BAB 9

94 4 17
                                    

Pandangan mata Haziq jadi semakin kabur. Baring dekat atas rumput pun lama-lama mengantuk juga. Dia mengiringkan badannya ke kiri. Terkejut dia melihat seekor ular tedung betul-betul berada di hadapan mukanya. Terbeliak matanya. Automatik, seluruh badannya jadi kaku.

Macam mana nak lari ni?

Mata ular tedung dan mata Haziq bertemu.

Gulp!

Lama dia memandang ke arah ular itu. Tubuhnya menggigil teruk. Nak bangun lari, takut tak sempat pula. Takut kena patuk. Dah lah dekat depan muka saja ni. Risau kena patuk dekat mata.

Cepat-cepat tangannya menutup sebelah mata. Teringat tentang mimpi tadi. Jantungnya berdegup dengan kencang. Peluh di dahi dah banyak turun ke muka. Baju sekolahnya juga dah basah lencun. Dah macam mandi. Padahal berpeluh saja.

Fikirannya jadi semakin serabut. Selalunya dia seorang yang tenang walau berada di dalam apa-apa situasi pun. Tapi disebabkan mimpi tadi telah membuatkan dia berasa cemas yang teramat. Dia menelan air liurnya sekali lagi. Mahu tidak mahu, dia mesti kena lari daripada sini. Tapi tak nak kena patuk.

Perlahan-lahan dia merangkak menjauhi ular tedung itu. Dengan tangan menggigil, peluh semakin banyak, debaran jantung yang makin kuat, dia kuatkan diri. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia menjerit meminta pertolongan. Tapi nanti kantoi yang dia menyorok di taman itu pula.

Dia cuba untuk tidak membuat sebarang bunyi. Takut ular tedung itu berasa terancam dan menyerang dia pula. Takut tak payah cakaplah. Hanya Allah swt saja yang tahu perasaan dia sekarang ini.

Tak mudah nak merangkak dekat atas tanah dalam taman ini. Tanah yang agak lembap dan berdebu itu terpaksa Haziq redah dengan penuh tabah. Kotor jangan cakaplah. Dia juga sudah tidak kisah dengan pakaian sekolahnya. Baju kotor, boleh dicuci. Nyawa melayang? Tiada ganti lagi.

Bila dah jauh dia merangkak, dia ingin menoleh ke belakang. Jantung berdebar-debar. Takut ular itu ikut dia pula. Tapi dia beranikan diri. Dalam kiraan tiga.

Satu.

Dua.

Tiga.

Dia menolehkan kepala ke belakang. Fuh! Ular itu dah tak ada. Rasa lega sangat hati ini. Lepas tu dia pandang ke kiri dan kanan pula. Masih tak ada. Tapi bila pandang ke hadapan, terasa macam jantung dia berhenti berdegup. Kerana terlalu terkejut, secara spontannya dia terduduk ke belakang. Dia sempat menggigit lidahnya menahan diri daripada terjerit kuat.

"Sejak bila ular tu ada dekat depan aku pula ni?" gumam Haziq sendirian.

Matanya digosok-gosok dengan tangan. Betullah, itu memang ular tadi. Tiba-tiba ular itu menyusur dengan agak laju ke arahnya. Terkejut melihat tindakan ular itu, Haziq pun merangkak ke belakang.

Tak sempat nak pusingkan badan ke belakang. Jadi, dia gunakan kekuatan lengan dan kaki untuk merangkak ke belakang. Nasib baik lengannya kuat dan berotot. Tak adalah susah sangat dia nak merangkak macam tu. Tapi mengah jugalah.

Sesekali dia pandang ke belakang melihat jalan. Takut terlanggar pokok berduri atau jumpa jalan mati. Ular tedung itu langsung tidak berhenti. Nampak macam memang nak patuk Haziq.

Kedengaran tercungap-cungap nafas Haziq. Berusaha melarikan diri dengan cara begini. Semakin kencang jantungnya berdegup. Panik melihat ular tedung itu yang terus-menerus mengejar dia.

"Lama lagi ke nak dapat keluar daripada tempat ni?" kata Haziq perlahan.

Sakit leher dia kerana menoleh ke belakang dua tiga kali. Bila nampak ular tedung itu mahu mematuk kakinya, cepat-cepat dia mengelak. Semakin paniklah dia.

[DR6] Gadis Dakwah vs Mamat Pervert?Where stories live. Discover now