Irdina batuk lagi. Damia yang berada di sebelah terus terjaga. Dia berasa pelik dengan bunyi batuk Irdina. Macam orang tak cukup nafas pun ada.
Bangun sahaja daripada tidurnya, Damia mula rasa tidak selesa hidungnya mencium bau asap yang kuat.
"Api! Api!" Jeritan seseorang dari jauh menarik tumpuan Damia. Kemudian, jeritan itu berhenti dan selang beberapa saat kemudian jeritan lain kedengaran lagi. Kali ini seperti beberapa suara berpadu menjerit, memberi isyarat kecemasan.
Damia tidak berlengah. Dia yakin apa yang dia dengar tadi. Jeritan-jeritan itu bukan imaginasinya. Tambah lagi dia terhidu bau asap yang tebal.
Dia segera membuka pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya apabila melihat bahagian dapur rumah Irdina sudah dijilat api yang marak.
"Irdina!!" Damia kembali kepada Irdina yang semakin menjadi jadi batuknya. Dia tahu, itu bukan batuk biasa. Irdina ada asma. Dia perlu bawa Irdina keluar dari situ sebelum keadaan menjadi semakin teruk.
Damia segera menolong Irdina yang separuh sedar itu bangun dan memapah rakannya keluar dari bilik itu. Asap tebal sedikit menganggu pernafasan dan penglihatannya. Namun, Damia tidak peduli dengan semua itu. Dia perlu keluar dari rumah itu bersama Irdina!
Tiba di pintu, Damia mula panik apabila membuka pintu rumah itu. Kunci grill! jerit hatinya. Baru baru dia teringat. Kunci gril ada di dalam bilik.
Bila dia berpaling, api sudah meliar meratah bilik itu. Asap berkepul kepul keluar. Mustahil untuknya masuk semula ke bilik itu mengambil kunci gril.
"Macam mana ni?" Damia semakin panik.
Bang!
Damia melompat terkejut. Biarpun suasana di dalam begitu gelap, tetapi dia dapat melihat kelibat seorang dua di hadapan pintu gril. Bunyi yang sama kedengaran berulang kali.
Kemudian, dia tidak pasti apa yang berlaku. Apa yang pasti.... dia nampak cahaya. Cahaya berkelip-kelip.... Dan gelap.....
𝓓𝓲𝓪 𝓢𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓟𝓵𝓪𝔂𝓖𝓲𝓻𝓵
Alisha memandang jam pada dinding biliknya. Sudah pukul 7.00 pagi. Cahaya matahari sudah mula memancar sinarnya. Namun, dia masih lagi duduk termenung di meja tulis.
Kulit mukanya terasa tegang kerana semalaman dia tidak dapat lelapkan mata. Pelbagai perkara yang dia fikir. Selepas satu masalah, satu lagi masalah datang menimpanya.
'𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙢𝙪𝙣𝙘𝙪𝙡 𝙙𝙚𝙥𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙪 𝙡𝙖𝙜𝙞.' Kata-kata Irdina malam tadi masih lagi terngiang-ngiang di benaknya.
Alisha menghela nafas berat.
"Ah..... Kenapa Dina kata macam tu?" Ujar Alisha sendirian sambil menggaru kepalanya. Rambutnya sudah berserabut tidak terurus.
Dia berpaling ke arah telefon bimbitnya. Sejak tengah malam tadi telefon bimbitnya berbunyi beberapa kali. Semuanya panggilan daripada Irdina, tapi dia sengaja tidak mahu mengangkatnya.
Bukan merajuk, tapi dia masih lagi terkejut. Dia bagaikan tidak kenal Irdina yang malam tadi. Irdina bagaikan mempunyai personaliti lain. Yang lagi gelap. Serius. Dia hampir tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
𝙠𝙖𝙪 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙖𝙩𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙪𝙩! 𝘼𝙠𝙪 𝙙𝙤𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙪 𝙩𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙜𝙞𝙖 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙣𝙮𝙖!
Terbeliak mata Alisha apabila membaca mesej yang diterima daripada Irdina. Dia tidak tahu apa yang sudah merasuk Irdina sehingga Irdina sanggup bagi mesej begitu.
Hanya air mata sahaja yang dapat mengungkap perasaannya kini. Walau apa pun yang Irdina tuduh, dia berharap Irdina tidak bertindak di luar batasan. Dia tetap sayangkan Irdina sebab hanya Irdina yang dia ada.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tangan Alisha yang masih menggigil memegang telefon bimbit. Nama Damia tertera pada skrin telefon bimbitnya.
Alisha pantas mengesat air matanya dan cuba mengawal perasaan sedihnya. Apa yang penting, Damia tidak perlu tahu. Kalau Damia sudah tahu, dia sanggup menghadapi.
"Hello," jawab Alisha dengan nada biasa.
Senyap. Suara Damia langsung tidak kedengaran. Tapi dari jauh dia dapat mendengar sesuatu. Macam bunyi tangisan.
"Mia?" Panggil Alisha.
Bunyi tangisan itu semakin jelas.
"Damia? Kenapa ni? Kau menangis?" Alisha cuak.
Tiada apa yang mampu buat Damia menangis. Antara mereka bertiga, Damia adalah orang yang paling kuat. Dia jarang menangis. Tengok drama Korea yang sedih-sedih pun air mata dia tetap kebal. Langsung tidak pernah menitik.
"Lisa.... " Suara Damia teresak-esak. Macam orang tak cukup nafas sahaja.
Mendengar Damia menangis, jantungnya berdegup pantas. Dia seakan- akan ingin menyambung tangisannya tadi.
Walaupun belum lagi mendengar berita dari Damia, tapi dia pasti dan sangat pasti bahawa ada berita buruk akan diterimanya.
"Mia, janganlah buat aku macam ni. Apa dah berlaku?" Hati sensitifnya semakin sensitif. Hujan turun dahulu sebelum mendengar berita buruk itu.
"Irdina... " Nama Irdina disebut Damia.
Nafas Alisha tersekat sekat. "Tak." Alisha tidak mahu mendengar selebihnya.
"Irdina.... Kawan kita dah tak ada."
TO BE CONTINUED......
Sorry tak panjang idea tak ada. ampunkan risaa readers-readers sekalian . Btw Jangan lupa vote& comment.
YOU ARE READING
Alan Alisha's [SU]
ActionJatuh cinta. Bercinta. Putus cinta. Bercinta kembali. Itu sudah jadi rutin hidup Nur Alisha Qistina. Walaupun sudah banyak kali di kecewakan, tetapi dia tidak pernah membenci cinta atau menutup pintu hatinya. Dia tetap memburu cinta sejati kerana di...