Bab 4

2.4K 149 31
                                    

Shahrul baru hendak keluar dari officenya untuk keluar lunch. Baru saja dia keluar dari pintu pejabatnya, tiba-tiba terdengar satu suara perempuan melaung namanya.

Berkerut dahi Shahrul melihat individu tersebut. Oh tidak! Bala dah datang. Mati aku nak melayan minah gedik ni. Kenapalah masa aku tengah lapar ni juga kau menyibuk datang sini? Jerit hatinya.

"Abang!" Laung Elly sambil dia berlari laju dan memeluk lengan Shahrul.

"Eh, Elly... Apa peluk-peluk tangan abang Shah ni? Tak eloklah haram tahu tak. Tepi sikitlah." Kata Shahrul sambil dia tepis kuat tangan Elly yang melingkar di lengannya.

"Sekarang haram. Nanti tak haram dah kan abang." Kata Elly selamba.

"Hah, apa?" Sengaja Shahrul buat tidak faham sambil dia mengerutkan keningnya.

"Yelah, abang kan single. Mama abang kata dia nak jodohkan kita berdua. Takkan abang tak tahu kot." Kata Elly. Sambil dia menggoyang-goyang bahunya ala-ala minah gedik. Jarinya pula diangkat dan dimainkan di dada Shahrul.

Suka dia apabila mendengar mamanya memberi cadangan pada Datin Amira untuk kahwinkan dia dengan Shahrul. Almaklumlah mama Shahrul memang risau jika Shahrul jadi bujang terlajak. Memandangkan mamanya adalah sahabat karib Datin Amira, jadi mudahlah Elly mahu mengambil hati mama Shahrul.

"Masa bila abang Shah kata nak kahwin dengan Elly? Jangan nak mimpilah Elly. Tangan tu boleh tak behave sikit? Jangan gatal nak meraba orang. Jaga adab tu sikit. Ni datang sini dah kenapa?" Marah Shahrul sambil dia tepis kuat jari Elly.

Gila tak makan saman langsung minah ni. Ingat aku ni anak ikan ke yang nak meraba aku. Seram aku dengan kau ni. Belum kahwin lagi dah terkam aku. Silap-silap kalau kahwin dengan kau. Mahu kau yang rogol aku. Hai, susah betul jadi orang tampan ni. Ramai sangat orang kejarkan aku. Bisik hatinya.

"Alaa abang ni, itu pun nak marah. Elly datang sini sebab nak ajak abang keluar lunch la. Elly tak bawa kereta tau hari ni. Driver yang hantarkan tadi. Jadi lepas lunch bolehlah abang bawa Elly keluar dating kan. Lepas tu baru hantar Elly balik." Kata Elly dengan nada manja.

Makin berkerut dahi Shahrul mendengar ayat Elly. Alahai, dia ajak keluar lunch pulak dah. Tak boleh jadi ni, tak nak aku keluar dengan minah gedik ni. Kejap lagi terus putus selera aku nak makan. Aku kena cari jalan ni. Getus hatinya. Tiba-tiba Shahrul dapat satu akal untuk mengelak dari keluar lunch dengan Elly.

"Uhuk, uhuk. Elly abang Shah tak boleh teman Elly la. Abang Shah kena COVID ni. Jadi kena balik rehat di rumah." Kata Shahrul. Tiba-tiba dia berpura-pura batuk dengan teruk.

"Hah, kena COVID? Abang Shah okey ke tak ni? Alaa, tadi Elly tegok abang okey je. Kalau kena COVID kenapa datang kerja juga? Jangan-jangan abang tipu Elly?." Tebak Elly sambil dia hentak kakinya geram. Dia masih sukar mempercayai kata-kata Shahrul.

Shahrul genggam penumbuk. Alahai perempuan ni tak percaya la pula! Tak boleh jadi ni. Kau kena berlakon lagi mantap Shah. Alang-alang kau dah mulakan kau kena habiskan lakonan ni. Getus hatinya. Pantas Shahrul buat-buat batuk dengan lebih teruk. Dia siap pegang dada umpama tengah sakit teruk.

"Bos dah kenapa ni bos? Apasal batuk teruk sangat ni? Bos okey ke?" Tegur Sam yang baru naik ke office.

"A..aku kena COVID la Sam. Aduh, sakit tekak ni. Batuk pun sampai sakit dada. Uhuk! Uhuk! Kenapa sakit sangat ni." Makin ligat lakonan Shahrul.

"Hah! Kena COVID! Tapi kan tadi bos okey je." Sam luah rasa terkejutnya. Mana taknya pagi tadi dia tengok Shahrul elok je. Nampak sihat je, tak ada pula batuk-batuk macam ni.

Tuan Shahrul Mateen [ Terbit] Where stories live. Discover now