Alaila mengemas barangnya. Dia letakkan baju dan barang yang dibeli oleh Shahrul dalam beg galasnya. Lega rasanya apabila dia sudah dibenarkan pulang. Tak sabar dia ingin bertemu dengan Alana dan Puan Aiza. Tidak lama kemudian pintu wad dibuka, kelihatan kelibat Shahrul membuka pintu wad. Lelaki itu masih lagi memakai baju kerja dan necktie. Pasti Shahrul dari office. Bisik hatinya.
"Aku dah settlekan bil. Kau dah boleh balik. Jom aku hantarkan kau." Kata Shahrul sambil dia memandang tepat ke arah Alaila. Alaila yang sedang duduk di birai katil wad itu pantas bangun lalu merenung Shahrul.
"Sa..saya nak ucapkan terima kasih pada Tuan Shah. sebab sudi tolong saya. Saya janji nanti pelan-pelan saya bayar semula duit Tuan. Tuan tak perlu susah-susah nak hantar saya. Sebab saya nak ke HKL melawat Alana dan mak saya." Alaila teragak-agak untuk berbicara. Dia menunduk malu kerana banyak terhutang budi dengan Shahrul.
"Kau tak payah nak panggil aku Tuan sangatlah. Panggil je aku Shah. Aku bukan bos kau pun." Balas Shahrul.
Alaila terus mendongak semula wajahnya apabila dengar Shahrul berkata begitu. Dia memandang Shahrul bagai tidak percaya. Yelah selama ni Shahrul asyik nak marah-marah je. Harini baiklah pula dengan dia.
"Err... Terima kasih Shah."Janggal pula rasanya ingin memanggil lelaki itu dengan nama sahaja.
"Dah kenapa kau pandang aku macam tu? Tahulah muka aku terlebih handsome. Tak payahlah tunjuk sangat kau sukakan aku." Kata Shahrul selamba sambil tersenyum sinis.
"Eee, awak ni kan. Kalau tak perasan tak sah kan?"
"Betullah apa aku cakap ni. Aku ramai peminat tau, kau je yang tak tahu." Balas Shahrul.
"Apa-apa jelah. Malas saya nak layan awak. Saya balik dulu. Bye." Kata Alaila. Pantas dia melangkah laju ingin keluar dari wad tersebut. Shahrul sudah mengejar langkah Alaila dari belakang.
"Hei, nanti! Kau ignore aku macam tu je kan. Yang kau jalan laju-laju tu dah kenapa? Kan aku kata aku yang hantarkan kau." Shahrul geram dengan kedegilan Alaila.
"Kan saya kata tak perlu. Saya boleh naik bas." Jawab Alaila selamba.
"Naik bas apanya? Kau tahu tak harini doktor kata Lana dah boleh discharge? Takkan kau nak dia balik naik bas. Dia tu bukan sihat sangat nak tunggu bas lama-lama." Kata Shahrul.
"Betul ke Lana boleh keluar dari wad harini?" Soal Alaila terkejut.
"Betullah. Semalam masa aku melawat Lana. Doktor dah kata petang ni Lana dah boleh keluar. Cuma sebelum dia keluar tu nanti doktor nak bincang sikit tentang penyakit dan ubat Lana. Jadi biar aku hantarkan kau. " Terang Sharul. Sengaja dia bawa kereta BMW miliknya hari ini supaya boleh jemput Alaila sekeluarga. Alaila sudah termenung sejenak apabila mendengar tentang ubat Alana. Riak wajahnya sudah berubah.
"Kau dah kenapa tiba-tiba termenung. Dah, jom gerak. Nanti lama pula diorang tunggu kita." Kata Shahrul. Alaila hanya menganggukkan kepalanya lalu dia mengikuti langkah Shahrul.
Alaila melangkah perlahan keluar dari bilik doktor pakar. Doktor mengingatkan kembali tentang ubat yang perlu disediakan untuk Alana. Mana dia nak cari duit hampir seratus ribu untuk kos perubatan Alana? Setahun dia kerja pun belum tentu dapat kumpul sebanyak itu.
Apabila masuk saja di wad kanak-kanak Alaila dapat melihat Shahrul, Alana dan Puan Aiza sedang bergelak ketawa. Entah apa yang mereka bualkan? Tapi dia tidak menafikan Sharul pandai mengambil hati Alana dan Puan Aiza. Kerana mereka nampak selesa apabila bersama dengan Shahrul. Dalam tidak sedar bibirnya melorek senyuman nipis.
"Amboi! Rancak berbual yer?" Tegur Alaila.
"Uncle Shah ni mama, dia suka buat lawak." Kata Alana dengan riak teruja.
YOU ARE READING
Tuan Shahrul Mateen [ Terbit]
Teen FictionSHAHRUL MATEEN x ALAILA SOFEA Shahrul Mateen jejaka kegilaan ramai wanita. Oleh kerana dia kaya, kacak dan peramah, hal ini membuatkan ramai wanita yang menyukainya. Namun disebabkan satu peristiwa dia menutup pintu hatinya pada wanita. Disebabkan s...