"Tuan kenapa hidup saya satu satu Allah ambil orang yang saya sayang?".Wajah Megat dipandang sekilas sebelum matanya dilarikan ke arah lain.
Tablet diletakkan di tepi.Dia mula menumpukan kepada Dahlia yang berada di katil manakala Maliq berada di atas kerusi.
"Kenapa kau cakap macam tu?".Soalnya pelik.Dah kenapa budak ni
"Mula-mula Allah ambil ibu saya lepas tu ayah saya pun tak tahu pergi mana.And sekarang Allah ambil opah.Kenapa cepat sangat Allah ambil mereka?".Kelopak matanya sudah dipenuhi dengan air.
Megat mengangkat kerusinya merapatkan lagi duduknya dengan Dahlia."Itu semua ujian yang Allah turunkan untuk kau".Ujar jejaka itu.
"Tapi kenapa Allah tak ambil saya?".
"Kau kena satu perkara Dunia ni bukan tempat untuk bersuka ria tapi untuk membuat ibadah kepadaNya.Kau jangan sesekali mengeluh dah membangkang dengan apa yang terjadi dengan hidup kau.Sebab Allah nak uji kau.Allah tak akan uji hambanya daripada luar kemampuannya".Jelas megat pandang lebar.
Walaupun dia nampak macam budak tak tahu agama.Tapi jangan pandang rendah.Ini orang spm straight A+ bos.
Dahlia mula berasa selesa dengan lelaki ni."Tu aje yang saya nak cakap.Saya nak tidur selamat malam".
"Aku tidur mana?".Tak akan tempat sama kot.
"Tu saya dah sediakan semua untuk tuan.Tidur dengan indah tuan".Dahlia mula menyelubung dirinya dalam selimut.
Huuuhhhh apa lah nasib dah 2 minggu aku duduk dekat bawah ni.
"Kau rehat lah dulu dalam bilik ni".Sudah 2 minggu mereka berada di kampung.Hari ni mereka balik ke KL semula.
"Ni bilik saya ke?".Tanya dahlia dengan wajah tidak percaya.Tapi bukan dia teruja.Matanya melirik memandang setiap bucu bilik mewah itu.Nampak sangat perbezaan biliknya dulu Dan biliknya sekarang.
"Aa ni bilik kau.Yang tu pula bilik aku".Megat menunjukkan biliknya yang tidak berapa jauh dengan bilik Dahlia.
"Tuan tak ada ke bilik yang kecil sikit".Kata dahlia lagi.
"Tak ada semua bilik dalam rumah ni semua besar-besar".Kata megat dengan riaknya.Dia terus menuju ke biliknya.
"Eee berlagaknya dia".Mata di cepetkan memandang tubuh tegap itu mula masuk dalam bilik.
"Bilik besar-besar ni tak ada hantu ke?Dah lah aku ni penakut".
Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi namun Dahlia tidak boleh melelapkan matanya.Takut tidur bilik besar sorang-sorang.Walaupun semua lampu sudah terbuka tetapi tetap sama.
Dahlia mula mengangkut bantalnya keluar daripada bilik.Pintu bilik yang sudah gelap di tolak perlahan.
"Maaf tuan saya tumpang tidur dekat bawah ni ye.Saya takut nak tidur sorang-sorang".Kata Dahlia separuh bisik.
"Mhhh bukan ke aku dah tutup pintu semalam?".Mata cepet memandang pelik ke arah pintu biliknya.
Baru nak pijak lantai bilik mewah itu.Ada sesuatu menghalangnya tangannya terus menarik tali lampu tidurnya.
"Ish budak ni apa yang dia buat dekat bilik aku ni".Kata megat sedikit marah.
Tubuh kecil yang masih lena diangkat lalu diletakkan diruang kosong tilamnya.
"Yang bukan bukan ajelah budak ni.Dia ingat ringan ke nak orang angkat dia".Rungut megat.Matanya terhenti pada bilik Dahlia yang terang menerang.
"Eh eh eh budak kecil ni ingat aku bayar electric ni guna air liur ke apa ha?.Melambung lah bil aku nanti". Rungut megat lagi.Pagi ni sudah beberapa kali dia rungut.Kakinya diatur ke biliknya semula
"Nasib baik kau pendek tak jadi aku nak marah"Wajah Dahlia dia pandang .Sebelum dia menarik pinggang Dahlia ke tubuhnya."Sweet dream,Jangan lupa mimpikan aku tau".Kucupan di rambut Dahlia yang wangi membuatkan tidurnya menjadi lena.
Kereta sport hitam sedia untuk parking di garej rumah agam Puan Sri munirah.Pintu rumah agam dikuak dari luar.
"Abang!!".Berlari aafiyah kepada Megat.Maklumlah sudah 2 minggu tak bersua akhirnya berjumpa juga.
"Eee kenapa makin gemuk adik abang ni".Pipi adiknya di cubit sebelum tubuh adiknya didukung.
"Ishh apa abang ni!!".Marah aafiyah.
"Eh megat balik pun ingat megat nak duduk dekat kondor tu atau pun dekat banglo megat aje".Kata Puan Sri munirah.
"Eh apa lah ma ni orang buat kerja dekat rumah lah"
"Tu lah mama cakap kahwin tak nak kan senang balik rumah ada bini tolong masakkan.Ini tidak lah buka pintu angin yang datang jemput kamu".Usik Puan Sri munirah.Anaknya d
Sudah 28 tahun pun tak reti-reti nak kahwin.Megat terdiam "nanti-nanti lah ma.Megat tak ada masa nak kahwin sekarang".Katanya sebelum mengatur langkah ke tangga.
"Anak siapa lah ni.Lambat lagi lah aku nak dapat cucu".Matanya melihat sosok anaknya naik ke tingkat atas.
Dahlia menghantuk kepalanya perlahan di permukaan meja."Aduhhhh pening pergi lah balik aku benci ah gini.Nak period lah ni aku rasa".Rambut panjang yang mengikut hentakan di meja.Nampak sangat menyerlah kecantikannya.
Skrin telefon di pandang baru jam 5 petang.Dahlia mengulangi beberapa ketukan semula.Kalau boleh dia nak tukar dengan kepala anak patung lagi senang tak ada pening-pening ni.
YOU ARE READING
Seindah Kasih Dahlia | OG
RomanceCinta?perkataan itu tidak pernah terfikir dalam hidupnya.Apatah lagi kahwin tanpa cinta dan saling tidak mengenali satu sama lain. Ini lah kisah seorang gadis kampung yang berhijrah ke Bandar Kuala Lumpur selepas dia mendapat tawaran berkerja di se...