DARWISH menggeliat, membetulkan otot-ototnya sambil menghirup udara segar di balkoni biliknya pada pagi itu. Rasanya macam sudah lama dia tidak menghirup udara segar. Padahal baru sehari dia terlantar demam di atas katil. Semuanya Alisha punya pasal.
Sampai sekarang dia tidak faham kenapa boleh jadi begini. Alisha bukan kembarnya. Malah tiada pertalian darah dengan keluarganya. Alisha hanyalah jirannya. Jadi, sepatutnya perkara aneh begini tidak akan terjadi.
Dia mula perasan perkara itu pun selepas setahun berkawan dengan Alisha. Dalam setahun itu, Alisha memang banyak kali demam. Selepas Alisha demam, barulah dia jatuh sakit untuk sehari dua. Perkara yang sama berulang-ulang sehinggalah Rayyan muka perasan akan hal itu.
Sebab itulah Rayyan selalu tuduh Alisha ahli sihir. Apabila ditanya kepada Mama Hana tentang perkara aneh itu, Mama Hana hanya ketawa.
Nenek pula tidak banyak komen kecuali, "dah takdir kamu, nak buat macam mana. Reda ajelah." Itu sajalah modal nenek.
Selain dia dan Rayyan, semua penghuni rumah itu menganggap apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang aneh. Kalau sekali dua berlaku mungkin boleh dikatakan kebetulan, tapi kalau sudah hari-hari berlalu, ini bukan kebetulan lagi.
Jadi, bila mereka menganggapnya satu perkara biasa, dia pun tidak pernah ambil peduli. Sehinggalah hari ini. Kalau dulu, selepas Alisha demam barulah dia demam, tapi kini dua-dua demam serentak. Lagi membuatkan dia semakin tertanya-tanya.
"Aku dah kata, kau memang dah kena sihir dengan Lisa, tapi kau tak percaya. Semakin lama semakin teruk aku tengok."
Kata-kata Rayyan semalam masih terngiang-ngiang di telinganya. Umpama Rayyan sedang bersuara di sebelahnya.
"Kau tak habis-habis tuduh dia ahli sihir. Kalau dia betul-betul ahli sihir, aku dah tak ada depan kau sekarang tau. Aku dah kahwin dengan dia dan dah beranak pinak," balas Darwish.
"Itu ahli sihir zaman dulu. Ahli sihir moden ni lain sikit. Sikit-sikit dia buat kau lupa diri. Tunggulah, suatu hari nanti dia mesti mengaku yang dia ahli sihir dan dah sihir kau," tambah Rayyan cuba menakut-nakutkan Darwish.
Masalahnya, Darwish bukanya budak kecil yang boleh terpedaya kata-kata 'seram' Rayyan itu.
"Hm... memang dia dah mengaku," jawab Darwish.
"Hah?" Terkejut besar Rayyan.
"Dia pun dah tunjuk cara dia sihir aku," jawab Darwish lagi.
"K- kau... biar betul." Menggeletar Rayyan jadinya.
"Dan dia cute sangat masa tu," kata Darwish tanpa sedar.
Disebabkan itu sebotol air mineral yang penuh dengan air disiram di kepalanya sehingga botol itu kosong. Reaction Rayyan semalam dengar dia kata Alisha cute. Bila Mama Hana datang dan tanya kenapa tilamnya basah, Rayyan dengan selamba cakap dia kencing atas tilam.
𝓓𝓲𝓪 𝓢𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓟𝓵𝓪𝔂𝓖𝓲𝓻𝓵
DARWISH kembali ke alam realiti. Dia tidak dapat menyembunyikan senyumannya. Hajat hendak kenakan Rayyan, dia pka yang terkena. Tidak pasal-pasal dengannya kembali teruk.
"Betul kata Ray selama ni. Aku, memang ahli sihir! Jadi, hari ni aku akan sihir kau, kau akan lupakan apa yang kau nampak ni. Kau tak nampak aku dan kau tak kenal aku untuk hari ni. Fuh!"
Bibirnya mengukir senyuman apabila teringatkan peristiwa itu. Dia tidak tipu. Apa yang dia kata kepada Rayyan semalam memang betul. Waktu itu, dia nampak cahaya warna merah jambu di seluruh tubuh Alisha. Waktu itu juga Alisha memang comel daripada biasa.
YOU ARE READING
Alan Alisha's [SU]
AksiJatuh cinta. Bercinta. Putus cinta. Bercinta kembali. Itu sudah jadi rutin hidup Nur Alisha Qistina. Walaupun sudah banyak kali di kecewakan, tetapi dia tidak pernah membenci cinta atau menutup pintu hatinya. Dia tetap memburu cinta sejati kerana di...