"Macam mana ,okay ke ? Boleh tidur tak ?" Suara lembut tadi menerpa ditelingaku .Wajah Rhea Raveena terjongkol di atas penghadang kerusi kami . Nafas aku terhenti sekali lagi .Ya allah ,mata sudah membundar memerhatikannya . Aku telan liur apabila mahu bersuara .
Walaupun Rhea seorang pereka fesyen namun penampilannya tampak sederhana sahaja,bertudung labuh,alisnya pula lentik ke atas . Cantik dan tenang melihatnya.
Rhea Raveena menggayakan tudung Pashmina berwarna hijau gelap bersama abaya hijau tua ,nampak sopan dan cantik ,tudungnya pula dilabuhkan sehingga bawah dada dengan gaya yang sesuai dituntut dalam Islam. Dia masih lagi belajar untuk menjadi wanita solehah ."Yea ,biasanya naik Emirates ,boleh kira bintang tapi dalam MAS ni tiada bintang kat siling .Terang aku gugup ,di Emirates mempunyai hiasan bintang yang kalau aku mahu tidur atau bosan aku kira bintang ...kalau tak kira di siling aku kira di langit . Sudah di awangan takkan kira disiling sahaja .Haha.
Dia ketawa. Dagunya diletakkan di atas penghadang.Tampak selesa .Tampak cantik juga! Tolonglah hati jangan pecah lagi , doaku kuat .
" Comel", tuturnya sepatah . Aku terkebil. "You know hehe my niece pun macam you," ujarnya seraya memandang aku hinggakan aku jadi tidak selesa . Yalah , macam perempuan tengah pandang waktu kita baring di atas katil .
" oh yeke ? Berapa umur dia ?" Tanyaku sopan . Kedudukan kami masih seperti tadi .
"Umm tujuh tahun . We call him Rafael."
Macam aku tak tahu siapa anak saudara dia tu . Anak abangnya yang cukup popular sebab majlis kahwin gilang - gemilang . Ikon fesyen juga abang Rhea itu dan katanya baju kahwin abang dengan kakak iparnya ,dijahit sendiri oleh Rhea .
"Lovely name ," omelku . Berpura-pura baru mengetahui . Haish kalau aku tak stalk dia tak ada lah kena berlakon tak tahu ,boleh wujudkan banyak soalan untuk bercakap dengannya . Jangan ingat lelaki tak stalk ehh crush dia ,lelaki ke perempuan semua sama je .
"Anyway saya Altamis .Awak ?" Ucapku dengan senyuman yang paling manis aku berikan dan sekali lagi aku berpura-pura baru mengenalinya . Hipokrit ! Siapa kisah ? jumpa crush kot .
"Oh lupa , I Rhea ."Senyuman manisnya semakin melebar . Agak keliru juga ramah pula dia . " By the way tadi ada masalah ke ?" tanyanya lagi .
Panjang pula perbualan kami ,aku ubah kedudukan .Badan kuiringkan sedikit ke arahnya. Kepala aku tongkatkan dengan tangan . Gaya macam patung Buddha sedang tidur .Tatkala aku kembali memandangnya , aku nampak dia agak terkesima .
Ehh, rasanya kedudukan aku ni tidak sopan .Cepat-cepat aku bangun apabila perasan dia merenung aku tajam . Pipinya sudah kelihatan berona merah begitu juga aku .
"Ehh, tak ....Masalah seating aje tadi ."
Dia mengangguk ."Eh tidurlah ganggu you pula."
Aku senyum . 13 jam sahaja yang aku ada dengan dia .Sekarang baru sejam . Tidurlah dulu ,telah diriku. Tak mahu tunjuk beria-ia sangat mahu berbual dengannya. Jangan risau masih ada 12 jam lagi .
-Raveena pengsan buat kali kedua di bengkel jahitan mereka .Tubuhnya semakin mengecil .Wajahnya kelihatan murung sahaja tiada sedikit pun riak ceria dan senyumanya pun makin pudar. Dia dibawa ke bilik kesihatan untuk dirawat. Sedarnya dia daripada pengsan tersebut ,doktor daripada hospital ingin keterangan daripadanya .Dia bingung ...keterangan apa ?dia tidak berbuat kesalahan.
"Ribena ...kau okay ?" Kau betul tak nak cerita dengan aku ...masalah kau ,kau kerap sangat pengsan tempoh hari baru sahaja pengsan.Xavier mencuba nasibnya ,mana tahu Raveena sudah terbuka hati untuk menluahkan masalahnya.
"Xavier...a-aaku" Ada sesuatu yang ingin diberitahunya namun seakan takut seperti diawasi menyebabkan Raveena tidak bercerita .
"Raveena ,kalau kau tak nak cerita aku faham ...tapi aku harap kau tak buat lagi perkara sama di lengan kau tu ,dah lebam aku tengok .Aku faham kau kecewa tapi tidak perlu menyakiti diri kau...sebab kau tak bersalah pun ." Aku tapis ayatku agar tidak menyebut nama Hud Rafa kerana bimbang dia masih tidak dapat melupakan waktu bersama Hud .Ada sesuatu yang Hud telah lakukan kepada Raveena sehingga dia ketakutan begini .
"A-aaku rasa aku kena rogol " perlahan sahaja suaranya memberitahu.
"APA?!"
Alangkah terkejutnya aku dia berkata sedemikian,patutlah dia begitu takut untuk memberitahu aku. HUD RAFA!!! Nama itu sudah aku tanda ,seorang yang tidak bertanggungjawab dan jijik perangainya .Tidak menyesal aku layangkan penumbuk dahulu .
"Maaf Xavier aku tak cakap dekat kau sebab aku takut kau rasa jijik mahu berkawan dengan aku." Sayu suaranya memberitahu lagi .
"Ini bukan salah kau ! Sampai bila pun aku bangga jadi kawan kau Veena dan kalau aku tahu ,aku sepak terajang si Hud tu ..tak guna punya jantan..."
"Aku tak tahu siapa , Hud ataupun orang lain yang rogol aku ... aku bangun daripada katil hotel dalam keadaan pening dan tahan taxi yang berdekatan hantar aku pulang .Tapi waktu tu Hud ajak aku dinner date."
Bersungguh Veena menerangkan keadaannya ketika itu dan cuma sangkaannya sahaja .Mereka belum tahu siapa dalang sebenar.
"Keesokknnya, Hud minta putus dengan aku ...aku pelik kenapa tiba-tiba melainkan dia tahu siapa yang rogol aku malam itu ! " Mengingat kembali peristiwa hitam itu menyebabkan dadanya sesak ,kepalanya pening dan akhirnya...." RAVEENA !!!" sekali lagi Raveena pengsan ,longlai badannya dipapah oleh Xavier .Xavier walaubagaimana pun terpaksa memanggil doktor daripada hospital dan doktor menyarankan Raveena di rawat di hospital . Mendengar nasihat doktor , Raveena dipindahkan ke Hospital Sultanah Zainab II dan dipantau di sana . Xavier terpaksa menjalankan ujian ke atas Raveena atas dakwaannya .Ummie dan Abi kepada Raveena pula segera pulang daripada oversea mendengar berita tentang keadaan anak perempuan mereka itu .
Xavier meneliti kertas hasil ujian Raveena ,alhamdulillah Raveena tidak kenapa-kenapa cuma mentalnya kini terganggu akibat trauma yang dia hadapi ...Raveena mungkin perlukan khidmat nasihat daripada psikatri untuk pulih ,namun tidak semudah yang disangka ia mengambil masa untuk pulih semula seperti normal . -
Sedarnya aku daripada tidur jam menunjukan 5:30 pagi ,waktunya aku mengambil wuduk dan solat subuh. Tidak kelihatan Rhea di tepiku mungkin dia berada di tingkat atas untuk menenangkan diri . Selesai menunaikan solat subuh ,aku terus ke tingkat atas ...benar telaan aku Rhea berada di tigkat 2 ini ,dia melihat awan yang berarak berkumpul untuk membentuk awan hitam . Sudah mahu hujan pula ,kapal terbang belum mendarat lagi .Aku berdoa supaya tidak ada apa-apa yang berlaku sepanjang perjalanan kami ini .
"Rhea ..buat apa di sini dah solat subuh ?" Tanya aku tanpa rasa serba salah semalam baru sahaja kenal .Aku bertindak ramah dengannya .
"Oh Altamis , tak ada la cuma teringat akan peristiwa lama." Jawabnya penuh misteri , aku lihat matanya baru sahaja lepas menangis.
"Ada masalah ke ,boleh share dengan saya ?" Tanya aku lagi mana tahu dia mahu bercerita .
" Tak ada ,terima kasih kerana tanya" Jawabnya sambil memaksa senyum untuk aku ..mungkin tidak mahu diganggu jadi aku tinggal dia dan kembali ke tempat duduk aku . Bukan tak kisah ,aku mahu memberi masa kepadanya ..ada orang tidak mahu dikacau ketika sedang mengosongkan fikiran orang cakap apa "me time" .
Aku terlelap lagi ,kerap juga aku tidur menaiki kapal terbang ini dahla duduk first class ni ! Patutnya aku menikmati kabin tersebut , tetapi tiada apa yang menarik .Aku fikir first class ini best tapi nampaknya bosan ! Semua yang duduk di kabin first class ini bosan orangnya dan just mind thier own bussiness . Terasa lambat pula mahu mendarat ,Rhea pula tidak mahu bercakap dengan aku sejak kejadian aku melihatnya tempoh hari.
Gaya si Rhea ini seorang perahsia ,jadi aku sebagai orang luar tidak mahu tanya dan ambil tahu kisah hidupnya walaupun aku minat dengannya .Betul la kata adik aku ,asyik berangan sahaja benda bukan jadi kenyataan pun .Jam menunjukkan 1: 30 petang . "Greating from your pilot , we'll be landing at 2'o clock.. before that please get ready to landing and have a nice day ! " Pilot memberitahu waktu kami akan mendarat ,sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Rhea . Aku juga mengambil keputusan untuk melupakan sahaja Rhea ,aku dan dia tidak dapat bersama dia seorang terkemuka dan aku hanyalah insan biasa yang bekerja sebagai guru sambilan ...bagiku sudah cukup aku dapat bertemu dengannya di sini . Goodbye my 6 years crush .
- "TENGKU RHEA RAVEENA BINTI TENGKU HASRIZAL !!! Apa kau buat ni Ribena, letak pisau tu sekarang ,it's okay ...aku ni Xavier ...letak pisau tu okay" Kataku dengan penuh berhati-hati dan cuba memujuk supaya dia melepaskan pisau yang berada di tangannya,gayanya pula ingin membunuh diri dengan cuba untuk menyakiti dirinya lagi dengan menoreh lengannya namun untung sahaja aku sempat menghalang .Setiap kali dia meracau begini ,pujukan akulah yang paling berkesan . HUD APA YANG KAU DAH BUAT !!! aku akan mencari tahu .
Sebulan sudah Raveena dibawah pengawasaan doktor psikatri ,alhamdulillah sudah nampak perubahan ..dia juga jarang meracau untuk membunuh diri lagi .
"Ribena ...kau nak makan apa harini aku belanja,kau dah semakin pulih" Disebabkan dia dapat melalui fasa traumanya aku bangga walaupun masih berbaki sedikit ,yelah siapa dapat melupakan trauma mereka dengan begitu mudah kan ?!
"Terima kasih Vier ,tapi aku ada kerja nak buat selepas kuliah petang ini ,terima kasih juga sebab bantu aku selama ini." Nampaknya terpaksalah aku mengajak Mirza untuk teman aku makan harini .
Seminggu kemudian, Raveena didapati sekali lagi untuk membunuh diri kali ini dengan mengantung dirinya di biliknya ,untung rakan sebiliknya pulang awal dan terus menyelamatkannya .Mereka di bilik kampus tersebut sudah tahu akan masalah kesihatan yang dihadapi Raveena dan berhasrat dapat membantu Raveena .
"Ribena !! Kau masuk bilik kesihatan lagi , jangan buat benda bodoh boleh tak?! " Aku marah, sudah tidak dapat menahan diri lagi ... ini bukan benda biasa yang dia lakukan ,dia cuba untuk membunuh diri lagi dan paling teruk menggantung diri !! Aku fikir dia sudah pulih tetapi perasaan ingin membunuh diri itu masih ada dalam fikirannya .Entah apa yang difikirkannya menyebabkan dia ingin sangat hilang daripada dunia ini .
"KAU TAK FAHAM XAVIER !! AKU SEORANG YANG TAK BERGUNA AKU KENA ROGOL AKU JIJIK SEBAB ITU HUD TINGGALKAN AKU !!" -

ANDA SEDANG MEMBACA
Sew My Heart
RomanceBengkel jahitan menjadi saksi kedukaan mereka . Jarum yang tajam mencucuk isi lengan sehingga memuntahkan cecair merah . Kepahitan itu cuba ditelannya ,namun dakwat hitam yang berada dalam diri tiada siapa yang dapat memulihkannya. Sehi...