"KENAPA pulak ni?" Tanya Bella kepada Alisha yang menyembah muka di meja makan.
Alisha mengangkat kepala lalu memandang Bella yang baru sahaja pulang daripada menghadiri aktiviti sukan di sekolah. Terkejut Bella melihat keadaan Alisha bagaikan tidak terurus itu.
Rambut Alisha dilihat berserabai seperti sudah beberapa hari tidak bersikat. Pelik. Pagi tadi punyalah seronok, tapi petang ini Alisha berubah jadi orang lain.
"Bella" gumum Alisha.
"Apa dah berlaku ni?" Tanya Bella kerisauan.
"Alan" ujar Alisha. Dia tidak tahu bagaimana hendak beritahu Bella, sebaliknya memberikan sehelai kertas kepada Bella.
"Kertas apa ni?" Tanya Bella yang tidak faham apa yang dibacanya. Dia yakin, tulisan dalam kertas itu bukan tulisan Alisha tapi tulisan seseorang. Dia tidak pernah melihat tulisan Darwish, jadi dia tidak dapat meneka sama ada itu tulisan Darwish ataupun tidak.
"Tadi, aku jumpa Lan. Kita berbincang pasal apa yang patut kita orang buat seterusnya. Lepas tu, aku suruh dia senaraikan 10 sebab ada a yang dia tak suka tentang aku. Aku ingat, kalau dia senaraikan sebab-sebab tu aku tahulah sedikit tentang kelemahan aku dan kalau boleh ubah, aku akan ubah perangai aku," terang Alisha separuh.
"Habis tu? Apa masalahnya?"
"Cubalah kau tengok betul-betul! Aku suruh dia senaraikan 10 sebab, tapi dia senaraikan 20 sebab!" Ujar Alisha marah.
Bella kembali melihat kertas di tangannya itu. Memang ada 20 senarai yang ditulis. Serentak itu, dia melepaskan ketawa terbahak-bahak sehingga dia tidak dapat menahan dirinya daripada berhenti ketawa.
"Bella! Ini bukannya lawak!" Alisha merampas kertas itu kembali.
"Tapi memang lawak pun." Bella masih lagi ketawa.
"Ah, sudahlah!" Alisha lantas bangun dan mula mengorak langkah.
"Nak ke mana tu?" Tanya Bella.
"Nak pergi merajuk," jawab Alisha yang sudah berlari ke atas.
Bella sekadar menggeleng. Macam manalah Darwish tidak senaraikan 20 sebab kalau perangai pun macam tu? Namun, dia tertanya-tanya apa yang menyebabkan Darwish menerima bekas kakak tirinya itu.
Setahu dia, Darwish tidak pernah menunjukkan minat terhadap Alisha. Malah, dia yakin Alisha langsung tiada ciri-ciri perempuan idaman Darwish.
"Entah Apa yang difikir Darwish," ujarnya seorang diri.
"Apa yang Darwish fikir?" Suara mamanya menyapa tiba-tiba.
"Mama," keluh Bella lantas berpaling. Dia langsung tidak sedar mamanya sudah balik. Walaupun mamanya sibuk dengan butik pengantin, tetapi mamanya akan pulang ke rumah sebelum pukul 6.00 petang. Tapi sekarang baru pukul 4.09 petang.
"Awal mama balik," tegur Bella.
"Mama baru balik jumpa pelanggan. Kebetulan rumahnya dekat area ni, jadi lepas habis, mama terus balik rumah," terang Puah Fiza dengan ringkas.
"Alisha mana?" Tanyanya sambil memandang sekeliling.
"Dalam bilik. Merajuk," jawab Bella.
"Merajuk?" Puan Fiza mengerut dahi.
"Dia bergaduh dengan Darwish ke?" Tekanya.
"Lebih teruk daripada tu," kata Bella dan menerangkan secara ringkas apa yang dia tahu. Selepas sahaja dia ceritakan, mamanya ketawa terbahak-bahak sepertimana dia ketawa tadi.
"Lisa, Lisa." Puan Fiza menggeleng perlahan.
𝓓𝓲𝓪 𝓢𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓟𝓵𝓪𝔂𝓖𝓲𝓻𝓵
YOU ARE READING
Alan Alisha's [SU]
AcciónJatuh cinta. Bercinta. Putus cinta. Bercinta kembali. Itu sudah jadi rutin hidup Nur Alisha Qistina. Walaupun sudah banyak kali di kecewakan, tetapi dia tidak pernah membenci cinta atau menutup pintu hatinya. Dia tetap memburu cinta sejati kerana di...