BAB 24

459 19 15
                                    

MEREKA berdua melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka. Alisha masih dengan muka monyoknya, mengekori langkah Darwish melewati satu demi satu pintu bilik hotel mencari bilik yang baru saja ditempahnya tadi.

"Apa kata kalau kita balik KL aje? Aku rindukan katil aku. Aku tak boleh tidur dalam keadaan demam macam ni, selain atas katil aku," ujar Alisha. Sejak tadi dia cuba memujuk Darwish untuk balik ke KL. Macam-macam alasan dia sudah bagi, tetapi Darwish langsung tidak mengendahkan pujukannya. Ada sahaja modal Darwish membalas kembali alasannya.

"Berapa kali kau muntah dalam kereta masa pergi klinik tadi?" Tanya Darwish dengan jelingan tajam.

Perlahan-lahan Alisha menunjukkan dua jarinya.

"Enam kali," tegas Darwish.

"Kalau kita balik KL sekarang, kau akan muntahkan semua isi perut kau tu sampai tak ada apa-apa dalam badan kau. Kau nak macam tu?"

Alisha mendengus marah. Ini semua Rayyan punya  pasal. Gatal sangat bawa lari Darwish ke Cameron Highlands. Lepas itu berani pula dia mengajak perempuan lain, kononnya nak kenakan Darwish dengan sepupu Damia itu. Huh, kalau tidak kerana plan gila Rayyan itu, aku takkan berada di sini! bentak hati Alisha.

"Dah. Tak guna nak salahkan Ray. Sendiri cari pasal, sendiri tanggung," ujar Darwish membuatkan Alisha terkejut.

"Wah, kau tahu apa yang aku fikir?" Tanya Alisha dengan kagum.

"Bukan ke kau pernah kata, kita berkenalan sejak kau dalam perut lagi," ujar Darwish yang berhenti di sebuah pintu bilik.

"Oh, hmm... mungkin sebab tulah kita ni memang dah ditakdirkan untuk bersama. Ah, kenapalah aku tak terfikir pasal ni masa aku baca diari mama dulu? Mama kata dalam diari tu, kau adalah orang pertama yang dapat kesan kehadiran aku. Bila aku jumpa kau buat pertama kali, aku rasa happy sangat. Aku selesa bersama kau, sebab tulah aku nak sangat jadi kawan kau, tapi tak sangka aku dah jatuh cinta dengan kau. Jadi, tak salah lagi. Kau memang jodoh aku," ujar Alisha dengan penuh yakin.

"Wau, demam kau makin teruk," ujar Darwish yang hanya menganggap kata-kata Alisha tadi sekadar gurauan.

"Jangan lupa makan ubat dan tidur. Esok pagi, aku nak tengok demam kau dah kebah."

"Hah? Kau ingat aku ke yang kawal demam tu?" Balas Alisha tidak puas hati. Kalau dia boleh tentukan suhu badannya naik atau turun dengan sendiri, memang sudah dia tak perlukan ubat doktor.

"Sebab tulah aku suruh kau makan ubat, rehat dan tidur. Faham?"

Terus kepala Alisha mengangguk tanda faham.

"Aku ada dekat bilik sebelah," ujar Darwish sambil menyerahkan kunci bilik sebelah," ujar Darwish sambil menyerahkan kunci bilik kepada Alisha.

"Okey," jawab Alisha sambil mengangguk dan mengambil kunci biliknya dari tangan Darwish. Tanpa buang masa dia segera membuka pintu bilik itu. Namun, baru sahaja dia hendak menutup pintu, Darwish pantas menghalang dia daripada berbuat demikian.

"Aku tak percaya kau akan makan ubat," ujar Darwish dengan penuh yakin.

"Jadi, aku akan tunggu sampai kau makan ubat."

"Hah?" Terkejut Alisha dibuatnya.

Belum sempat Alisha hendak berbuat apa-apa, Darwish sudah pun melangkah masuk ke dalam. Terpinga-pinga Alisha di tepi pintu. Darwish betul-betul cuba cari nahas. Ini macam sudah merelakan diri kena tangkap basah saja nampak gayanya.

"Alan, walaupun aku nak sangat kahwin dengan kau dan jadi isteri kau, tapi bukan dengan cara macam ni. Aku nak jadi isteri kau dengan cara yang bermaruah," ujar Alisha geram dengan perangai Darwish itu.

Alan Alisha's [SU]Where stories live. Discover now