𝙎𝙚𝙟𝙖𝙢 𝙎𝙚𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙄𝙩𝙪....
Alisha mengukirkan senyuman gembira. Sejak tadi senyumannya tidak pernah leka dari bibir. Hidupnya umpama si puteri yang disayangi oleh rakyat jelata.
Dia tidak menyangka perjumpaan itu sengaja diatur oleh Melati yang ingin memberikan kejutan majlis hari jadinya.
Sejujurnya, dia sendiri tidak perasan bahawa hari ini merupakan hari bersejarah dalam hidupnya. Dia dilahirkan ke dunia ini pada hari ini merupakan hari bersejarah dalam hidupnya.
Dia dilahirkan ke dunia ini pada hari ini dalam 21 tahun yang lalu. Disebabkan itu dia kehilangan ibunya 21 tahun yang lalu.
Disebabkan itu dia tidak suka menyambut hari jadinya. Ini kali pertama dia menghargai hari yang menjadi sejarah ini.
Malah, dia tidak menyangka Melati yang merancang semua ini, masih ingat lagi pada janji yang mereka buat suatu ketika dahulu.
"Aku tak sangka kau masih ingat janji aku dulu," kata Alisha yang melihat gambar yang ditangkap ketika dia sedang memotong kek.
"Bukan ke aku dah kata, aku akan tuntut janji tu," ujar Melati.
"Dah 21 tahun. Aku tak percaya. Aku tak pernah terfikir nak sambut hari jadi aku sejak aku dapat tahu yang mana aku meninggal dunia selepas melahirkan aku. Menyambut hari jadi membuat aku rasa macam merayaikan hari pemergiannya.
"Kau marahkan aku ke sebab rancang semua ni?" Soal Melati. "Kalau kau marah, maaflah ya."
"Kenapa aku nak marah sedangkan kau dah buat sesuatu yang terbaik untuk aku? Balas Alisha dengan senyuman manis.
"Memang aku benci sambut hari lahir, tapi bila difikir balik, aku tak boleh jadi macam ni selamanya. Aku perlu berubah dan memikirkannya dari sudut positif. Lagipun bila aku tengok kawan-kawan sekolah yang datang sini semata-mata nak support aku.... aku rasa terharu," tambah Alisha lagi.
"Kami sentiasa ada bersama kau sebab kaulah ketua yang paling cool di dunia!"
"Coollah sangat." Ketawa Alisha mendengarnya. Kemudian, dia mengalihkan pandangannya ke arah Arie yang sedang berbual bual dengan rakan rakan lelaki yang lain.
Rasanya macam tidak percaya apabila melihat kebanyakan rakan-rakan sekolahnya sudah pun membawa haluan sendiri.
Ada yang masih belajar. Ada yang sudah berkahwin. Ada yang memulakan perniagaan sendiri seperti Melati. Masing-masing ada cerita tersendiri. Walaupun tidak sampai dua jam dia bertemu dengan rakan-rakan sekelasnya, tapi dia dapat mengumpul banyak perihal tentang mereka. Cuma seorang sahaja dia masih lagi tidak berani ingin sapa
Arie.
"Dah lama ke kau kenal Darwish tu? tanya Melati tiba-tiba.
"Kenapa kau tanya macam tu? tanya Alisha sekali gus mengalih perhatiannya.
"Tak adalah. Aku tengok macam dah lama aje kau kawan dengan dia."
"Memang pun. Sejak aku berpindah ke Kuala Lumpur masa tingkatan tiga, aku dah kenal dia. Dia tinggal di sebelah rumah aku. Kebetulan PAP aku memang baik dengan keluarga nenek dia. Jadi, kami selalu berjumpa. Dia juga satu universiti dengan aku," terang Alisha secara ringkas.
"Takkan kau tak ada apa-apa dengan dia?" tanya Melati.
Pertanyaan Melati itu membuatkan Alisha ketawa terbahak-bahak.
"Aku dengan Darwish?" Dia ketawa lagi.
"Lucu sangat ke?"
"Memang pun. Aku tak tahu macam mana nak terangkan, tapi pendek kata, kami daripada dunia yang berbeza," terang Alisha. "Dia ada dunianya dan aku ada dunia aku. Aku tak dapat bayangkan kalau dunia kami bertembung. Maybe hidup aku jadi huru-hara. Entah. Susah nak cakap. Lebih baik kami begini."
YOU ARE READING
Alan Alisha's [SU]
AksiJatuh cinta. Bercinta. Putus cinta. Bercinta kembali. Itu sudah jadi rutin hidup Nur Alisha Qistina. Walaupun sudah banyak kali di kecewakan, tetapi dia tidak pernah membenci cinta atau menutup pintu hatinya. Dia tetap memburu cinta sejati kerana di...