Bab 27(Xelland)

216 42 8
                                    

Dessert dan jus sudah terhidang di atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dessert dan jus sudah terhidang di atas meja. Tapi mereka berdua masih membisu dari tadi.

Masing-masing punya persoalan, tapi tak teluah. Susah betul bila dah lama tak berjumpa. Nak berbual pun jadi kaku. Padahal tadi elok je menyapa di luar.

Ufaira masih diam menunduk.

Bahzi duduk memandang ke sekitar.

Melur dan Amir Fathan yang duduk di hujung ruang tamu hanya mampu geleng kepala.

"Sampai bila diaorang nak macam itu?" Soal Melur.

"Kalau pasal Puteri Ufaira, saya faham lagi. Yang si lelaki itu, malu juga kenapa. Tadi bukan main semangat. Ni dah ada depan mata, lain pula jadi nya." Panjang lebar dia mengeluh tak puas hati.

Melur menahan senyuman. "Berani eh awak kutuk tuan Bahzi."

"Tak apa. Paling tinggi pun, tuan Bahzi denda saya untuk pumping je." Yakin dia memberitahu. Dah biasa.

Terlalu lama sangat senyap. Ufaira beranikan diri angkat kepala.

Bahzi pegang dada. "Nasib baik..."

Dahi dan kening Ufaira berkerut. "Nasib baik?"

"Aku ingatkan leher kau dah patah tadi."

Bibir Ufaira pantas mengomel kecil, protes tanda geram.

Bahzi ketawa. "Kau jangan la senyap. Aku jadi tak biasa."

"Aku tak tahu nak mula. Banyak sangat soalan sampai tak tahu nak tanya." Ufaira mengeluh kecil.

"Okey kita buat macam ini." Bahzi tegak kan duduk. "Kau tanya aku soalan, aku jawab. Ataupun aku tanya dulu, kau jawab."

"Kau pun ada soalan nak tanya?"

"Mestilah ada."

"Kau la mula dulu." Mudah Ufaira beri arahan.

"Eh! Kau mesti ada banyak soalan. Kau dulu mula. Aku ada satu soalan je."

"Satu jer?"

"Satu." Jawab Bahzi dengan yakin.

Diam.

"Macam mana kau boleh kenal dengan ayahanda? Siap panggil pak cik. Berani betul." Ufaira naik hairan dari tadi.

Bahzi senyum. "Kau mesti lupa. Kita kan pernah jumpa waktu kecil. Kejadian yang buatkan kita terperangkap dalam gua itu."

"Okey. Apa kena mengena?"

"Lepas kita berpisah di gua itu, ayahanda kau ada datang berjumpa dengan keluarga aku. Sebagai tanda terima kasih kerana membantu melindungi pewaris kerajaan Xelland. Ayahanda kau yang tolong syarikat ayah aku yang hampir bankrup masa itu."

"Aku pun ingat ingat lupa dah kejadian itu. Lepas itu ada lah setahun sekali, ayahanda kau datang melawat kami sekeluarga. Aku mana nak perasan. Jadi aku bahasakan ayahanda kau, pak cik. Sebab bila aku tanya ibu ayah, jawapan diaorang saudara dari jauh. Rupanya ayahanda kau seorang Raja yang tak nak dikenali."

(C) HANYALAH DIRIMU  (BAHZI ISA)Where stories live. Discover now