bab 8

2.2K 154 16
                                    

Shahrul melangkah masuk ke dalam sebuah kafe. Dilihatnya Hayl dan Noah sudah menunggunya di situ. Memang mereka sudah berjanji nak lepak bersama hari ini. Tapi dia tidak boleh lepak terlalu lama bersama Hayl dan Noah, disebabkan dia sudah berjanji mahu melawat Alana sekejap lagi.

Pantas Shahrul melangkah ke arah meja yang di duduki oleh kedua sahabatnya itu. Dia menarik kerusi yang ada di meja itu lalu dia melabuhkan duduknya. Bibirnya melorek senyuman lebar buat kedua sahabatnya itu.

Hayl sudah memandang Shahrul dengan riak muka bengang. Mana taknya. Janji pukul dua belas tengah hari. Ini pukul satu petang baru Shahrul sampai.

"Asal kau lambat Shah?" Soal Noah.

"Ala.. Bukannya lambat sangat pun. Tadi aku semak file projek. Tak sedar pulak masa berlalu cepat." Jawab Shahrul selamba.

"Banyak la kau punya sekejap. Satu jam jugaklah kau sidai kitaorang kat sini." Balas Hayl dengan nada sinis.

"Ala sahabat-sahabatku yang handsome lagi baik hati. Sorrylah, disebabkan aku lambat korang order je apa korang nak. Hari ni aku belanja okey." Kata Shahrul sambil tersengih, dia masih memujuk Hayl dan Noah yang kelihatannya sudah panas hati dengannya.

Noah sudah tersenyum sinis mendengar ayat Shahrul. Siapa je tak kenal Shahrul. Mulut manis pandai ambil hati orang. Tapi nakal dia lebih kurang Hayl je. Kalau bab pekena orang dan bagi alasan memang nombor satu.

"Eh, tangan kau tu dah kenapa Shah. Macam kesan kena gigit je aku tengok." Kata Hayl. Pantas dia bangun dari duduknya lalu dia tarik tangan Shahrul yang sedang duduk berhadapan dengannya.

Noah pun sudah bangun dari duduknya. Kini kedua lelaki itu ralit meneliti tangan sahabat baiknya itu. Shahrul yang malu apabila ada mata-mata yang memandang pelik ke arah mereka, pantas menarik laju tangannya.

"Woii! Agak-agaklah korang pegang dan tengok tangan aku macam tu. Korang tak nampak ke orang lain dah pandang kita pelik. Risau aku, hari tu Nayla tuduh aku dan Noah gay. Kejap lagi kalau ada orang ambil video, kemudian upload di Youtube tuduh kita bertiga gay. Tak sanggup aku kena kecam dengan satu Malaysia." Ujar Shahrul risau. Sakit hatinya apabila Nayla tuduh dia dan Noah gay. Jadi sebelum terjadi salah faham yang lebih besar baik dia elakkan dirinya dari difitnah. Bisik hatinya.

"Hah, kau cakap Shah... Siapa yang gigit kau sampai macam ni? Kau jangan nak kata ni love bite Shah. Kau kahwin pun belum. Kalau kau buat perangai macam-macam memang aku benam kepala kau dalam kolam biar tak tak timbul-timbul dah." Balas Hayl.

"Betul,betul,betul. Kau jawab sekarang. Kau jawab sekarang." Noah sudah bersetuju dengan Hayl.

"Ish, runsing betullah aku. Balik kampung mama aku bising. Jumpa korang pun. Korang asyik memekak tak habis-habis. Apalah dosa aku jadi orang single ni hah? Tak aman hidup tahu tak? Love bite apa bendanya? Kalau betul aku buat benda tak elok, tak adanya aku nak suruh kekasih gelap aku tu tinggalkan tanda kat tangan. Tempat lain banyak lagi." Marah Shahrul. Kali ini kedua tangannya sudah disilangkan ke dada.

Shahrul tarik muka muncung umpama orang merajuk. Bengang dia bila Hayl dan Noah tuduh dia macam-macam. Aku ni punyalah suci, teruna lagi tu. Suka hati je dua ekor tenuk ni tuduh aku macam-macam. Sekali aku sembelih mampos jugak dua-dua ekor tenuk ni. Bisik hatinya.

"Ala, cakap sikit sentap. Cakap sikit sentap. Itulah simptom bujang terlajak." Balas Hayl yang masih lagi dengan nada menganjingnya. Selepas itu dia ketawa berdekah.

Noah juga sudah ketawa berdekah mendengar kata-kata Hayl. Dia pegang perutnya yang terasa senak akibat kerana terlalu banyak ketawa.

Shahrul sudah memandang tajam ke arah dua sahabatnya itu. Geram dia apabila dijadikan bahan ejekan Hayl dan Noah. Tak guna punya kawan. Mentang-mentanglah aku ni single lagi. Korang asyik panggil aku bujang terlajak je kan. Tak bujang terlajak, bujang kesepian itulah gelaran Hayl bagi padanya. Mangkuk hayun betul si Raja Hayl Hakimi ni tau! Jerit hatinya.

Tuan Shahrul Mateen [ Terbit] Where stories live. Discover now