BAB 5

2 0 0
                                    

   Gambar Rhea di akaun Instagram sangatlah cantik .Rata-rata memuji beliau walau bagaimanapun ada juga komen -komen yang negatif ,tiap kali itulah aku membalas komen tersebut sekadar hiburan buat diriku juga .

   "Fake minah ni berlitup bagai tapi masih post gambarnya di media sosial,orang yang berlitup ni tidak post gambarnya di media sosial lah. "
Seorang haters meninggalkan pendapatnya namun seperti menghina .Aku membalas pesanan itu...
  "Kau pun sama cakap je,nak menegur orang biarlah bertauliah sedikit ...ini main hentam ,kau kenal pun tidak dengan dia senang-senang tuduh dia fake macamlah kau duduk sebumbung pulak dengan dia. "
  Emoji gelak aku tinggalkan .Panjang lebar aku menjawab.Rasa puas.Mana taknya senang-senang nak hukum orang ,niat sudah elok cara pula yang salah .
  Namun begitu, aku ingat kembali pesan furqan sahabat lama aku ,membalas apa yang dilakukan ke atas kita menunjukkan kita adalah orang yang sama seperti pelaku ...jika ingin membalas perbuatan tersebut hendaklah kena dengan cara dan niatnya ..tamsilnya dia menghina dan mencaci keluarga serta diri kita yang akan mengaibkan kita serta keluarga ,ianya wajar dibalas namun harus menggunakan perkataan yang baik dan beberapa fakta .Hal ini demikian adalah kerana perbuatan tersebut adalah fitnah .
 
  Pejam celik pejam celik dah nak dekat sebulan aku berada di Jepun ini , pelajar -pelajar di sini pula sudah mahir menjahit ....sudah tiba masanya aku pulang ke negara tercinta. Tentulah pulang dengan menaiki kapal terbang ,ye sama macam sebelum datang Jepun ..harap dapat jumpa lagi dengan Rhea .

  Misi mencari Raveena pula aku rasa sudah sampai ke penghujungnya ,destinasi terakhirku akan ke kampung Veena ..mahu melihat dan mungkin dia di kampungnya kini . Jika tidak aku akan tamatkan misi mencari ini ,aku mencarinya bukan kerana apa tapi mahu mengajaknya menjadi guru di butik yang akan aku buka tak lama lagi . Dia pula seorang sahabat yang baik ,walaupun dia pernah mengalami tekanan namun aku masih sayang akan sahabatku itu .

  
  Ting !" Baki tinggal lagi 300 yen".Altamis terpaksa menaiki bas setelah pulang daripada mengajar di sekolahnya , bapa angkatnya tidak dapat menjemput Altamis hari ini kerana harus menghantar beberapa hasil tanaman ke kedai di kota .

  Awan berarak menutupi matahari ,dingin udara menampar pipinya membuatkan mata Altamis layu ,kelopak matanya beransur -ansur menutup bebola mata .  Dalam keadaan mengantuk ,Altamis melihat seseorang yang dikenalinya melintas dengan kereta tanpa melihat sesiapa dia menoleh dan membuka semula mata seluas yang boleh .Setelah meneliti itu hanyalah khayalan Altamis sahaja . 
 
.........

  -Rafiqi ,apa salah aku sampai kau sanggup buat aku begini ,kita kawan iqi . Kata Hud yang tidak percaya dengan sahabatnya itu .Ya dia Rafiqi yang meruntuhkan hubungan aku dengan Raveena ,aku menurut semua apa yang dia mahu kerana menganggap dia teman ku .Kami telah lama berteman ,sejak kecil lagi ...keluarga iqi dengan ku juga berteman rapat sejak itu jugalah iqi menjadi kawan rapat aku . Namun lain pula yang jadi selepas dia juga meminati kekasihku Raveena ,kami bergaduh besar setelah aku mendapat tahu dialah dalang disebalik lelaki bertopeng dan kemeja hitam .

  Kau naif rafa ,aku sudah katakan yang aku mahukan Raveena ,kau dan Xavier sangat menyusahkan aku dan disebabkan itulah aku mengambil keputusan ini RAFA! Kata Rafiqi yang kelihatan puas .
  Mengapa Raveena ,Iqi
kenapa harus di hotel itu ? Kau tidak berubah Iqi ,semua kepunyaan aku kau mahu ....kita berteman sudah lama apa masalah kau terhadap aku ?!
 
  Oh tiada masalah ,aku cuma puas melihat kau merana ,apa kau tahu papa dan mama aku sering memuji kau daripada aku ,membandingkan aku dengan kau ,aku tidak dapat menerima kau lebih baik daripada aku rafa !
  Oh dan Xavier pula termasuk dalam rancangan ini sebab dia sentiasa bersama dengan Veena kau tu ,tak sangka aku dia pun terlibat ...aku rasa kau dan dia tiada masalah tapi lepas kejadian itu kau menjadi musuhnya . Rafiqi ketawa sambil bibirnya herot ke kiri ,mata meliar ke kiri dan kanan .Sungguh mengerikan .

Aku faham ,maafkan aku Iqi bukan niat aku untuk buat papa dan mama kau membandingkan aku dengan kau tapi itu salah mereka...tidak bolehkah kau memberitahu mereka daripada buat semua ini ? Kita kawan Iqi,aku dan kau sangat rapat ...aku tahu itu jadi aku maafkan kau biarlah kejadian itu aku pun dah reda mungkin ini  balasan untuk aku juga . -

Sew My Heart Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang