Setelah 2 bulan kemudian, rumah Tuan Jefri kelihatan meriah dengan suara suadara mara mereka. Kerana esok, Athifa dan Qayyum bakal disatukan.
Malam itu berlansungnya acara pakai inai. Ramai anak anak gadis dan wanita berkumpul di ruang tamu untuk memakai inai. Meriah betul ye siap ada acara memakai inai lagi!
Semua kos sepanjang majlis ditanggung oleh Qayyum.
"Cantiknye sepupu aku ni, berseri seri! Sebelum ni muka macam kambing nak terberak!" kata Kaseh, sepupu rapat Athifa.
"Ewah kau, bab mengutuk nombor satu. Muka macam kambing nak terberak ni pun esok dah nak kawin! Muka kau yang macam kambing kacukan khinzir ni bila nak kawin?" jawap Athifa.
Rileks geis, bila sepupu rapat kau balik macam ni la gurauannya.
"Nak buat macam mana... setiap kali lelaki pandang muka aku,mesti dorang insecure." riak muka sengaja nampak sedih.
"Insecure sebab ape pulak?" dahi Athifa dikerutkan.
"Insecure sebab bila dorang nampak muka aku ni, dorang rasa macam tak layak dapat bidadari seperti aku..." jawap Kaseh selamba.
"Bidadari acik kau!" kepala Kaseh ditunjal.
Mereka ketawa kuat.
"Ala kau ni, suruh la si Qayyum tu kenalkan mana mana kawan lelaki dia kat aku. Dapat yang kacak, aku on je." kata Kaseh. Kuih keria yang digoreng Puan Latifah disuapkan le mulut.
"yelah, nanti aku cakap. Engko tu jangan la memilih sangat. Muka tak seberapa pun aku tengok!" gurau Athifa.
"cis." Kaseh menjeling. Pedas sungguh kata kata si Athifa ni.
Memandangkan hanya Kaseh sepupu yang satu satunya rapat dengannya. Dia mengajak Kaseh tidur di biliknya.
Katanya nak bergosip buat kali terakhir. Macam la lepas kawin si Qayyum tak izinkan mereka berjumpa. Heh!
Pengantin lelaki sudah menunggu di bawah bersama Tuan Jefri."Adik, dah siap ke? Semua orang dah tunggu kat bawah ni..." kata Puan Zuraidah.
Dia menghampiri Athifa.
"Mak... Adik sedih." tercebik mulut Athifa menahan air mata.
"Sedih kenapa pulak ni? Jangan nangis, habis makeup kamu nanti..." kata Puan Zuraidah. Dia menutup rasa terharunya di dalam hati. Dia perlu nampak kuat untuk memberi semangat pada anaknya.
"Lepas kawin nanti, dengar cakap suami kamu ya. Jangan melawan, kita sebagai isteri tak boleh bantah arahan suami. Solat jangan tinggal ye..." pesan Puan Zuraidah.
Athifa mengangguk.
"Dah jom, turun. Dorang dah tunggu lama." Puan Zuraidah memimpin tangan anak gadisnya.
YOU ARE READING
ATHIFA WARDA: PERFECT FATE
Storie d'amoreAthifa Warda - nama yang indah dan sepadan untuk seorang gadis yang ceria. Seseorang yang mampu membuatkan orang di sekeliling senang dengannya. Megat Qayyum - Seorang yang soft spoken, cepat mesra dan mudah terhibur. Kisah seorang gadis terpaksa...