Bab 4

495 63 7
                                    

"APA maksud, Ara?" 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"APA maksud, Ara?" 

"Ara boleh nampak, Bahzi." Dia ulang lagi sekali. 

Basyir memandang wajah wanita di hadapannya. Cuba mencari kebenaran, dan ternyata wanita di hadapannya ini bukan tengah buat lawak April fool atau seangkatan dengannya. "Sejak bila?" 

"Semalam."

Bahzi memandang wajah abangnya. Wajah itu ada riak yang ditahan, bercampur aduk. Gembira, sedih, terkejut dan hampir tidak percaya. 

"Bahzi ada?" 

Angguk. "Dia tengah tengok, Bass." Tanpa rasa bersalah dia memberitahu. Tak peduli dengan penerimaan abang kawan nya itu merangkap kawan angahnya juga. 

Terus terasa seram sejuk tiba-tiba. Dia berdehem menghilangkan gusar. "Bahzi minta tolong, Ara? Apa dia?" Meski terasa hampir tidak percaya, tapi nalurinya sendiri mengatakan yang adiknya itu perlukan bantuan. Sebut la itu firasat pertalian adik beradik. 

"Bahzi nak sedar dan kembali ke badannya. Tapi disebabkan Bahzi seolah-olah terperangkap dengan, Ara. Hanya, Ara yang boleh tolong dia." Ufaira mengeluh kecil. "Ara, sendiri pun tak tahu nak tolong macam mana. Cuma ada la cari maklumat dekat google dan hasil tengok-tengok drama, buatkan Ara nak cuba 'rawatan' macam itu." 

"Rawatan apa? Ara cakap, Bass boleh tolong." 

"Lebih kepada rawatan psikologi, Bass. Bahzi perlukan rangsangan dan sokongan. Yang buatkan, Ara terlibat sama sebab..." Dia berhenti seketika cuba menyusun ayat. "Ara tak tahu nak jelaskan macam mana, tapi kemana Ara pergi. Bahzi boleh berada dekat sekitar, tak boleh jauh. Kalau kami berjauhan, Bahzi akan terperangkap tanpa hala tuju." 

Basyir diam. Dia cuba memahami. "Ara boleh pergi London?" 

"Sebenarnya..." Teragak-agak dia nak memberitahu rancangan asal tadi. Agak-agak Bass marah ke tak? 

"Ara perlukan duit. Bass boleh bagi. Asalkan Ara dapat bantu, Bahzi. Pergi London dan buat apa yang patut. Bass akan menyusul, tapi bukan sekarang. Sebab Bass masih ada kerja yang perlu diselesaikan." 

"Bass nak bagi duit?" Terkejut. Semudah itu saja, Bass percaya dan nak hulur duit. Buat nya aku ini jahat macam mana? Ish! 

"Bahzi, adik Bass. Walaupun Bass tahu kami ini tak seperti adik beradik yang lain. Boleh dikatakan kami selalu bergaduh juga." Bibir tanpa sedar senyum tawar. Wajahnya berpaling melihat ke arah lain.

Ufaira melihat wajah, Bahzi yang seperti menahan perasaan. Entah apa, namun dia cekap menyembunyikannya. Beralih kepada wajah Basyir yang seperti seorang abang yang menyesal terhadap sesuatu. Mereka bergaduh sebab apa lah agaknya. Dia mengeluh kecil. 

"Ara tak tahu apa masalah yang ada. Tapi apa yang Ara boleh cakap, silaturahim adik beradik tak akan pernah putus." Nak bagi nasihat lebih-lebih agak over disitu, memandangkan dia sendiri tak tahu apa yang terjadi dan berlaku. Lebih baik jadi orang tengah yang menyenangkan, bukan menjadi batu api. 

(C) HANYALAH DIRIMU  (BAHZI ISA)Where stories live. Discover now