BAB 12

740 60 7
                                    

BALIK saja keluar dengan Elhan tadi. Humra terus meminta izin dekat mamanya dan aunty Hilda untuk menunaikan solat isyak. Bukan hanya itu saja, dia mahu mengelakkan dirinya dari bertentang mata dengan Elhan. Dia rasa serba salah. Sepanjang mereka keluar tadi, hanya Elhan saja yang banyak bercakap. Dia tanya bercakap apabila di tanya saja.

Selesai saja menunaikan solat isyak. Humra menadah kedua belah tangannya untuk berdoa. Dia mahu luahkan segalanya kepada peciptanya.

"Bissmilahirahmannirahim... Ya Rabb, jika benar dia jodohku yang telah tertulis nama nya Lauhul Mahfuz, dan jika benar dia baik untukku maka Engkau hadirkan rasa sayang dalam hatiku untuk dia seiring waktu dengan takdirMu. Ya Rabb, ku mohon andai benar dia benar-benar mahukan aku. Engkau kurniakan rasa sabarnya seluas lautan dalam menanti jawapan dariku. Ya Rabb, untuk kali ini aku redha dengan keputusan aku sendiri biarpun aku terluka. Aku terima dengan hati terbuka Ya Allah..," Humra diam sejenak sebelum kembali menyambung doanya.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku. Engkau panjangkanah umur kedua ibu bapaku dan beri mereka kesihatan yang berpanjangan. Hanya pandaMu aku meminta dan berdoa, Ya Allah. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, jadikan aku anak yang berbakti kepada kedua orang tuaku. Perluaskanlah rasa sabarku dalam menempuhi ujian yang bakal aku lalui suatu hari nanti. Hanya padaMu aku meminta dan bersujud Ya Allah Ya Tuhan ku. Aku pohon berikanlah Syurga tanpa Hisab dan berikanlah kekuatan, Taufik dan Hidayah kepada kami ku dan kedua ibu bapaku.  Selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami kearah Neraka. Ya Allah, Ya Tuhan ku, Engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri ku zahir dan batin, Berikanlah kekuatan Taufik dan Hidayah kepada ku supaya aku dapat memperbaiki diri aku. Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin." Humra mengaminkan doanya. Semoga setiap doa yang di doanya bakal di kabulkan oleh Allah s.w.t.

Lama Humra duduk berteleku di atas sejadah. Setelah menunaikan solat isyak, hatinya mula tenang. Segala kekusutan di kepalanya sudah terbang hilang kemana. Yang ada, cuma ketenangan yang Allah berikan. Andai mahu ketenangan, solatlah. Istighfarlah agar kekecewaanmu hilang dan berdoalah agar bahagia datang. Semuanya tidak akan datang dengan sendirinya andai kita tidak bersujud kepada yang Maha Esa.

Tok! Tok!

Pintu bilik Humra di ketuk dari luar. Humra menoleh ke arah pintu apabila kedengaran pintu biliknya di buka. Terpancul wajah pucat Puan Aileena di jenang pintu.

Sebaik saja pintu terbuka, Puan Aileena melihat anaknya baru saja selesai menunaikan solat isyak. Balik saja anaknya keluar bersama Elhan tadi, anaknya terus meminta izin untuk menunaikan solat isyak dengan segera. Dari air wajah anaknya saja, dia sudah dapat agak ada yang tidak kena dengan mereka berdua.

Langkah di bawa ke katil anaknya dan punggung di labuhkan di hujung katil. Wajah bersih anaknya di pandang penuh kasih. Humra hulur senyuman nipis untuk mama lalu dia mengensot ke katil di mana tempat mama duduk.

"Mama dah makan ke?" soal Humra lembut lalu kepalanya di labuhkan di paha mama. Selesa. Itu yang dia rasakan sekarang apabila kepala di labuhkan di paha mama.

"Dah, mama makan dengan aunty Hilda tadi. Dia puji masakan Humra sedap," beritahu Puan Aileena. Sewaktu dia makan malam dengan Puan Hilda tadi, tidak berhenti wanita itu memuji rasa masakan anaknya apabila dia memberitahu yang Humra masak semua lauk yang mereka makan tadi.

Humra ketawa kecil. "Sedap sangat ke ma?" tanya Humra lalu menggeleng kepala tanda terhibur.

"Betullah, mama tak tipu." Kepala anaknya yang masih berlapik dengan kain telekung di usap penuh kasih.

Humra hanya senyum mendengar ujaran mama. Mata di pejam saat kepalanya di usap mama lembut. Sungguh selesa. Diam di antara mereka buat seketika.

Puan Aileena memerhati anaknya yang tengah memejam mata. Kasihnya terhadap anaknya tidak berbelah berkurang. Anak ini, anak yang paling banyak berkorban untuknya. Banyak penderitaan yang anaknya lalui tetapi anaknya tidak pernah mengeluh kepadanya.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now