𝙀𝙣𝙖𝙢 𝙗𝙪𝙡𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙢𝙪𝙙𝙞𝙖𝙣....
"RE-UNION?" ulang Darwish agak terkejut dengan perlawaan itu.
"Yup. Satu perjumpaan yang mana kita berjumpa dengan bekas rakan rakan sekolah yang lebih bertahun tahun tak berjumpa, berkongsi cerita bergosip kadangkala ada juga yang berlagak dengan apa yang dia kecapi sekarang. Tapi aku rasa perjumpaan tu lebih kepada tunjuk menunjuk siapa yang lebih hebat dan siapa yang lebih bertuah sekali,"terang Alisha yang bercakap seperti peluru berpandu. Laju, tetapi Darwish masih lagi dapat memahami rapuan Alisha tadi.
"Alisha, aku tahu re-union tu apa. Kau tak perlu terangkan kepada aku macam aku baru belajar kenali bahasa manusia," balas Darwish agak tension dengan perangai Alisha yang tidak pernah berubah.
"Baguslah. Jadi, kau setuju untuk jadi partner aku nanti?" tanya Alisha.
"Partner? Aku tak nampak pun kaitan kenapa kau perlu ajak Darwish pergi re-union tu," celah Rayyan yang turut berada di situ.
"Damia!" Jerik Alisha kepada Damia yang sedang beratur membeli makanan di kafeteria itu. Mereka menjadi perhatian pelanggan pelanggan kafeteria itu seketika.
Setelah Damia berpaling, barulah Alisha mula bersuara. "Boleh aku pinjam boyfriend kau jadi partner aku ke re-union tu nanti?"
"Boleh Aje. Tapi sebelum tu kau kena langkah bangkai kucing aku dulu," balas Damia turut menjerit dari tempatnya berdiri.
Darwish sekadar menggeleng. Tidak pasal-pasal mereka menjadi perhatian pelajar lain lagi. Selama ini dia lebih selesa menjadi pelajar biasa, yang tidak dikenali tetapi apabila berkawan dengan Alisha, secara automatik dia jadi terkenal. Tiba-tiba juga, dia menjadi lelaki idaman sampai ada yang cuba memikat hatinya. Semuanya kerana Alisha
Dia menjadi popular kerana Alisha."Dengar tu," kata Alisha kepada Rayyan. Dia mengukir senyuman puas. Dia tidak perlu terangkan lagi kenapa dia perlu ajak Darwish ke perjumpaan itu.
"Damia tak ada kucing," balas Darwish yang baru menyedari bahawa Damia tidak ada kucing peliharaan.
"Sebab dia tak ada kucinglah dia berani cakap macam tu. Dia takut kucing. Jadi, walaupun Alisha ni seorang yang kejam dan sanggup membunuh kucing dan langkah bangkai kucing, itu takkan berlaku sebab Damia tak ada kucing," jelas Rayyan yang amat memahami perangai girlfriendnya itu. Mujurlah dia ada otak yang bijak untuk mentafsir setiap apa yang Damia suarakan.
"Aku memang selalu bernasib baik kan," ujar Alisha yang tidak sah kalau tidak memuji dirinya sendiri. "Aku perlu jawapan kau sekarang, Darwish."
Darwish teragak-agak memberikan jawapan. Dia sememangnya tiada apa-apa yang perlu dibuat hujung minggu ini, tetapi menjadi pasangan Alisha dalam perjumpaan yang tidak ada kena mengena dengannya memang bukan aktiviti yang patut disertainya.
"Dilarang sama sekali kata tidak!" tegas Alisha mengejutkan Darwish yang baru hendak bersuara. Serta-merta Darwish terdiam.
"Kenapalah kau selalu dera sepupu aku?" Celah Rayyan sudah tidak mampu hendak melihat Darwish didera secara mental oleh Alisha. Sebab itulah dia tidak pernah sebulu apabila berhadapan dengan Alisha. Walau apa pun, dia pasti akan bertindak sebagai pembangkang.
"Dera? Aku seorang kawan yang sangat mengambil berat akan kawan kawan aku. Tak ada istilah dera di sini," bidas Alisha.
"Jangan risau, Lan, aku sebagai sepupu akan jalankan tanggungjawab melindungi kau daripada ahli sihir yang cuba buat hidup kau menderita," ujar Rayyan kepada Darwish. kemudian, Rayyan memandang Alisha. "Lisa, aku tahu apa yang kau fikir...."
"Aku pun tahu apa yang kau fikir." Lantas Alisha memotong kata-kata Rayyan, menyebabkan Rayyan tidak mampu meneruskan kata-katanya. "Kau mesti fikir yang aku sengaja ajak sepupu kesayangan kau ni sebab aku nak pikat dia, bukan?"
YOU ARE READING
Alan Alisha's [SU]
AçãoJatuh cinta. Bercinta. Putus cinta. Bercinta kembali. Itu sudah jadi rutin hidup Nur Alisha Qistina. Walaupun sudah banyak kali di kecewakan, tetapi dia tidak pernah membenci cinta atau menutup pintu hatinya. Dia tetap memburu cinta sejati kerana di...