Aku buka media sosial Instagram mahu melihat update terkininya ,sudah lama tidak 'stalk' Rhea akibat mengajar dan aku kali ini mengambil cuti untuk berehat dan menenangkan fikiran. Masih tidak percaya aku dapat bertemu dengannya di dalam kapal terbang tempoh hari .
Ring ding dong ring ding dong ,telefon bimbitku menjerit untuk diangkat ...tertera nama 'Rafiq' cepat-cepat aku angkat ,sudah lama menunggu panggilan daripada Rafiq.
"Yes Rafiq ,kau dah jumpa ke ?"
"Sir Syed , dia berada di Korea dan data yang saya peroleh mengatakan dia adalah seorang pereka fesyen."
"Baik terima kasih ." Aku matikan perbualan ,tertera pula gambar Rhea di telefon aku dia kini di Korea .Perwatakannya sama tapi , aku tidak pasti adakah itu dia?Akhirnya Raveena sudah sedar, dia kini berada di hospital .Perkara itu terjadi terlalu cepat aku tidak dapat berbuat apa-apa .Raveena kehilangan banyak darah akibat tidak dapat mengawal dirinya dan dengan itu dia menoreh lengannya itulah punca dia jatuh daripada tingkat satu itu.
"Nah roti jagung gardenia yang kau suka tu "
"Thanks vier ,tapi aku tiada selera mahu makan "
"Makan barulah ada tenaga sikit ,kau tau kau hilang banyak darah jadi kena makan kay .Kau okay tak sebenarnya ni ?"
"Ya , aku okay haa aku makan lagipun roti jagung ni sedap" Buat pertama kalinya aku melihat kembali senyuman Raveena yang manis itu ,terasa bahagia melihat Raveena dapat tersenyum begitu mungkin kerana roti itu kegemarannya.Namun senyuman itu kembali pudar apabila Hud Rafa tiba-tiba datang menjenguk Raveena ,roti yang berada di tangannya terjatuh .Kacau betul la si Rafa ni Veena baru nak happy.
Xavier sudah membuat gaya 'body guard' menahan Hud daripada mendekati Ribenanya ,bimbang meracau lagi .Hai Veena , macam mana you okay ke ? I dengar you jatuh daripada tingkat satu terus I datang nak tengok you .Wah wah sudah buat orang merana senang-senang datang tanya khabar macam dia tak buat salah ya.
"Hmm" Itu sahaja jawapan yang Raveena berikan kepada Hud ,Xavier pula menahan amarahnya daripada melakukan kekacauan di hospital .
Sambil menyilangkan tangan di dada Xavier bertanya ,kau nak apa ni Hud ,tak puas lagi kau buat Veena macam ni ?tak payah berlakon kau kisah pasal dia la ,kau yang buat dia jadi macam ni . Raveena memdiamkan diri sekadar menjadi pendengar .
Veena I datang nak minta maaf ,I tak patut tinggalkan you dekat hotel tempat kita date tu .I baru dapat tahu yang Rafiqi tak buat apa-apa dekat you dan I minta maaf sebab putus dengan you lepas kejadian tu . "Apa kau cakap ni Hud , siapa Rafiqi? apa yang korang dah buat dekat Veena ? "
Bertubi - tubi soalan daripada Xavier.Marah ? Sudah tentu Raveena merana fizikal dan mentalnya hanya disebabkan perbuatan Hud Rafa yang tidak mempercayai Raveena .Maaf . Hanya kata itu yang keluar daripada mulut Hud . Xavier melayangkan penumbuknya kerana terlalu geram dengan perbuatan Hud .Hud seolah pasrah ,melihat Raveena yang tidak berkata apa-apa meruntuhkan lagi semangatnya ,jadi dia mengambil langkah untuk pulang dengan keadaan bengkak di muka akibat ditumbuk tadi . Siapa pula Rafiqi ,apa kaitannya dengan Raveena? -
"Berita terkini , seorang jutawan hotel dipercayai menyeludup dadah sebanyak rm5,0000 dipercayai dadah jenis ice .Suspek juga dipercayai berumur antara 25 hingga 45 tahun ,masing-masing adalah rakan perniagaan yang sudah sekian lama melakukan jenayah ini dan sudah berjaya ditangkap oleh pihak polis selepas aduan oleh pihak ramai yang terganggu akan keselamatan mereka .
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga . Altamis menutup televisyen di rumahnya itu ,dia sebenarnya mahu menonton anugerah bintang popular yang mencalonkan Rheanya ,namun rancangan itu ditunda dan terpaksalah dia menonton berita dan mengambil tahu isu semasa ...
Ring ding dong ring ding dong ,ish si Altamis ni bila nak tukar ringtone dia ,aku penat dah nak tulis . Hahaha.
Telefon Altamis berbunyi minta diangkat ,tertera nama 'Rafiq' ,cepat-cepat dia angkat telefonnya. Ye ,fiq ... Sir Syed, saya dapat info baru ..Raveena berada di Korea sedang melakukan sesi bergambar dan bertemu dengan peminat ,dia seorang yang terkenal.
Huh apa ?! Ribena seorang yang terkenal , setahu aku dia akan ke kampung untuk menjaga tanaman milik ayahnya .Itu apa yang diberitahunya ketika majlis konvokesyen universiti kami dan selepas itu dia sudah tidak dapat dihubungi .Waktu cuti aku sudah pun sampai di penghujungnya ,ambil cuti pun macam tidak cuti .Mana taknya kena tanda kertas-kertas peperiksaan budak Jepun haa tulisan mestilah Jepun juga ,jenuh aku menandanya kerana itu aku bancuh kopi susu sambil membuka Instagram ,mahu melihat perkembangan Rhea yang terkini . Ya , itu bukan Insta peribadi milik Rhea .Sudah tentu managernya yang mengendalikan akaun tersebut ,melihat gaya postingan tersebut seolah orang yang mengambil gambarnya bukan Rhea yang melakukan semua itu .Aku dapat rasakan yang dia tidak tahu akaun ini wujud ,mungkin ditubuhkan dikerana dia seorang yang popular . Mungkin juga akaun tersebut ditubuhkan kerana tidak mahu orang melupakan dia. Mungkin juga untuk peminatnya mengetahui perkembangan beliau. ARGHHH banyak betul kemungkinannya malas la mahu fikir lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sew My Heart
RomansaBengkel jahitan menjadi saksi kedukaan mereka . Jarum yang tajam mencucuk isi lengan sehingga memuntahkan cecair merah . Kepahitan itu cuba ditelannya ,namun dakwat hitam yang berada dalam diri tiada siapa yang dapat memulihkannya. Sehi...