BARU sahaja dia ingin terlelap, dia terasa gebar yang membaluti tubuhnya ditarik seseorang. Dengan malas dia membuka mata. Seperti yang dijangka, pasti Rayyan punya kerja.
"Kenapa?" Tanya Darwish separuh mengantuk.
"Kau boleh tanya kenapa lagi? Aku ajak kau datang sini bukannya suruh kau sambung tidur," kata Rayyan.
"Bukan ke kau yang kata aku boleh habiskan masa duduk dalam bilik sementara kau dengan Damia keluar dating?"
"Memanglah, tapi sekarang dah lain. Kalau aku dating dengan Damia, sepupu Damia tu siapa nak jaga?"
Darwish mengerut dahi. Dia langsung tidak dapat memikirkan apa kaitannya dengan sepupu Damia itu. Lagipun Rayyan juga sudah sedia maklum yang dia tidak gemar bercampur gaul dengan orang yang kurang dikenali, terutamanya perempuan. Lagi- lagi bila dia dapat tahu gadis itu juga memiliki nama yang sama seperti kekasihnya dulu.
Bila difikirkan balik, dia pasti ini adalah sebahagian daripada rancangan Rayyan. Rayyan tidak akan mengajaknya pergi bercuti dan membuat alasan yang tidak masuk akal.
Berdua-duaan dengan Damia di Cameron Highlands? Itu memang bukan Rayyan yang dikenali. Bila Rayyan perkenalan Ir, barulah dia faham rancangan Rayyan. Ini tidak lain tidak bukan mesti hendak mengalih perhatiannya dengan kehadiran gadis yang bernama Irdina.
Tapi usaha Rayyan itu sia-sia saja. Dua tidak mudah jatuh ke dalam perangkap Rayyan.
"Dia dah besar panjang. Pandai-pandailah dia nak jaga diri. Lagipun dia lebih tua daripada kita, takkan dia tak pandai jaga diri kut," ujar Darwish sambil menarik kembali gebar putih yang ditarik Rayyan tadi.
"Memanglah dia pandai jaga diri,.tapi kalau kau ada lagi bagus. Aku dengan Damia dan kau boleh layan dia. Tak adalah dia rasa macam datang sini seorang diri." Rayyan sekali lagi menarik gebar tadi.
"Bila masa pula aku pandai layan perempuan ni?"
"Aku tak kira, kau kena ikut kita orang jugak!" paksa Rayyan sambil menarik tangan Darwish bangun dari katil.
"Aku mengantuklah," kata Darwish kembali berbaring.
"Kau pergilah keluar. Lagipun apa gunanya sewa bilik kalau tak guna untuk tidur," tambah Darwish lagi.
"Tidur tu bila-bila pun boleh. Kau tahu tak, demam kau boleh datang balik kalau kau tak buat aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. Jom, kita keluar jalan-jalan. Apa gunanya kau datang sini tanpa pergi jalan-jalan," paksa Rayyan lagi menarik Darwish supaya bangun daripada baringannya.
"Ray, aku nak tidur."
"Kau ada dua pilihan sekarang, ikut aku atau aku akan ganggu kau tidur sepanjang hari ni. Kau pun kenal aku, kan? Selagi aku tak dapat selagi itulah aku akan paksa kau." Rayyan semakin mendesak.
"Okey," jawab Darwish dalam terpaksa. Memang dia kenal dengan Rayyan yang tahu bagaimana hendak menguasai dirinya. Kalau Rayyan kata akan ganggu dia tidur, memang Rayyan akan kotakan kata-katanya. Jadi, suka ataupun tidak, dia terpaksa mengikut kata-kata Rayyan.
"Bagus. Bersiap sekarang," kata Rayyan menariknya turun dari katil.
"Tapi aku cuma bawa baju tidur je," jawab Darwish selamba.
"Aku dah agak dah, sebab tu aku dah sediakan untuk kau," balas Rayyan sambil membuka bagasinya.
Seakan-akan tidak percaya Darwish dibuatnya. Patutlah dan a berasa pelik apabila Rayyan membawa bagasi sederhana besar untuk ke sini. Rupa-rupanya Rayyan turut memuatkan pakaiannya di dalam bagasi itu.
"Ray, kau memang licik," keluh Darwish sebelum berlalu masuk ke dalam bilik air. Hanya 10 minit sahaja diperlukannya untuk mandi dan menyalin pakaian. Dalam tidak puas hati, sempat juga dia memuji Rayyan yang tidak menyediakan pakaian yang pelik-pelik.
YOU ARE READING
Alan Alisha's [SU]
ActionJatuh cinta. Bercinta. Putus cinta. Bercinta kembali. Itu sudah jadi rutin hidup Nur Alisha Qistina. Walaupun sudah banyak kali di kecewakan, tetapi dia tidak pernah membenci cinta atau menutup pintu hatinya. Dia tetap memburu cinta sejati kerana di...