Bab 7

499 57 10
                                    

Azan subuh berkumandang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Azan subuh berkumandang. Seperti biasa dia di hadapan masjid melihat beberapa pakcik dan anak muda yang selalu datang ke sini. Namun kaki sendiri masih berat untuk melangkah masuk. Sedih dengan diri sendiri. 

Denyut dekat bahu masih terasa. Ingatan tentang kejadian malam tadi juga masih berlegar dalam kepala. Dua kejadian yang membuatkan dia semakin tak boleh leka.

Apa maksud dua orang lelaki yang cuba nak menculik, Ufaira? Puan? Siapa mereka? Tiba-tiba muncul.

Dan kedatangan makhluk yang tak diundang cuba mengganggu, Ufaira. Jin? Iblis? Hantu? Roh? Apa maksud makhluk itu mengatakan yang Ufaira sekarang sudah boleh nampak dia? Dah lama tunggu? Ufaira milik dia?"

Bahzi, kemunculan kau dalam hidup Ufaira akan bawa bahaya pada wanita itu? Kalau difikirkan balik sebelum ini Ufaira hidupanya tenang sahaja. Kenapa harus dia menjadi beban pada Ufaira? Banyak persoalan yang tak mampu dia jawab.

"Tak. Hanya jasad kau yang hidup, jiwa kau dah lama mati."

Bahzi tersentak suara itu muncul lagi.

"Jiwa kau dah mati."

Jiwa aku dah mati?

"Kau sendiri masih terumbang ambing, ada hati nak jaga dia."

Sakit! Seperti hati kena lapah dengan pisau tajam.

"Baru ingat Allah, huh?"

Allah. Aku malu. Bila tidak berdaya mulut tanpa segan silu meminta pertolongan. Sedangkan sebelum ini ingat Allah pun tidak. Macam sekarang. Berkeliaran tanpa tujuan pasti.

"Kau belum cukup kuat untuk lawan aku."

Betul. Diri aku tak kuat melawan makhluk seperti itu. Sebab jiwa aku kosong, kering kontang dari kalam-kalam Allah. Nak berlawan dan berhadapan dengan makhluk tak nampak ini hanya satu jalan penyelesaian, ilmu Allah. Ilmu agama. Paling tidak kena tahu doa-doa, habis itu macam mana kau nak menjaga, Ufaira?

Bunyi suara tok imam melalui corong speakers masjid bergema. Sedang memberi tazkirah pada para jemaah.

"Belajar yang Allah takkan susahkan kita. Belajar percaya yang Allah takkan zalimi orang mukmin. Belajar percaya, belajar yakin yang Allah akan sentiasa berada bersama orang mukmin."

Allah selalu ada. Tapi aku yang lari dari Allah. Terbayang lampu kelip meriah di dalam kelab malam. Bunyi musik yang menghangatkan emosi. Orang-orang di dalamnya sedang menari, sedang minum. Allah tak susahkan, Allah tak zalim. Hanya aku sendiri yang cari susah dan zalim pada diri sendiri.

"Kita orang islam. Yang Allah perintah wajib kita laksanakan. Solat 5 waktu, bukan solat jumaat seminggu sekali, ataupun solat raya setahun sekali."

Deng! Kena setepek. Makan dalam hingga mencengkam tangkai hati.

"Kita orang islam kalau nak minta berlindung daripada benda-benda tak baik, sebut lah NAUZUBILLAHIMINZALIK."

(C) HANYALAH DIRIMU  (BAHZI ISA)Where stories live. Discover now