"Assalamualaikum Mama Papa , Al dah selamat sampai di Jepun hohoho nanti Al buat balik awek Jepun dekat Mama dengan Papa amacam menantu Jepun ?" Terukir senyuman nipis Datin Sri Nora membaca chat yang dikirim oleh Altamis.
Sudah sebulan Altamis berada di Jepun berkhidmat sebagai guru di sana ,alhamdulillah semuanya baik sahaja ..proses pembelajaran pula berjalan seperti biasa kadang-kadang terkenang akan Rhea ,sungguh bertuah dia menemui gadis tersebut .Tempoh hari dia melihat Rhea di kaca televisyen memenangi lagi trofi sebagai Influencer popular untuk tahun ini . Tidak renggang pula dengan mamat Brunei tu ,Rhea macam biasa nampak ayu dan cantik sahaja di matanya , tidak sangka ramai yang meminati beliau .Hai bertuahnya kalau dapat memperisterikan seorang seperti Rhea itu .
Ring ding dong ring ding dong ring ring ring ... nada dering telefon pintar daripada kumpulan SHINee milik Altamis berbunyi tertera nama adik kesayangannya Qutzam . Sudah lama adiknya itu tidak menelefonnya,dia habiskan dahulu lagu yang menjadi nada dering telefonnya ,saja mahu mengusik adiknya itu . Baris terakhir lagu tersebut mahu habis barulah dia angkat telefon ." Kau buang tabiat ke call aku ni ,ada apa ?"
" Kenapa lama sangat nak angkat call aku haa ,betul ke Mama cakap kau nak bawa balik menantu Jepun ?"
" Engkau nih call aku semata nak tanya itu aja ke ? Khabar aku tak tanya terus tanya pasal tu huh ... tak adanya aku nak bawa balik menantu aku gurau aja , kakak ipar kau hanya Rhea sahaja ."
"Sudah la kau bang ,aku baru excited tadi .Apa Rhea lagi ,wei kau cakap dah move on ? " Qutzam mematikan telefon sejurus nama Rhea ditutur olehku sudah masak dengan perangai aku ,dia semestinya malas mahu mendengar cerita tentang Rhea .Bukan dia tak tahu si Rhea tu baru sahaja menang awards di Jepun hasil tangannya diminati oleh masyarakat di sana ,bukan sahaja orang ternama malah rakyat biasa juga suka akan hasilnya . Mungkin kerana itulah Altamis sangat meminati Rhea .Hasil tangannya yang cukup cantik dan unik .
Katanya mahu melupakan crushnya itu tapi apa boleh buat ,lama kot dia duk crush dekat Rhea tu. Rhea pergi mana ,Rhea menang awards apa pun dia tahu ...ish kadang- kadang takut juga dengan perangai si Altamis ni . Yelah perangai mana lagi yang stalk tulah ! Nampaknya Altamis tidak dapat melupakan Rhea .Pagi yang sejuk awan berarak membentuk awan hitam .Negara matahari terbit itu kini dilanda hujan lebat berpanjangan ,nampaknya terpaksalah Altamis menumpang keluarga angkatnya di Jepun itu .
Dia menginap di rumah seorang tukang kebun ,ye setiap kali ke sana disitulah tempat pertama dia akan jejaki . Di rumah keluarga Watanabe .
Watanabe Haruto dan isterinya Ayuzawa Misaki hanya mempunyai seorang anak lelaki bernama Watanabe Yuto , mereka sangat senang dapat menumpangkan Altamis di rumah mereka kerana anak lelaki mereka itu sering keluar kota jadi tinggal mereka berdua sahaja ,agak sunyi . Tanpa membuang masa Altamis menaiki kereta bapa angkatnya itu ,katanya senang satu jalan... uncle Haruto pula ingin ke pasar untuk membeli barangan dapur jadi dia juga tidak keberatan untuk menumpangkan Altamis .
"Ohaiyo gozaimas ...hai minna we're going to learn about how to sew a dress . " Altamis menggunakan bahasa Inggeris dan juga beberapa perkataan Jepun yang dia tahu .Agak susah mengajar kerana tidak ramai pelajarnya yang fasih berbahasa Inggeris .Walau demikian, itu bukan masalah buat Altamis ,dia menganggap semua itu adalah cabaran buatnya ,pergi mana-mana pun ada cabarannya jadi dia mengambil inisiatif untuk belajar bahasa Jepun .Untung ada yang memahami apa yang diberitahunya jadi pelajar itulah yang menerangkan pula kepada rakan-rakannya . Senang sedikit kerjanya ,tetapi dia akan tetap belajar ..sampai bila mahu bergantung dengan pelajar tersebut .
- Sudah beberapa hari Xavier dan Raveena tidak bercakap seakan perang dingin pula.
Jarum jam menunjukkan angka dua belas ,seusai kelas agama di kuliah Xavier masih lagi memikirkan kejadian tempoh hari dimana Raveena ingin melakukan cubaan membunuh diri .Dia mati kata apabila Raveena sering menyalahkan diri sendiri . Mereka harus kembali ke kelas mereka untuk menjahit baju rekaan masing-masing untuk semesta ini ,dikatakan baju tersebut akan dipamerkan kepada seorang pereka fesyen terkemuka .Masing-masing sedang sibuk dengan kerja menjahit ,ada yang sedang menggunting pola ,ada yang sedang overlock fabrik dan ada yang telah pun siapkan baju rekaan tinggal melakukan kekemasan sahaja .
BUKKK bunyi seseorang jatuh daripada tingkat satu
RAVEENA!! Semua pelajar kelas FNDS2 terkejut melihat Raveena yang jatuh ,alangkah terkejutnya lagi lengannya memuntahkan cecair merah yang pekat .-"Hai minna-san ! If you find something difficult to sew feel free to ask and reach me out in our group ,I'll will take few days off . Today we ignore about sewing things and talk about others what says you guys?"
" Hai sensei ! Let's talk about your first love kyaaaaaaa " Kesemua pelajar Jepun bersorak tanda bersetuju dengan cadangan itu . Tanpa membuang masa Altamis menceritakan tentang 'First Lovenya' kepada anak-anak muridnya itu .-Kosong.
Terasa kosong minda aku waktu itu. Apa yang aku tahu, aku melihat tubuh kecil molek itu penuh dengan cecair merah . Cepat -cepat Justin selaku ketua kelas menelefon ambulans ,mirza selaku penolong kelas pula berlari ke bilik guru untuk mendapatkan guru mereka bagi memaklumkan tentang kejadian tersebut . Tentu cikgu Hadinoor akan dimarah kerana meninggalkan kelas ketika kejadian tersebut terjadi ...Dan aku, kaku disitu melihat ribenaku begitu. -

ANDA SEDANG MEMBACA
Sew My Heart
RomanceBengkel jahitan menjadi saksi kedukaan mereka . Jarum yang tajam mencucuk isi lengan sehingga memuntahkan cecair merah . Kepahitan itu cuba ditelannya ,namun dakwat hitam yang berada dalam diri tiada siapa yang dapat memulihkannya. Sehi...