Pada waktu lunch break Shahrul telah menyuruh Sam menghantarnya ke bengkel Mr.Tan. Hari ini dia perlu mengambil kereta McLaren miliknya.
Apabila sampai saja ke bengkel Mr.Tan Shahrul mengarahkan Sam untuk pulang terlebih dahulu. Masuk saja ke dalam bengkel, Shahrul mencari-cari kelibat Alaila. Namun kelibat gadis itu tidak kelihatan.
"Hai, Tuan Shah. Kereta awak sudah siap. Nak ambil sekarang kan?" Tegur Mr.Tan. Dia melajukan langkahnya merapati Shahrul.
"Yer, saya nak ambil kereta saya hari ni. Erm.. Mr.Tan perempuan tomboy yang belasah saya hari tu tak ada ke hari ni?" Soal Shahrul apabila dia tidak melihat kelibat Alaila sejak dari tadi. Berkerut dahi Mr.Tan apabila Shahrul mencari Alaila. Ada apa-apa masalah lagi ke yang Alaila dah buat. Getus hatinya.
"Oh, Alaila yer. Dia keluar pergi makan. Kejap lagi dia masuk kerja balik. Ada apa Tuan Shah cari dia? Dia ada buat masalah lagi ke?" Soal Mr.Tan ingin tahu.
"Oh, tak ada apa-apa. Saja je tanya. Okeylah jom saya nak bayar bil kereta saya."
Selepas selesai membayar bil keretanya. Shahrul memandu keluar keretanya lalu dia parkir keretanya di luar bengkel tersebut. Sengaja dia menunggu Alaila. Ada perhitungan yang masih perlu diselesaikan. Kau tunggu kau Alaila kejap lagi kenalah kau. Berani kau tampar aku tempoh hari kan? Bisik hatinya.
Shahrul menunggu Alaila di dalam keretanya. Tidak lama kemudian dia nampak kelibat Alaila. Alaila sedang berjalan menuju ke arah bengkel Mr.Tan sambil tangannya memegang beg sandang miliknya. Apabila melihat Alaila kian mendekat pantas Shahrul keluar dari keretanya.
"Woi, minah tomboy! Kau ada urusan lagi yang tak settle dengan aku. Berani kau tampar muka handsome aku tempoh hari!" Jerit Shahrul.
Alaila yang mendengar suara jeritan Shahrul pantas menoleh ke arah punca suara itu. Terkejut dia apabila melihat Shahrul sedang berlari laju ke arahnya umpama ingin mengejarnya.
Lelaki gila ni lagi. Asyik-asyik muka dia je aku nak kena hadap. Dah kenapa pulak dah lelaki gila ni nak kejar aku. Alaila merengus dalam hatinya. Berdebar dadanya apabila melihat Shahrul meluru ingin mengejarnya. Pantas Alaila juga membuka langkah ingin melarikan diri dari Shahrul. Baru saja dia hendak melangkah, entah bagaimana sebelah kakinya terpijak sebelah lagi tali kasutnya yang terbuka. Akibatnya tubuh Alaila kehilangan imbangan lalu dia jatuh tergolek di atas jalan.
Shahrul yang sudah berada di belakang Alaila sudah ketawa berdekah sambil memegang perutnya. Suka dia melihat Alaila yang jatuh bergolek umpama nangka busuk di hadapannya.
"A..aduh sakit.." Kata Alaila sambil mengerutkan dahinya.
"Itulah kau. Nak lari dari aku konon. Kau ingat sikit, kau tu banyak dosa dengan aku. Kan tuhan dah bayar cash. Padan muka kau jatuh tergolek macam nangka busuk." Shahrul yang masih lagi ketawakan Alaila tidak henti-henti.
Alaila memandang Shahrul dengan sorot mata yang tajam. Bagai nak ditelannya Shahrul hidup-hidup waktu itu. Ini semua kau punya pasallah badut gila! Kalau kau tak kejar aku. Aku tak akan jatuh macam ni. Tunggu kau nanti aku balas balik. Jerit hatinya.
"Woi, perempuan tomboy! Dah kenapa kau pandang aku macam tu? Sekali aku korek biji mata kau tu baru tahu." Kata Shahrul sambil dia bongkokkan sedikit tubuhnya dan dia acah-acah buat dua jari seperti ingin mengorek mata Alaila.
Alaila sudah menjeling Shahrul dengan pandangan yang sangat tajam. Namun dia hanya diam membisu. Pantas dia duduk. Tubuhnya di alihkan ke arah lain agar tidak menatap wajah Shahrul. Tak kuasa aku nak menghadap muka hodoh kau tu badut gila. Bisik hatinya.
"Eh..eh minah ni. Dia ignore aku macam tu je. Bajet diva la tu. Muka pun macam tempe basi nak acah diva konon." Kata Shahrul. Dia masih bongkokkan badannya dan dengan selamba dia mengata Alaila.
YOU ARE READING
Tuan Shahrul Mateen [ Terbit]
Teen FictionSHAHRUL MATEEN x ALAILA SOFEA Shahrul Mateen jejaka kegilaan ramai wanita. Oleh kerana dia kaya, kacak dan peramah, hal ini membuatkan ramai wanita yang menyukainya. Namun disebabkan satu peristiwa dia menutup pintu hatinya pada wanita. Disebabkan s...