena dengan mamat ni? Tumbuk muka diri sendiri? Tak pernah dibuat orang.

"Aku minta maaf atas kelakuan aku tadi. Jadi, kau nak aku buat apa untuk kes tu?" kata Ayden dengan seriusnya. Punggungnya masih lagi diusap-usap. Memang lebam ni.

Humaira hanya diam. Dia masih lagi berasa curiga dengan Ayden. Yelah, dia dah selalu hadap pelbagai jenis lelaki sewaktu menjalankan tugas. Dan ada yang telah memberikan trauma kepada dirinya. Cikgu Syafiqah pernah memberi pilihan kepada Humaira untuk berhenti menjadi seorang pengawas. Kerana risau trauma itu akan jadi lebih teruk. Tapi Humaira tidak mahu berhenti. Dia masih lagi mahu meneruskan. Cuma sekarang ni dia lebih berhati-hati sebelum bertindak.

"Kenapa kau orang semua ni diam sejak tadi lagi? Kau ingat ni drama percuma ke?" kata Ayden dengan nada sarkastiknya. Dia memandang ke arah pengawas-pengawas yang sejak tadi lagi hanya mendiamkan diri.

Betul-betul kena pada batang hidung masing-masing. Pengawas-pengawas yang lain tersengih lalu ketawa. Maka kembali riuhlah dengan suara mereka kerana masing-masing sibuk memberikan pelbagai alasan. Tapi hakikatnya, kebanyakan daripada mereka sememangnya mahu melihat drama pergaduhan di antara Humaira dan Ayden. Dan selebihnya pula, dah mula suka tengok Humaira dan Ayden bersama.

Alina pula diam kerana sibuk mencari jalan penyelesaian kes itu. Dia ketua pengawas. Jadi, dia kena lah bekerja dengan lebih keras lagi demi menjaga keharmonian dan nama baik sekolah.

Melihatkan Humaira masih lagi berdiam diri, Ayden mengeluh kecil. Dia cuba membuat Humaira untuk bercakap dengannya.

"Jadi, kau nak aku buat apa sekarang ni, cik ketua?" kata Ayden dengan nada sarkastik.

Humaira mengerutkan dahi setelah mendengar panggilan, 'cik ketua' itu. Dia yang mendengar nada sarkastik Ayden, terus menjeling lalu mengeluh. Dia memandang tepat ke wajah Ayden. Akhirnya dia membuka mulut.

"Kau setuju ke nak bekerjasama dengan aku?" kata Humaira sambil menaikkan sebelah kening.

"Ye. Aku setuju jadi orang bawahan kau. Lagi pun, ni memang ujian aku untuk diserap menjadi pengawas kekal pun kan? Nak atau tak nak, aku kena lalui juga semua ni." kata Ayden dengan seriusnya.

"Kau ni nampak macam terdesak sangat saja nak jadi pengawas." kata Humaira.

Ayden tersentak. Dia menelan air liur. Tolonglah jangan ada orang tahu sebab apa sebenarnya dia nak jadi pengawas ni. Dia masih lagi nampak tenang di luaran. Walaupun dalamannya, sudah mula gelabah. Takut rahsianya bocor.

"Tapi tak apa. Itulah sebenarnya ciri-ciri seorang pengawas. Bersungguh nak jadi pengawas demi menjaga keharmonian dan nama baik sekolah kita ni." kata Humaira lalu tersenyum manis.

[DR6] Gadis Dakwah vs Mamat Pervert?Where stories live. Discover now