BAB 8

119 8 44
                                    

     Setelah selesai hukuman dijalankan, mereka berempat diarahkan masuk ke dalam bilik kaunseling pula. Dah lah dah sakit kena rotan. Lepas tu kena tadah telinga dekat situ selama 3 jam. Rasa mengantuk tu tak payah cakaplah. Tersengguk-sengguk kepala mereka tahan mengantuk. Dah macam buruk belatuk dah. Tapi tak boleh tidur. Nanti kena makan penampar pula dengan cikgu kaunseling. Boleh tahan garang juga. Selepas itu, barulah mereka dilepaskan.

Kring!!

Bunyi loceng sudah berbunyi telah menandakan waktu rehat. Sementara pelajar-pelajar lain sibuk pergi ke kantin, Ayden dan Humaira duduk di dalam bilik pengawas. Ada suatu perbincangan yang mereka patut dibualkan. Bukan berduaan. Sudah tentulah ada beberapa orang pengawas yang lain juga. Rutin harian mereka yang lebih selesa rehat di bilik pengawas daripada di kantin yang dipenuhi dengan pelajar lain.

"Kau tak nak duduk ke?" kata Humaira yang sedang duduk di atas salah sebuah kerusi. Dipandangnya Ayden yang masih berdiri.

"Tak apa. Aku selesa berdiri saja. Apa yang kau nak bincangkan tu?" kata Ayden sambil mengetap gigi menahan sakit. Dia bersandar pada meja. Berpura-pura nampak kuat. Dia cuba menunjukkan wajah yang tenang.

"Sakit tak? Inilah balasan untuk orang yang menipu kan?" kata Humaira dalam nada sindiran. Padan muka kau.

Ayden terdiam. Mendengarkan nada suara Humaira yang berbaur sindiran, dari situ dia boleh tahu yang dia bakal kena bebel lagi. Dia dah tak boleh nak cover lagi dah. Dahinya berkerut menahan sakit.

Mahu saja dia nak membantah kata-kata Humaira. Nak menjelaskan sebab-sebabnya. Tapi dia tahu jika dia berbuat demikian, hujungnya dia akan kalah juga. Nak berdebat dengan perempuan? Jangan harap boleh menang. Kalah juga nanti. Lagi pun dia tahu dia yang buat salah. Jadi tak ada gunanya nak jelaskan lagi. Dah terang lagikan bersuluh. Jadi tanpa berfikir panjang, dia berkata,

"Humaira, aku minta maaf..." kata Ayden dengan berhati-hati. Tak naklah kena marah lagi. Malas nak gaduh.

Humaira hanya diam. Wajahnya nampak mendung. Tiada lagi senyuman di bibirnya. Ayden terkedu dengan perangai Humaira yang tiba-tiba jadi pendiam itu. Selalunya asyik dengar gadis itu membebel.

Gulp!

Terasa kelat air liur yang ditelannya. Menakutkan juga sebenarnya bila nampak perempuan marah macam ni. Berpeluh dahinya. Bukan takut tapi tak naklah gaduh macam ni. Cepat-cepat Ayden membuka mulut lagi.

"Aku boleh jelaskan..."

"Tak payah!"

Ayden terdiam. Balasan pendek tapi cukup buat dia faham. Dia mengangguk perlahan tanda faham dan berundur ke belakang. Menyandar rapat ke dinding. Keluhan berat dilepaskan. Memang salah dia pun.

Pengawas-pengawas lain sudah berbisik-bisik sesama mereka. Memandang Ayden dan Humaira yang kelihatan suram itu. Suasana nampak tegang. Dapat rasa aura ketegangan itu. Humaira yang terkenal dengan sifat garangnya, sudah tentu menjadi tanda tanya daripada pengawas lain bila dapat melihat Humaira tiada mood macam tu. Maknanya, mesti ada sesuatu yang serius terjadi. Pengawas-pengawas lain tidak tahu lagi tentang rahsia Ayden. Hanya Humaira dan cikgu Syafiqah saja yang tahu. Pelajar biasa pula hanya Haziq, Razak dan Arissa saja. Pelajar lain memang tak tahu tentang hal itu.

Buat masa ini, hal Ayden mesti dirahsiakan. Boleh mencemarkan nama pengawas sekolah jika rahsia itu terbongkar. Ye lah, menipu jadi pengawas sekolah sebab nak tutup masalah sendiri? Mana boleh macam tu. Nak jadi pengawas sekolah ni kena ada niat yang ikhlas. Barulah cikgu-cikgu sekolah percaya. Ni kalau dah seorang dah menipu macam ni, macam mana cikgu nak percaya lagi?

[DR6] Gadis Dakwah vs Mamat Pervert?Where stories live. Discover now