Shahrul menurunkan cermin mata hitamnya. Dia parking keretanya McLaren 720s Spider miliknya di dalam bengkel kereta mewah tersebut. Enjin keretanya dimatikan lalu dia keluar dari keretanya. Baru saja Shahrul melangkah keluar dia telah disapa oleh satu suara.
"Hai, Tuan Shah. Hari ini you mau bikin apa sama kereta you?" Tegur Mr.Tan.
Lelaki cina itu hanya tersenyum ke arah Shahrul. Mana tidaknya Shahrul merupakan salah seorang customer tetapnya. Disebabkan kedai servis keretanya menawarkan khidmat servis, membaiki dan menukar aksesori kereta mewah, maka kebanyakan pelanggannya adalah dari kalangan orang yang berada dan berpengaruh. Shahrul adalah salah satu pelanggannya yang memiliki banyak jenis kereta mewah.
"Mr Tan. Tolong servis kereta saya dan tukar absorber sekali. Sportrim yang saya order tu dah sampai ke belum? Tukar sekali tayar dan sportrim kereta saya ya. Nanti lagi empat hari lagi saya datang ambil." Arah Shahrul.
"Ada, barang yang you order sudah ada boss. Macam biasa untuk you mesti boleh. Nanti saya punya pekerja kasi beres kereta you okey. You duduk dalam office dulu la Tuan Shah." Mr.Tan mempelawa Shahrul agar menunggu di dalam officenya.
"Oh, takpe, takpe. Terima kasih atas pelawaan Mr.Tan tu. Saya tunggu kat kerusi situ je la. Sebab tak lama lagi kawan saya nak datang ambil saya." Balas Shahrul yang tersenyum manis sambil jarinya menunjuk ke arah kerusi yang ada di dalam bengkel itu. Selalunya customer yang ingin melihat sendiri proses kereta mereka yang sedang dibaiki akan menunggu di situ.
"Okey la kalau macam tu. Saya masuk office dulu ya. Ada kerja kena settlekan." Kata Mr.Tan sambil tersenyum. Shahrul hanya tersenyum dan anggukkan kepalanya tanda faham. Dia melihat langkah Mr.Tan yang berlalu pergi. Selepas hilang kelibat Mr.Tan, Shahrul melangkah ke kerusi yang ada di dalam bengkel itu lalu dia melabuhkan duduknya di situ.
Mata Shahrul memandang sekeliling bagi memerhati jenis-jenis kereta mewah yang sedang dibaiki di situ. Cantik-cantik belaka keretanya. Kini matanya tertancap pada kereta Triton Athlete yang sedang dibaiki. Kereta itu betul-betul berada tidak jauh dari kerusi yang dia sedang duduk. Shahrul memang peminat kereta mewah dan motorbike. Oleh sebab itu dia ada banyak koleksi kereta dan motorbike.
Sedang Shahrul memerhatikan kereta di hadapannya, tiba-tiba kelihatan kelibat seorang perempuan yang bekerja sebagai mekanik keluar dari bawah kereta.
Kini mata Shahrul tertancap pada sosok tubuh yang ada di hadapannya. Gaya gadis cantik itu ala-ala seperti lelaki dengan rambutnya yang pendek separas baju yang diikat ala-ala pony tail. Dia memakai overall uniform bewarna biru gelap. Walaupun gayanya seperti lelaki namun gadis itu memiliki rupa paras yang menarik. Kulitnya putih, bibirnya pink. Wajahnya pula ala-ala seperti pelakon Korea.
Cantik juga minah bengkel ni. Ingat pelakon Korea mana tadi keluar dari bawah kereta. Haii, kau dah kenapa Shah merenung anak dara orang. Haram..haram... ishhh gangguan syaiton betul. Shahrul sudah tersenyum sendiri sambil menggelengkan kepalanya. Dia sendiri pun hairan kenapa dia tertarik melihat gadis itu. Sedangkan begitu ramai perempuan yang hendak berkenalan dengannya sikit pun dia tak tertarik.
Gadis yang keluar dari bawah kereta tadi berjalan di hadapan Shahrul menuju ke kotak alatan bengkel. Dia duduk lalu mengambil beberapa spanar dan skru yang berlainan saiz di kotak peralatan bengkel. Setelah mengambil alatan yang diperlukan gadis itu bangun dan ingin berjalan semula ke arah kereta Triton Athlete yang sedang dibaikinya. Tiba-tiba kakinya terlanggar sekotak barangan spare part kereta.
Alamak...alamak sakitnya kaki. Macam manalah boleh terlanggar kotak keras ni pulak. Badan pun terasa macam nak jatuh ni. Habislah aku jatuh macam nangka busuk jugak ni. Getus hati Alaila.
YOU ARE READING
Tuan Shahrul Mateen [ Terbit]
Teen FictionSHAHRUL MATEEN x ALAILA SOFEA Shahrul Mateen jejaka kegilaan ramai wanita. Oleh kerana dia kaya, kacak dan peramah, hal ini membuatkan ramai wanita yang menyukainya. Namun disebabkan satu peristiwa dia menutup pintu hatinya pada wanita. Disebabkan s...