BAB 3

128 11 1
                                    

Masam muka Haziq pada pagi ini. Semua disebabkan semalam dia kena tangkap dengan dua orang pengawas yang meronda di kawasan padang sekolah. Kerana kesalahan melakukan maksiat bersama Arissa secara bersembunyi. Waktu perhimpunan lagi, nama dia dah kena panggil keluar dari barisan. Dia dan Arissa kena panggil.

Tahu-tahu saja kena 'public canning'. Kena rotan di tapak perhimpunan. Cikgu Muaz memberi peringatan kepada semua pelajar. Jika melakukan maksiat di sekolah akan dijatuhi hukuman rotan. Tapi itu baru hukuman dunia. Belum lagi hukuman Allah swt. Jadi, hukuman itu dijalankan di hadapan semua pelajar untuk memberi pengajaran kepada semua. Rotan di punggung untuk pelajar lelaki dan rotan di tapak tangan untuk pelajar perempuan. Sebanyak tiga kali sebatan.

Apabila tahu nak kena rotan, Haziq dan Arissa apa lagi? Sudah tentulah menggigil ketakutan. Sakit kena rotan semalam pun belum hilang lagi. Masih ada rasa sengal. Tiba-tiba nak kena rotan lagi hari ni? Tiga kali pula tu. Tak boleh duduklah tu nanti.

Kalau kena rotan dekat bilik disiplin tak apalah juga. Tak ada orang tengok. Ni dekat tapak perhimpunan. Tempat terbuka. Semua orang dapat tengok. Tapi nasi sudah pun menjadi bubur. Nak menyesal pun, tiada gunanya. Tadah saja punggung dan tapak tangan tu.

Menitis juga air mata jantan Haziq. Arissa pula sudah menangis teresak-esak. Satu kali sebatan pun dah sakit. Apatah lagi tiga kali sebatan? Kulit perempuan lebih lembut daripada lelaki. Sudah tentulah Arissa menangis. Selepas mereka berdua kena rotan, mereka kena kaunseling selama dua jam.

Berkerut dahi Haziq menahan sakit. Ni nak duduk pun tak boleh. Punggungnya diusap perlahan bagi mengurangkan kesakitan. Arissa masih menangis teresak-esak. Mereka berdua baru selesai kena kaunseling dan masing-masing sedang menahan sakit di hadapan bilik kaunseling. Dari tingkat atas boleh nampak yang Haziq sedang terbongkok-bongkok sambil memegang punggungnya yang sakit itu. Dah macam nenek tua yang sakit belakang dah gayanya. Arissa pula sedang menangis sambil menutup muka dengan tangan yang tak sakit.

Bila dah sakit kena rotan, tak ada masa Haziq nak pujuk orang perempuan seperti selalu. Lagi rasa nak marah ada lah. Orang tengah sakit, nak suruh pujuk pula. Memang tak lah. Haziq memandang Arissa dengan pandangan yang tajam dan jengkel. Eleh, kena rotan dekat tangan pun dah menangis. Lainlah kalau dekat punggung. Tak boleh duduk dah ni.

Dengan perasaan yang marah, perlahan-lahan Haziq berjalan mendekati Arissa. Baru sahaja dia ingin melontarkan kata-kata kesat, niatnya terhenti. Langkahnya juga terhenti. Dia menggeleng kepala. Tak boleh. Kalau dia marah Arissa sekarang, nanti Arissa dah tak nak bercakap dengan dia lagi. Macam mana dia nak ambil kesempatan dekat Arissa lagi selepas ini? Arissa seorang saja perempuan cantik yang mudah terpedaya dengan kata-kata dia. Perempuan cantik yang lain pula jual mahal. Kena usaha keras lebih lagi. Dia memandang Arissa dengan perasaan yang bercampur.

Tiba-tiba dia teringat tentang kata-kata guru kaunseling tadi.

"Jangan pandang rendah dekat pengawas sekolah. Mereka banyak berjasa sebab dah jaga nama baik sekolah kita ni. Kau ingat pihak sekolah ni suka-suka ke nak lantik siapa yang jadi pengawas? Mestilah pilih yang berkualiti."

Kata-kata cikgu Muaz juga masih terngiang-ngiang,

"Pengawas sekolah lah yang jadi mata-mata dekat sekolah. Kalau nak harapkan cctv sekolah ni memang tak bolehlah. Sebab vandalisme yang sering berlaku. Jadi kau jangan harap boleh terlepas!"

Jarang fikiran dia berserabut macam ni. Selalunya bila ada apa-apa masalah, dia masih kekal tenang lagi. Tapi sejak kantoi tentang lukisan kotor semalam, sejak itulah masalah semakin bertambah sehinggalah pada hari ini. Itu membuatkan dia menjadi stress. Kerana dia dapat merasakan ada mata-mata yang sedang memerhati. Dia dah tak boleh nak pandang perempuan sesuka hati lagi. Dah tak boleh buat apa yang dia suka. Rasa ada benda yang tak kena. Kena banyak kali fikir sebelum buat sesuatu tindakan. Kerja menahan nafsu itu bukan perkara yg dia selalu buat.

[DR6] Gadis Dakwah vs Mamat Pervert?Where stories live. Discover now