Kehidupan kita bukan kita boleh pilih kan?.Semua itu telah di tetapkan oleh tuhan.Yang kita boleh lakukan ialah kita lalui semua jalan keidupan kita.Jangan sesekali kita menyerah.Itu juga dengan kehidupan seorang gadis yang berusia 22 tahun yang bernama Nur Alisa Dahlia.
Namanya dikenali sebagai Dahlia.Seorang anak tunggal kepada Encik Roslan dan Puan zahara.Namun Encik Roalan dan Puan Zahara berpisah disebabkan pergaduhan yang normal untuk pasangan suami isteri.Namun itu yang ditakdirkan oleh mereka.Manakala mereka tidak memikirkan masalah yang akan dihadapi oleh anak mereka iaitu Dahlia.
Berapa bulan selepas perceraian Encik Roslan seperti orang gila talak.Akhirnya Encik Roslan tidak sengaja membunuh bekas isterinya.Dahlia yang sewaktu itu berumur 8 tahun menyaksikan pembunuhan itu.Sehingga kini Encik Roslan tidak di temukan.Dahlia menanamkan sifat benci kepada ayahnya.Dia turut berduka cita kerana kematian ibunya tidak dibela.Dan mereka tidak mencari siapa pembunuhan itu.
Disebabkan Dahlia tidak memiliki keluarga lain dia diasuh oleh nenek yang sekitar 59 tahun.Dia membesar dengan tangan tua itu.Neneknya ada ketika dia jatuh dan bangun.Apabila dia mendapat hinaan dari orang kampung.Namun apa yang boleh Dahlia buat?Hanya mampu mendengar segala hinaan tersebut.'mulut orang tidak akan diam selagi seorang demi seorang mengungkitkan perkara itu'.Kita sebagai manusia kena memperbanyakkan bersabar dengan mulut orang.
Flashback:
Setiba waktu persekolahan tamat.Dahlia mengambil tempat duduk sementara menunggu kawannya untuk pulang bersama-sama.Baju sekolah yang terletak elok dia tubuh dahlia menampakkan kematangan dahlia.Keadaan persekitarannya sangat bising mungkin masing masing tidak sabar untuk pulang kerumah.
Mata yang berwarna coklat cair itu mengkilau mencari sahabatnya itu.Namun matanya tertumpu kepada keluarga kecil tetapi tampak sangat bahagia.Hati kecilnya tersentuh apabila melihat seorang gadis umur sekitar 15 tahun bermesra bersama keluarga.
Tetapi dirinya sudah pun masuk 17 tahun teringin merasai semua itu.Semuanya hanya angan angan sahaja.
Tiba sahaja nana di sebelah kawannya.Dahlia tidak perasan akan kehadiran dirinya di sebelah kawannya itu.Mata hitamnya melihat kawannya seakan termenung melihat keluarga kecil itu.
"Jauh kau termenung?".
Tadinya termenung sekarang termenungannya sudah berhenti.Akibat terkejut."Eh kau bila sampai?".Tanya ku dengan wajahnya yang blur.
"Dah lama dah kak oi.Kau tu termenung sampai dekat mana dah? Ke marikh ke dekat bulan?".Seloroh nana dengan riak wajahnya seperti ingin mengusik kawannya itu.
"Ish kau ni dah lah jom balik nanti nenek aku marah pulak aku balik lambat.Dah pukul berapa dah ni.Mati aku nanti".Ujar dahlia.Tangannya memandang jam tangan yang berwarna hitam pemberian kawan baiknya itu.
"Okay jom".Kata nana gembira sebelum tangannya memeluk lengan ku .Mereka berdua pun berjalan pulang ke rumah.Disebabkan rumah dengan sekolah mereka dekat mereka berfikir untuk berjalan kaki sahaja.Biasalah duduk kampung semua dekat dekat.
And flashback.
"Dahlia oh dahlia keluar lah dari bilik tu cu!Jom kita makan sekali.Opah ada buat cucur udang kesukaan kamu ni".Panggil opah nah kepada cucunya yang berada di dalam bilik.
"Ye opah sekejap".Laung Dahlia masih berada di dalam bilik.
Mataku menjadi sinar apabila melihat cucur udang yang dihidangkan di atas meja itu amat menyelerakan.Belum makan lagi pasti zuppp.
"Ya Allah opah Lisa teringin sangat nak makan cucur udang opah.Terima kasih opah sebab sudi buat kan untuk Lisa".Lisa diambil dari Nur Alisa Dahlia.Opah Dahlia memang memanggil dirinya dengan nama itu.Telan air liur dibuatnya.
YOU ARE READING
Seindah Kasih Dahlia | OG
RomanceCinta?perkataan itu tidak pernah terfikir dalam hidupnya.Apatah lagi kahwin tanpa cinta dan saling tidak mengenali satu sama lain. Ini lah kisah seorang gadis kampung yang berhijrah ke Bandar Kuala Lumpur selepas dia mendapat tawaran berkerja di se...