"TENGKU RHEA RAVEENA !!!"
Jerit seorang lelaki tua ,berdiri di tepinya pula perempuan muda berbaju merah . Ya, lelaki tua itu adalah papa Rhea dan di sebelahnya pula adalah pembantu peribadinya . Tan Sri Tengku Safwan . Papa Rhea adalah seorang usahawan berjaya ,seorang terkenal juga ...alasan dia menjerit adalah kerana gambar Rhea tersebar dengan seorang lelaki yang dikatakan juga teman lelakinya dan hal itu mencemarkan reputasinya .Apa kaitan gambar Rhea dengan reputasinya ? Ya dia menggunakan Rhea untuk menaikkan bussinessnya dengan menggunakan nama anaknya... dia dapat dikenali ramai dan sebab lainnya pula adalah dia tidak mahu apa yang terjadi dahulu berulang kembali .
Apa papa ni jerit-jerit ,orang ramai kan ni ?
Ni apa Rhea ,siapa pulak lelaki ini... Rhea tu perempuan tidak elok bersama lelaki dikhalayak umum ,reputasi papa akan tercemar ..lihatlah gambar ini ,jangan kata Rhea tidak tahu pula . Marah Tan Sri Tengku Safwan sambil menampar meja menggunakan kertas menunjukkan Ravenna dan lelaki tersebut yang di fotostat oleh assistantnya.Rhea menjadi muka hadapan akhbar kerana pengaruhnya dan juga populiritinya ,ramai yang mengecamnya..selain dia mempunyai fanbase yang ramai ,haters juga ramai .
Dia sudah biasa dengan kecaman...orang kata dah lali ,cakap apa pun cakap lah dia tidak mahu ambil peduli .Jika dibaca dan mengambil tahu soal kecaman tentunya akan membuat diri tidak yakin ...dia tidak mahu perkara sebelum ini terjadi ,cukup hanya sekali sahaja dia tidak sanggup melihatnya."Papa masih percaya dengan gossip murahan macam tu ?" Rhea agak pelik dengan sikap papanya ,dulu papa lah yang selalu menasihati akan perkara seperti ini ...dia juga masih ingat nasihat-nasihat daripada mama juga.
"Papa tak mahu reputasi papa tercemar kerana isu kamu ,papa harap kamu tidak buat semua yang tertera di akhbar tersebut."
"Tak ,Rhea tidak melakukan semua itu ,papa tak percayakan Rhea?"
Sungguh reputasi papa lebih penting daripada Rhea ,benarlah apa yang kakak bagitahu dahulu ..kini Rhea faham apa yang dimaksudkan ."Apa yang Rhea mengarut ni?"
Tan Sri Tengku Safwan pelik dengan sikap Rhea . Adakah perkara tersebut bakal berulang ? Papa cuma ada kamu seorang Rhea .Rhea sudah mula muak dengan tindakan mengarut papanya dan mula memberontak . "Jadi kenapa papa lebih percayakan gossip murahan kalau betul papa percaya dan sayangkan Rhea, Huh papa cuma ada Rhea?" Semua itu dusta, Rhea sudah tahu tentang hubungan papanya dengan perempuan itu, dia tidak dapat berdiam diri lagi. "Perempuan tu siapa pada papa, bohong lah papa ada Rhea sorang je, huh jijik"
Rhea tidak mahu perkara yang sama berulang, sejurus mengatakan perkara tersebut, dia terus ke bilik ,sudahnya penat dengan kerja alih-alih kena tuduh macam-macam..mana tak angin. Rhea kini menenangkan diri di bilik tidurnya.Dia rebahkan diri ke katil sesudah mengeringkan rambut yang basah setelah mandi tadi . Memikirkan apa yang baru sahaja dia katakan kepada papanya,terasa berdosa pula.-"Aku tak akan maafkan kau Rafa, sampai mati aku tak boleh!!!" Rafiqi tiba-tiba berlari menusuk perut Hud Rafa dengan sebilah pisau yang tajam.
Hud Rafa tidak sempat mengelak ,perutnya memuntahkan cecair merah. Rafiqi pula melarikan diri kerana terkejut dan rasa bersalah setelah melihat Rafa tidak sedarkan diri dengan berlumuran darah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sew My Heart
RomanceBengkel jahitan menjadi saksi kedukaan mereka . Jarum yang tajam mencucuk isi lengan sehingga memuntahkan cecair merah . Kepahitan itu cuba ditelannya ,namun dakwat hitam yang berada dalam diri tiada siapa yang dapat memulihkannya. Sehi...