BAB 5

113 9 4
                                    

"Banyaknya kau simpan video ni."

Dahi Razak berkerut setelah diacukan soalan itu. Video?

Dia mendongak memandang wajah lelaki di hadapannya. Pandangan yang masih samar-samar itu akhirnya kembali jelas. Terbeliak biji matanya. Tapi hanya dalam beberapa saat saja. Dia mula tersengih. Wajah Ayden direnungnya dengan tajam.

"Jadi... minah tu dah bagitahu dekat pengawas eh? Pilihan yang bijak!" sindir Razak.

Dia ketawa menyindir sebelum menyambung kata-katanya.

"...now she's dead!" sambung Razak. Suhaila telah melanggar perjanjian mereka. Jadi, Suhaila akan menerima akibatnya. Video rakaman lucah sewaktu mereka melakukan perbuatan terkutuk itu akan disebarkan oleh Razak ke media sosial nanti.

"Telefon bimbit kau ni aku akan simpan untuk tunjuk dekat cikgu nanti. Kau tu yang takkan terlepas!" kata Ayden dengan dinginnya. Telefon bimbit Razak digenggam erat.

"Heh! Tak kisah pun. Ini zaman moden lah. Bukan dekat satu tempat saja aku simpan. Dekat laptop aku ada banyak. Dekat dalam telefon tu tak seberapa. Tu sikit saja. Aku tetap akan sebarkan video tu dekat media sosial juga nanti. Dan kau tak boleh buat apa-apa." kata Razak lalu tersengih.

"Kau ikut aku ke bilik disiplin sekarang juga!" kata Ayden dengan tegas. Malas dia nak layan orang macam ni lama-lama sangat.

"Tch!" Razak mendengus. Perlahan-lahan dia berdiri. Terdapat lebam kecil yang timbul pada muka Razak.

Sepanjang Razak ikut Ayden ke bilik disiplin, dia memandang tajam ke arah Ayden. Belum pernah lagi dia jumpa dengan pengawas lelaki yang gengster macam ni. Pukul orang. Selalunya Humaira saja yang berani nak pukul pelajar biasa.

Walaupun peraturan sekolah memang tak membenarkan kekerasan dalam sekolah. Tak kira dalam kalangan pelajar biasa mahupun pengawas. Semua yang bergelar pelajar di sekolah tidak dibenarkan menggunakan kekerasan. Razak berasa hairan kerana ada pengawas yang berani langgar peraturan macam ni. Tapi disebabkan mereka ada jawatan pengawas, itulah sebabnya mereka terlepas. Kerana mereka ada sebab yang kukuh.

Tapi bila tengok balik tentang pelajar yang bermasalah di sekolah ini, semuanya memang ganas belaka. Jadi sebab itulah pengawas dibenarkan menggunakan kekerasan tapi jangan melebih.

Razak mengeluh berat. Perasaan takut telah hadir di dalam diri. Malas dia nak hadap cikgu disiplin lagi. Renungan tajam diberikan kepada Ayden sekali lagi. Kenapalah nak menyibuk hal aku?

***

Kaki dihentak dengan kuat saat berjalan pulang ke rumah. Selama dua jam dia kena duduk di bilik disiplin. Kena marah dengan cikgu Muaz hanya disebabkan video itu. Telefon bimbitnya berada di tangan cikgu disiplin. Memang langsung tak dapat dikembalikan telefon tu lah jawabnya. Bila diceritakan tentang kes Suhaila, lagilah teruk dia kena marah. Dia ditahan di sekolah sehingga matahari hampir nak terbenam. Kena kaunseling. Kemudian, barulah dia dibenarkan untuk pulang ke rumah. Itu pun hukumannya akan disambung untuk hari yang seterusnya.

Razak berjalan pulang ke rumah.  Tiada sesiapa pun yang menunggunya di rumah. Ibu bapanya sibuk bekerja di luar negara. Mereka hanya akan pulang jika ada cuti yang panjang saja. Kalau tak, memang tak baliklah. Mereka bekerja sebagai usahawan jualan kereta.

Ibu bapanya terlalu sibuk bekerja sehingga tidak tahu tentang kelakuan buruk Razak. Mereka hanya beranggapan yang anak mereka sentiasa berkelakuan baik dan pandai menjaga diri. Setiap hujung minggu, pada waktu malam, mereka akan membuat panggilan video call dengan anak mereka melalui telefon bimbit. Razak akan berpura-pura baik di hadapan ibu bapanya. Razak sangat pandai membuat cerita. Hanya untuk menyembunyikan kesalahannya daripada pengetahuan kedua orang tuanya. Jadi, ibu bapanya memang tidak tahu tentang kebenaran.

[DR6] Gadis Dakwah vs Mamat Pervert?Where stories live. Discover now