Bab 3

2.4K 145 16
                                    


Alaila melangkah masuk ke dalam restoran Rasa Kita. Hampir setiap hari dia akan berada di sini untuk kerja part time. Dia berperan sebagai vokalis dalam team buskers mereka. Untuk mencari wang tambahan memang Alaila terpaksa buat lebih dari satu kerja dalam sehari. Kalau di ikutkan gajinya di bengkel saja memang tidak cukup untuk tanggung kos rawatan dialisis ibunya dan kos sara hidup mereka.

Masuk saja ke dalam restoran dua tingkat tersebut matanya tertancap ke arah rakan-rakannya yang berada di atas pentas. Kelihatan Aron, Hans, Siti dan Yazir sedang sibuk setting peralatan muzik di atas pentas tersebut.

"Hai semua. Sorry aku lewat sikit harini." Tegur Alaila sambil tersenyum.

"Hai Alaila." Balas Aron, Hans dan Yazir serentak.

"Eh, takpe Laila. Kitaorang fahamlah kau sibuk sikit sekarang ulang alik ke hospital melawat Lana kan. Apa cerita Lana? Dah makin okey ke?" Soal Siti. Siti adalah sahabat baik Alaila. Dari zaman belajar di universiti dia telah kenal dengan Siti. Walaupun kini Siti ada kerja tetap. Namun dia tetap minat untuk menyertai team buskers mereka.

"Okey la." Jawab Alaila ringkas. Sebolehnya dia malas nak berkongsi masalahnya bersama yang lain.

"Muka awak macam penat je Laila. Banyak sangat ke kerja di bengkel. Nanti saya beritahu pak cik saya suruh kurangkan sikit kerja awak ya." Kata Aron sambil tersenyum lalu dia jongketkan keningnya pada Alaila.

Aron adalah lelaki cina Muslim. Ayahnya memeluk islam ketika berkahwin dengan ibunya. Jadi keluarga Aron semuanya muslim kecuali adik beradik belah bapanya yang masih beragama lain. Aron hanya memerhati wajah lesu Alaila. Jatuh kasihan dia pada gadis itu. Dia memang sudah lama sukakan Alaila. Kalau diikutkan keluarganya memang sudah cukup senang, tak perlu dia nak sertai team buskers untuk cari duit lebih. Tetapi disebabkan setiap hari dia ingin bertemu dengan Alaila, maka dia gigih menyertai team buskers yang membuat persembahan di restoran itu setiap hari.

"Eh.. jangan. Janganlah minta Mr.Tan kurangkan kerja saya. Saya tak nak nanti orang kata saya bodek anak saudara bos pula. Awak jangan mengada yer Aron nak request bukan-bukan pada bos saya. Saya dapat kerja situ pun saya dah rasa bersyukur dah." Balas Alaila.

"Saya suruh awak kerja di syarikat papa saya awak tak nak. Nak juga kerja bengkel tu." Balas Aron.

"Saya tak ada kelayakan la Aron. Belajar pun setakat SPM je. Masuk universiti pun tak sempat habis belajar. Kalau setakat kerja bengkel tu saya memang dah ada pengalaman." Balas Alaila.

"Banyak betul alasan awak kan. Saya tak boleh buat apa-apalah kalau itu keputusan awak." Muka Aron mencuka. Aron hanya menggelengkan kepalanya apabila mendengar alasan Alaila. Sejak dulu Alaila memang selalu mengelak kalau dia menawarkan Alaila peluang pekerjaan.

Memang Aron ada ajak Alaila bekerja dengannya. Tetapi Alaila sedar dia tiada kelayakan untuk bekerja di situ, apatah lagi pengalaman. Cukuplah selama ini ramai peminat si Aron ni memandang serong padanya. Kononnya dia rapat dengan Aron sebab nak kikis duit Aron. Sedangkan dia tak pernah sekalipun terfikir ke situ dan dia tidak ada apa-apa hubungan pun dengan Aron.

"Terima kasih atas pelawaan awak tu. Sudahlah tutup cerita pasal ni. Jom cepat get ready buat persembahan. Customer pun dah makin ramai tu." Kata Alaila, sengaja dia nak tutup topik tadi.

"Okey get ready gaiss. Ambil position masing-masing!" Jerit Hans. Kesemua mereka mengambil tempat masing-masing. Siti meletakkan satu kotak di bawah pentas. Selalunya walaupun mereka dibayar untuk membuat persembahan, ada juga customer restoran itu yang meletakkan duit di dalam kotak tersebut.

Tuan Shahrul Mateen [ Terbit] Where stories live. Discover now