"SYED ALTAMIS XAVIER !!!! Amboi kau suka sangat stalk anak dara orang ya haha..." sakan si Qutzam ketawakan aku. Adik aku yang bezanya hanya setahun dengan aku,tinggal kami yang belum berumah tangga . Xander,Widad dan Cantara masing- masing sudah mempunyai cinta hati ,juga telah mempunyai cahaya mata .
Cakap baik sikit bukan tak laku ehh .Pada aku dalam umur 25 masih muda lagi ,bukan tak mahu berumah tangga tapi masih banyak benda yang nak dibuat ,banggakan mama dengan papa belum cukup bagiku...jadi tak perlu terburu-buru soal ini .
"Alah kau zam,kau pun sama kan stalk siapa tu Sofea nageena??" Beritahu aku kepadanya tanpa riak bersalah langsung. Stalk Instagram orang je pun kan,bukan orang lain tidak pernah buat malah ramai .
Qutzam duduk di katil aku .
Kepalanya terjongol di sebelah,sibuk memerhati skrin komputer riba aku . Terpampang gambar wanita comel kecik molek yang tentunya dikenali ramai. Tak lain tak bukan pereka fesyen terkemuka ,available dan bergaya ."Dia dah ada kekasihlah ,Altamis...." omel si Qutzam kepada aku . Aku mencebik
"Itulah kau tak tahu ,gosip tahun lepas pun kau masih percaya...meh sini aku tunjuk." Beria-ia aku memberitahunya.
"Kau tengok gambar ni zam ,tahun lepas punya ,aku percaya dia orang dah putuslah last update dia dengan mamat tu 23 januari 2022 ."
Qutzam kini berada dalam keadaan bercekak pinggang.
"Yakinya kau al ,beli dekat shopee ke keyakinan tu ? "
"Zam abang kau ni pandai 'baca' orang .Ni kau tengok betul-betul ,kedudukan dia orang ,cara senyuman tu. Aku rasa macam hmmm dia sayang mamat tu tapi mamat tu curang lepastu dia terpaksa clash sebab sayang mamat tu ,eee dasar tak bersyukur."
Kali ni Qutzam ketawa terbahak-bahak mendengar tafsiran itu .Geram pulak rasanya.
"Sudah lah bang ,kau tu dah gila bayang ...tahu-tahu je mamat tu curang " Kita di dunia realiti bukan fantasi mohon sedar ! Dijerkah mengejutkan aku dari alam fantasi.Alam mimpi .
"Realiti pertama -kau Syed Altamis Xavier Bin Tan Sri Syed Lizam but not so bad la kan status gap ,papa orang berada juga tau ... Anak Tan Sri dengan anak Tengku huh tak jauh sebenarnya !
"Okay realiti kedua- mamat yang kau baru je tengok tadi anak pereka fesyen terkemuka brunei tau dan kau Syed Altamis Xavier ,cumalah pereka fesyen jalanan !"
Bersungguh-sungguh si Qutzam mahu aku kalah dengan semangat sendiri .Tangannya pula dilayang-layangkan seperti orang sedang membaca berita di kaca televisen.Bagaikan berlakon teater pun ada .
"Realiti ketiga pula ..." Qutzam melihat aku dengan penuh rasa tidak percaya. "Mana kau nak jumpa minah popular tu ,dah tentulah dia akan berkahwin dengan orang se-level dengannya." Bahu aku ditepuk beberapa kali .
"Wake up!"
"Who knows kan we might bump into each other one day as we learn the same thing ?"
"How Al?"
Aku diam berfikir untuk sesaat tetapi Qutzam lebih dahulu memintas.
"Jadi pelatih reka fesyen kepada CEO butik tu? Nak ke CEO kahwin dengan pelatih je? Haha ...."
Baru sahaja hendak buka mulut,si Qutzam menyambung lagi ,pedas kalini dia perli aku .
"Ke kau nak buat macam drama pukul 7 tu ? Bump into her dekat kedai kain? Dalam LRT? Atau dekat butik dia?" Sakan gelakkan Qutzam.
"Altamis abangku sayang! kau hot apa ,move on la weyh... haritu mama nak jodohkan kau dengan anak kawan dia kau still crush dekat minah yang belum tentu kenal kau tu .Nonsense tau ? Orang macam dia takkan jumpa kita.Tidak mungkin.Kau pun tahu dia guna Bugatti Chiron.Takkan nak naik kereta Myvi kuning kau .Nak jumpa dalam kapal terbang ? Biar betul ,sah -sah minah tu guna first class,kaya kita pun guna economi aje,bang..."
Sakit telinga mendengar bebelan si adik yang bermulut pedas ,tidak menyokong aku dengan bakal kakak iparnya itu ,aku terus ke dapur ...malas mahu dengar .
"Bosanlah cakap dengan kau ,satu pun kau tak sokong aku " Omel aku dalam nada perlahan. Dia ketawa lagi .Suka sangat kenakan aku huh .
" Anyway ticket flight kau dah book ke belum?" Tanya si adik kepadaku dengan nada serius .Aku mula duduk untuk menukar topik perbualan kami.
"Next week ,aku bertolak. Twenty....Macam aku cakap haritulah."
Qutzam hanya mengangguk kenal benar dengan abangnya seorang itu ,menjadi guru reka fesyen sementara di luar negara .
" Kalini berapa bulan ,ke setahun macam haritu?" Qutzam ingin kepastian .Jika Altamis keluar negara untuk mengajar ,dialah yang harus menjadi penolong setiausaha rumah membeli barangan dapur untuk mamanya.Puan Sri Nora.
" Dalam tiga bulan macam tu....lepastu aku balik Malaysia la" Beritahu aku kepada Qutzam yang tentunya malas menjadi penolong mama. Aku pergi mengajar bukannya mahu menetap terus disana... aku juga sedang mencari seseorang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sew My Heart
RomanceBengkel jahitan menjadi saksi kedukaan mereka . Jarum yang tajam mencucuk isi lengan sehingga memuntahkan cecair merah . Kepahitan itu cuba ditelannya ,namun dakwat hitam yang berada dalam diri tiada siapa yang dapat memulihkannya. Sehi...